Rockafella Publish time 10-12-2021 11:01 PM

#1 Pengalaman menginap di hotel/homestay berhantu (Cedok dari netizen)



Aku pernah menginap di sebuah resort selepas PKP pertama dulu. Dapat offer bilik murah, satu row level aku tu rasanya ada family kitorang je. Koridor malam-malam memang tak ada lampu.

Sebelum nak maghrib tu, dengar bunyi ramai-ramai, ingatlah ada la orang stay depan bilik kitorang. Bila kitorang keluar pergi makan dan balik dekat jam 12 malam, bilik di depan itu masih gelap. Kitorang fikir positif je lah, takut diorang keluar pergi makan. Tetapi sampai ke pagi, memang tak ada orang pun keluar dari bilik tu.

Satu lagi, aku rasa macam ada perempuan tengah duduk kat situ sambil pandang aku dari cermin. Then malam masa tidur, anak-anak dan suami semua tidur lena. Aku setiap jam bangun rasa macam diperhatikan. Bangun pagi suami tegur ada kesan lebam di belakang pelipat paha dan betis. Sedangkan semalam tak ada. Bangun dari tidur, baru ada. Nasib baik check in satu malam je. Sejenis yang tak boleh tidur di hotel atau resort.

Lagi satu di rumah. Masa itu baru pindah. Tiap kali aku tengah duduk kat meja makan, aku dengar orang berjalan sampai bergegar rasa lantai rumah dan paling obvious bila 'dia' seolah-olah berlari datang ke arah aku. Bukan sekali dua aku dengar, banyak kali. Anak pun pernah menangis tunjuk kat pintu wet kitchen dan katanya ada hantu. Bunyi bising seret kereusi itu dah biasa sangat.

Bila aku pergi buang sampah di bawah, tengok rumah atas kosong. So selepas itu aku kerap mengaji dan buka YouTube surah Al-Baqarah. Perlahan-lahan 'benda' itu hilang. Kadang-kadang ada terhidu bau wangi bunga cempaka di malam hari. Anak pula jenis kalau ada bau-bau ini, dia akan tegur. Anak kecil manalah dia tahu. Malam itu memang aku tak boleh tidur, terasa seperti diperhatikan.

Sumber: Safiah.

Rockafella Publish time 10-12-2021 11:04 PM



Hotel Bayou Lagoon Melaka. Back in 2013, around 1.30 pagi terjaga sebab terdengar orang ketuk pintu berkali-kali.

Anak sulung si kakak masa itu berumur lapan tahun tak ada di tempat tidur. Saya terus kejutkan isteri dan tanya mana si kakak? Meremang dan cemas masa tu bila tengok anak hilang.

Kemudian terdengar suara kakak sedang menangis sambil mengetuk pintu di luar pintu bilik hotel. Terus buka pintu dan tanya dia pergi mana? Dia pun tak tahu, keliru dan menangis.

Yang menjadi persoalannya sehingga sekarang masih tak terjawab, macam mana dia boleh keluar dari bilik? Sedangkan pintu bilik hotel itu jenis rantai yang kena selak dan elok terkunci dari bahagian dalam? Wallahualam.

Sumber: Putera.

Rockafella Publish time 10-12-2021 11:08 PM



Pengalaman pertama di Cameron Highland. Penginapan satu perumahan badan berkanun. Perancangan last minute dan murah menyebabkan saya menerima tawaran ipar.

Lokasi bukit paling tinggi, masa masuk nak check in dah nampak macam suram. Atap bocor. Masa nak naik ke bilik itu, belakang hutan mak ai seram gila. Tetapi diteruskan juga perjalanan.

Masa nak keluar makan malam itu dah ternampak kelibat putih. Bila balik tu nampak seakan pocong duduk di atas kerusi belakang tangga. Duk fikir macam mana nak naik nanti kalau dia sergah.

Hati berdebar yang amat, jantung berdetak dengan kencang. Masa nak naik tu terhidu bau kemenyan semerbak memang menggeletar gila. Tetapi tetap memberanikan diri sambil peluk anak berumur satu tahun.

Alhamdulillah selamat sampai ke bilik tetapi takut gila sampai menggeletar satu badan tak habis lagi.

