Raline Publish time 13-12-2021 08:21 PM

Sajat tak kisah barang miliknya dilelong

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/WhatsApp-Image-2021-12-13-at-7.42.14-PM.jpeg
Tangkap layar video Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya.

Sajat tak kisah barang miliknya dilelong

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara di sini pagi esok.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.

β€œItu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.

Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan itu disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd. – K! ONLINE

sUMBER:https://www.kosmo.com.my/2021/12/13/sajat-tak-kisah-barang-miliknya-dilelong/

lipans Publish time 14-12-2021 04:40 PM

namapun lelong sebab hutang, takkan nak mengamok kot.

nurbaya Publish time 14-12-2021 08:20 PM

Memang la tak kisah....dah kau pondan dintis takde duit nak bayar saman kan. Hadap ajelah

Paris19 Publish time 17-1-2022 06:59 AM

If kesah pun apa je dia boleh buat

Rogue98 Publish time 20-1-2022 08:24 AM

Sajjad kata dia ada 4 kereta mewah kat Malaysia...velfire.2 biji BMW and satu lagi ntah apa ntah....naper dia tak jual kereta2 tu utk bayar hutang dia yg 200k tu. Kereta2 tu tak di lelong dulu...sebab dah kena rampas bank ke? Aku heran camner dia ada banyak duit kat Australia....bukan ke patut bank dah freeze account dia ke. Cepat betul dia dapat privilege duduk kat sana...boleh beli rumah..kereta...jalan sana sini...
Pages: [1]
View full version: Sajat tak kisah barang miliknya dilelong


ADVERTISEMENT