natrahn Publish time 9-12-2021 05:21 PM

Jangan Cepat Terpengaruh - Restoran Viral Bukan Pemegang Sijil Halal

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/09/165748a5abo5rntucgl7o5.png


Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang berbilang bangsa dan setiap daripadanya mempunyai pelbagai jenis makanan yang begitu enak dan boleh diterima seluruh masyarakat.


Restoran New Hollywood, Ipoh! Salah satu restoran makanan cina yang sering dikunjungi orang ramai amnya dan masyarakat muslim khasnya apabila bercuti di Ipoh, Perak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/09/164716jevenwtv0p5wiqpw.jpg
Kredit foto - Facebook Surgaroute




Konsep restoran ini adalah dengan menyediakan banyak gerai makanan pelbagai jenis termasuk makanan Melayu dan mamak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/09/165001yhwj6utafhiu98je.jpgKredit foto - Facebook Surgaroute




Jadi, anda boleh memilih makanan yang membuka selera anda.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/09/164859ftdk3ojci8cjo3zh.jpgKredit foto - Facebook Surgaroute




Namun, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)mengesahkan bahawa Restoran New Hollywood di Ipoh bukan pemegang sijil halal Malaysia.

Menerusi kenyataan di laman web JAIP orang ramai dinasihatkan supaya memastikan premis terbabit memiliki Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya timbul rasa was-was.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/09/164311gunton8at5v5w6wm.pngKredit Foto - Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Perak




“Jangan mudah terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda halal diberikan jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.


“Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal,” kata JAIP menerusi kenyataan ringkas itu.





Peniaga perlu mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dan memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.


Peniaga perlu mempunyai sensitiviti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini serta dapatkan sijil halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri masing-masing bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.


Manakala, pengguna diingatkan supaya memilih premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja. - CARI

Artemesiaa Publish time 9-12-2021 05:30 PM

Dah sampai kedai lihat macam tu pun masih nak cuba tak peduli apa tak tahu nak kata apa

whimsicalmusic Publish time 9-12-2021 06:05 PM

Wowww ramai la yg titibe risau ni

Normabaru Publish time 9-12-2021 07:40 PM

ade a few influencerpromote tmpt ni..kaka lupa siapa..mcm jual tudung or fesen2 hijabitch jugklaaa..

dlm hati masatgk tu kaka dok tpikir dorg ni mmg main taram je ke

samala mcm kedai2 kt concubine lane tu..

jaip pon lmbt naw…

dh btahun viral br nk umum..korg br bgn tido ke hape

shernazz Publish time 9-12-2021 07:56 PM

Iols ada tgk rancangan apo tah
Depa makan sini..
Makan chee cheong fun...

ezacbee Publish time 9-12-2021 08:09 PM

Buat2 xnampak je.. :lol:

makneng Publish time 9-12-2021 08:59 PM

Ada kedai yg lbh kurang sama kat wangsa maju, Jln wangsa setia kalau x silap.. Semua bangsa mkn kat situ.. X sure halal or not

miznora Publish time 9-12-2021 09:16 PM

Tgk kedai pun tau style kedai cina..
Pelahap sangat nak makan org melayu kita ni

makadek Publish time 9-12-2021 09:36 PM

Aku ni wlpn berpikiran liberal free hair
Tapi bab makan aku jaga.
Kwn aku muslimah bab pakaian mmg dia win
1 hari dia p sini dn ngn nasik ganja
Berselera diorg eh...

Aku tgk kt fb pantang ada pot makan2
Tk kira kedai halal ke tak
Masing2 mentioned pasgn /kawan
Heran sungguh aku ..
Nak muhibah tu tk de masalah
Tp pastikan halal toyiban..
Benda mendatangkan was2 tinggal

jazaa100 Publish time 9-12-2021 09:55 PM

makneng replied at 9-12-2021 08:59 PM
Ada kedai yg lbh kurang sama kat wangsa maju, Jln wangsa setia kalau x silap.. Semua bangsa mkn kat...