Sumber: Syasya.


Rockafella Publish time 10-12-2021 11:13 PM



Baru terjadi minggu lepas. Homestay itu untuk buat kenduri kahwin adik. Hari pertama okay, masuk hari kedua, adik saya ternampak. Masa itu anak saudara saya menangis, dia datang nak pujuk.

Time tu dah nak maghrib. Dia pujuk anak saudara tu dan tiba-tiba ternampak pocong tegak berdiri di rumah sebelah. Orang kata nak tahu betul ke itu hantu atau bukan, kena tengok sebanyak tiga kali. Adik saya memang berani, memang dia tengok tiga kali benda tu tanpa berganjak.

Dia pun apa lagi, memang cepat-cepat panggil anak-anak dia dan anak saudara masuk ke rumah. Sebelum itu anak-anak saudara saya bergaduh atau menangis memang macam kena rasuk hantu. Anak-anak dia tak nak lekang dengan dia. Pelik tetapi tak terfikir masa tu. Dah terjadi baru terfikir rupanya benda itu kacau budak-budak.

Malam tu, dia kena kacau lagi. Buaian elektrik anak dia kena henjut selaju-lajunya. Dia betul dah bagi perlahan tetapi kali kedua 'dia' buat lagi. Apa lagi, adik saya baca-baca la hilang. Rupanya malam pertama lagi dia dah kena kacau. Malam last memang rasa seram juga. Saya tak kena ganggu tetapi perasaan menakutkan itu ada dan rumah itu tiap-tiap bilik ada baju lama, macam kebaya dulu-dulu. Dan lagi ada barang-barang antik.

Kau nak buat homestay pun tak payahlah letak barang-barang macam tu. Terfikir lagi, ke sengaja letak barang-barang macam tu supaya orang yang menyewa homestay kau ni pakai dan ambil bawa balik dan 'benda' dia tu ikut tuan baru? Hmmm, seram sangat.

Sumber: Sarah.

Rockafella Publish time 10-12-2021 11:30 PM



Ceritanya ada sebuah hotel di Terengganu ni, popular di kalangan cikgu dan budak sekolah untuk buat kem atau kursus. Hotel okay, menarik, masa sampai tak adalah vibe seram ke apa. Bilik pun kemas, elok bersihnya. Kiranya 8/10 lah.

Cuma malam itu, tengah best tidur, yelah penat mandi kolam.. Tiba-tiba aku terjaga dek bunyi dentuman bukan main kuat. Terkejut beruk aku baq hang.

First bila terbangun, terus tengok anak dan isteri, baik punya diorang tidur sampai tak sedar, macam tak ada pa-apa berlaku. Aku seorang je ke terdengar bunyi dentuman kuat tu?

Dalam keadaan tengah termangu mamai, tiba-tiba di luar bilik ada bunyi ramai orang berjalan siap bunyi selipar basah lagi, bunyi heret pelampung pun ada. Bila tengok jam, pukul tiga pagi. Apa gila nak turun mandi kolam jam 3 pagi?

Masa tu belum terfikir lagi kena gangguan ke apa, selamba je aku buka pintu dan sekali tu dia sunyi sepi hujan renyai-renyai lagi. Tak cakap banyak, terus lari masuk selimut menggigil-gigil.

Esok masa breakfast, mulalah saudara di bilik sebelah bercerita. Rupa-rupanya diorang lagi teruk kena. Siap nampak bayang-bayang dalam tandas, tepi tingkap. Bunyi tak payah cerita, memang meriah siap mengilai sayup-sayup.

Sumber: Ashraf

musangbodoh Publish time 11-12-2021 05:40 AM

lagi...nk lagiiiii:loveliness:

Rockafella Publish time 11-12-2021 04:17 PM

musangbodoh replied at 11-12-2021 05:40 AM
lagi...nk lagiiiii

Mantap. Malam nanti, saya gali lagi. Ada banyak diorang share. Cuma kena cari yang panjang sikit, baru seronok nak baca.

musangbodoh Publish time 11-12-2021 09:11 PM

Rockafella replied at 11-12-2021 04:17 PM
Mantap. Malam nanti, saya gali lagi. Ada banyak diorang share. Cuma kena cari yang panjang sikit,...

