boca120879 Publish time 13-12-2021 10:24 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Hubungan dengan Makhluk Allah selain Manusia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ali bin Hujr, diceritakan oleh Isma'il, daripada Khalid, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Al Asy'ats, daripada Syadad bin Aus,
"Ada dua perkara yang saya hafal daripada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu.
Apabila kalian membunuh,maka bunuhlah secara baik.
Dan apabila kalian menyembelih,maka sembelihlah secara baik, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya serta membuat haiwan sembelihannya merasa tenang."
(Hadith Nasa'i no. 4329)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 24-12-2021 10:40 AM

Edited by boca120879 at 5-2-2022 01:13 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Sumayya (hamba Abu Bakr), daripada Abu Shalih As Samman, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia bertemu dengan sebuah sumur (telaga), maka dia turun ke sumur itu untuk minum.
Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan.
Orang itu berkata dalam hatinya,"Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru aku alami."
Lalu dia turun kembali ke sumur, kemudian dia menceduk air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu.
Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.
Para sahabat bertanya,"Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami apabila menyayangi haiwan-haiwan ini?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Menyayangi setiap makhluk hidup
adalah berpahala."
(Hadith Muslim no. 4162)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 5-2-2022 09:28 PM

Edited by boca120879 at 7-2-2022 02:30 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya bin Bukair, diceritakan oleh A-Laits, daripada Yunus, daripada Ibnu Syihab, daripada Sa'id bin Al Musayyab & Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Ada semut yang menggigit seorang Nabi
daripada Nabi-Nabi terdahulu,
lalu Nabi itu memerintahkan
agar membakar sarang semut-semut itu.

Maka kemudian,
Allah mewahyukan kepadanya,
firman-Nya,
"Hanya kerana gigitan seekor semut,
maka kamu membakar seluruh kaum yang bertasbih?"

(Hadith Bukhari no. 2796)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 13-7-2022 10:36 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Shalih bin Kaisan, daripada Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah, daripada Zaid bin Khalid,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian mencela ayam jantan.
Sebab ia membangunkan (orang) untuk solat."
(Hadith Abu Daud no. 4437)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Hubungan dengan Makhluk Allah selain Manusia


ADVERTISEMENT