Kedai yong tau foo tu ke makneng?....
Gerun tgok mcik beetudung pun mkn situ

makneng Publish time 9-12-2021 10:00 PM

jazaa100 replied at 9-12-2021 09:55 PM
Kedai yong tau foo tu ke makneng?....
Gerun tgok mcik beetudung pun mkn situ

Yasssss.. Kedai yong tau foo tu le.
Owner cainis n pekerja yindon kalau x silap.

sambaldurian Publish time 10-12-2021 08:20 AM

Edited by sambaldurian at 10-12-2021 08:21 AM

dh g mkn aritu, air kopi kaw. ada je gerai melayu satu dua. dia dlm new hollywood tu dia sub gerai. minum2, roti bakar , telur separuh masak order dgn kopitiam. xkn la klu dlm tong besar , dia rebus babi buat kopi pulak.

Mokcu Publish time 10-12-2021 09:30 AM

Mokcu orang lama cara pikir pun cara lama. Tapi bab agama mokcu masih belajar lagi. Pingan mangkuk cawan piring mesti dia basuh sekali dengan pingan mangkuk tak halal dia kan....yang ni boleh ke kita guna cawan dia minum kopi dia? Mokcu ikhlas tanya ni. Bukan perli sebab Mokcu masih belajar lagi.
Mokcu ada pakcik yang dulunya dia jual satay kat dlm kedai cina macam ni. Dia kata memang laku tapi rezeki macam tak berkat. Ada je masalah dan duit cepat habis.

Chairman Publish time 10-12-2021 09:51 AM

aduyaii..mohtip nk mkn jgk kt situ..gelabah nk wat content tiktok ke ape?

raraririruru Publish time 10-12-2021 10:04 AM

Mokcu replied at 10-12-2021 09:30 AM
Mokcu orang lama cara pikir pun cara lama. Tapi bab agama mokcu masih belajar lagi. Pingan mangkuk c ...

Setuju mokcu. Ada banyak lagi tempat lain nak pi makan. Bukannya kedai lain tak ada roti bakar, kopi susu kaw tu semua. Satgi ada org cakap takkan dia bancuh air kopi pakai daging bab* kan. Betul, halal & toyyiban. Kesucian tu penting dik! bukan halal sahaja dituntut. Ni bukan acah cakap. Mana boleh jaga, jaga lah elok elok especially when it comes to bab makan makan ni.

MoonRise Publish time 10-12-2021 10:54 AM

Nak cek halal utk kedai makanan non-malay ni senang ja. Hang taip ja nama kedai kt halal jakim, keluar la dia ada cert ke tak. Internet hujung jari kan.

Cari nama kedai viral boleh plak. Nak cek halal jakim patah jari kerrr

kucingitam Publish time 10-12-2021 11:38 AM

nasi ganja tu pun...konsep cam gini juga... kedai makan cina, sub kat gerai mamak...
tak tau plak kalau mamak tu dah take over seluruh kedai tapi kekalkan nama lama kedai cina tu..

prettyuglybabe Publish time 10-12-2021 12:31 PM

chilis tgi tony romas din tai fung klcc takde sijil halal..
takde pulak nak persoalkan melayu makan..
ke sebab kedai mahal takde sijil asal no pork kira boleh?

jazaa100 Publish time 10-12-2021 04:59 PM

makneng replied at 9-12-2021 10:00 PM
Yasssss.. Kedai yong tau foo tu le.
Owner cainis n pekerja yindon kalau x silap.

Akak tgok jugak, jengah jengah dari dlm keta kot ada lambang halaljakim ke lekat kat dinding....tak de pun....tapi yg mkn tu ramai bertudung ...yg ator meja kat luar tu pun apek pakai suar pendek besar tu....

Selamba je dorang mkn

jazaa100 Publish time 10-12-2021 05:04 PM

Mokcu replied at 10-12-2021 09:30 AM
Mokcu orang lama cara pikir pun cara lama. Tapi bab agama mokcu masih belajar lagi. Pingan mangkuk c ...

Sbb dia (pcik mok cu) tu tak jaga halal haram ke mok cu....tu yg rezeki tak berkat.....

Mok cu sama mcm akak....klu bab mkn ni, memang akak selidik habis.....kekwn rengsa nk ajak join mkn.....dorang pakat belasah je.....akak rela lapar dari nk mkn sedap sedap tapi meragukan.....
Pages: [1] 2
View full version: Jangan Cepat Terpengaruh - Restoran Viral Bukan Pemegang Sijil Halal


ADVERTISEMENT