cantik....errr bila hg nk kuar pilem baru ala2 equalizer tu...part 3 ke;P

achinto Publish time 20-12-2021 02:19 PM

nak lagi. wohoooooo!

annehuda Publish time 23-1-2022 09:49 AM

Edited by Rockafella at 15-2-2022 10:09 PM

Aku selalu je duduk hotel, tapi gangguan paling angker bagi aku masa aku dok kat hotel kat vietnam, tepi tasik ape ntah aku tak ingat sebab kejadian tahun 2012. Tapi aku cam tasik tu jadi lokasi filem King Kong.

Aku pegi trip ofis, memang ramailah. Dekat-dekat 50-60 orang camtu. Kitorang b ermalam kat satu hotel ni memang tinggilah, dalam 45 tingkat gitu. Tapi aku dengan opismate aku je dapat bilik tingkat 40. Yang lain-lain tu tingkat 25 je. Kiranya satu tingkat 25 tu memang opis aku jelah. Kitorang je tercampak kat tingkat 40 tu.

Malam tu aku dengan opismate aku saje la lepak-lepak dengan yang lain kat tingkat 25 tu sampai tengah malam. Pastu kitorang kena halai balik sebab diorang nak tidur. Lagipun esok kitorang nak pusing-pusing tasik lagi.

Sebelum nak naik lif tu, aku dengan opismate aku saje buat prank. Kitorang ketuk-ketuk pintu setiap bilik kat aras tu. Pastu diorang buka, kitorang larilah.

Keesokan pagi tu masa breakfast, adalah akak tu cerita yang pintu bilik diorang kena ketuk pukul 2-3 pagi camtu. Bukan bilik akak tu seorang je, bilik orang lain pun kena. Bila buka pintu, takde orang. Kecoh jugalah sampai masing-masing keluar bilik. Mulanya akak tu dengan orang lain ingatkan kitorang yang prank. Tapi bilik budak lelaki pergi kat area lif, takde orang. Uish, masa tu aku dengan opismate aku tengah tidur kot. Takde maknanya kitorangg nak turun situ pukul 2-3 pagi. Huhuhu.

kirakekuri Publish time 23-1-2022 08:42 PM

annehuda replied at 23-1-2022 09:49 AM
Aku selalu je duduk hotel,tapi gangguan paling angker bagi aku masa aku dok kt hotel kt vietnam,tepi ...

Mungkin benda tu dapat ilham kot lepas nampak korang buat mcm tu pada awalnya..hehehhe {:mlbigsmile:}

Gomea Publish time 5-2-2022 01:37 PM

Sambunglah lagi. Bagi meriah balik bod MPS

Rockafella Publish time 7-2-2022 02:46 PM

Gomea replied at 5-2-2022 01:37 PM
Sambunglah lagi. Bagi meriah balik bod MPS

Okay2. Bawa bertenang.

achinto Publish time 7-2-2022 03:50 PM

Gomea replied at 5-2-2022 01:37 PM
Sambunglah lagi. Bagi meriah balik bod MPS

yeah TT, new story pleassseeee :loveliness:

Gomea Publish time 7-2-2022 04:08 PM

achinto replied at 7-2-2022 03:50 PM
yeah TT, new story pleassseeee

Tu lah pasal. Lambat nau. Dah lah iols jenis malas nak tunggu lame2 :curse:

lolipopmanish Publish time 8-2-2022 01:27 AM

Share lagi share lagi..iols suka baca

mastika Publish time 11-2-2022 11:41 PM

Pengalaman kena ganggu di Hotel/Apartment T***s S****E:funk::funk:

63aoJgHWVxk

jue10 Publish time 12-2-2022 02:32 PM

Mana lagi ni.... :huffy

libra_gurlz Publish time 14-2-2022 11:36 AM

nak lagi.. nak lagi.. nak lagiiiiiii...

Rockafella Publish time 15-2-2022 03:00 PM

Kalau ada masa nanti, saya update ya. Sekarang busy plak.
Pages: [1] 2
View full version: #1 Pengalaman menginap di hotel/homestay berhantu (Cedok dari netizen)


ADVERTISEMENT