Raline Publish time 7-12-2021 03:02 PM

Permaisuri Selangor Tampak Anggun Pakai Kebaya Klasik

Cantiknya! Rakyat Puji Permaisuri Selangor Tampak Anggun Pakai Kebaya Klasik

Persalinan kebaya yang digayakan Tengku Permaisuri Norashikin menggunakan seni telepuk yang unik

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage1-8.png
Kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin ,tampak menyerlah tatkala memakai persalinan kebaya klasik negeri Selangor.

Perkongsian beberapa foto Tengku Permaisuri Norashikin di akaun Instagram Selangor Royal Official baru-baru ini, menarik perhatian orang ramai.

Corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan Punya Maksud Tersendiri
Persalinan kebaya istimewa yang dipakai Tengku Permaisuri Norashikin ini menggunakan fabrik Tenun Pahang Diraja, yang dikurniakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rekaan kebaya ini mendapat sentuhan unik Datuk Radzuan Radziwill sendiri, selain itu corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan yang ditelepuk dengan emas menjadi kunci tarikan utama busana yang digayakan Permaisuri Norashikin.

Difahamkan, corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan yang terdapat di bahagian bawah baju kebaya dan kain kebaya sebenarnya melambangkan sembilan daerah dan tanah jajahan dalam negeri Selangor.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage2-8.png

“DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai persalinan kebaya Negeri Selangor yang diperbuat daripada fabrik Tenun Pahang Diraja kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Persalinan yang direka oleh Datuk Radzuan Radziwill ini dipakai oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin semasa Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-75 pada 27 November 2021.

Istimewanya fabrik ini telah ditelepuk emas dengan corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan sebagai simbolik kepada 9 daerah dan jajahan dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.”

Seni Telepuk, Seni Tradisional Khas Keluarga Diraja
Menurut perkongsian di Instagram Selangor Royal Official, seni kain telepuk yang digunakan pada kebaya yang digayakan Tengku Permaisuri Selangor ini dipercayai di bawa masuk oleh pedagang Bugis dari Sulawesi.

Dan seni kraf tradisional ini dipelihara dan dimiliki oleh pihak istana dan pemakaiannya dikhas untuk keluarga diraja atau golongan bangsawan sahaja.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage3-8.png
“Untuk rekod seni tradisional menghias kain Telepuk ini dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.

Ianya melibatkan proses menekap motif menggunakan cop ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun benang halus yang kemudiannya dilekapkan dengan kertas emas atau perada (serbuk emas atau perak).

Menurut sejarah, seni Telepuk dengan tata hias emas ini dimiliki dan dipelihara oleh pihak istana dan pemakaiannya dikhaskan untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan seperti di negara China, India, Jepun dan Indonesia.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) kini sedang giat mengembangkan seni kain Telepuk untuk diteruskan oleh generasi akan datang sebagai antara usaha mengekalkan warisan kraf tradisional.”

Rakyat Puji Permaisuri Selangor Cantik Dan Anggun Pakai Persalinan Kebaya Klasik
Melihat perkongsian di Instagram rasmi kerabat diraja Selangor, membuatkan rakyat terpukau dengan kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor dalam menggayakan busana klasik tersebut dan memuji Tengku Permaisuri Norashikin tampak cantik dan anggun dalam persalinan diraja tersebut.

“Cantiknya”

“Cantik dan manis di pandang Tuanku ni”

“Masyaallah cantiknya Tuanku”

“Cantik anggun”

“SubhanaAllah cantiknya”

“Cantik Tuanku Permaisuri” komen mereka

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/12/collage4-4.png

“Masha’Allah cantik Permaisuri Selangor”

“Cantik dan anggun”

“Wow sangat cantik”

“MasyaAllah cantik Tuanku Permaisuri”

“Cantiknya Tengku Permaisuri Selangor ini” komen mereka lagi

Memang cantik Tengku Permaisuri Norashikin dengan persalinan kebaya klasik ini, tampak ayu dan manis!

Sumber:https://murai.my/2021/133427/cantiknya-rakyat-puji-permaisuri-selangor-tampak-anggun-pakai-kebaya-klasik/

electricopop Publish time 8-12-2021 02:40 PM

Lawoooooo!

mendeluk Publish time 8-12-2021 02:50 PM

TPS dah nampak aging. She 50 kan dis yer..

blakerainer Publish time 8-12-2021 02:59 PM

Ntahlah. Nampak beshe2 je takde la wow gitu

imanamsyar Publish time 8-12-2021 03:34 PM

blakerainer replied at 8-12-2021 02:59 PM
Ntahlah. Nampak beshe2 je takde la wow gitu

betul..biasa je dimataku.. mungkin sebab dia permaisuri, maka meratab sembah la rakyat jelata sekelian..

nirman Publish time 8-12-2021 04:18 PM

in my eyes la she is very elegant and much more classier compared to @azmee06

cadarblogsot Publish time 8-12-2021 06:13 PM

nirman replied at 8-12-2021 04:18 PM
in my eyes la she is very elegant and much more classier compared to @azmee06

Indeed... terserlah flair as a queen even bukan berdarah raja. Elegant sangat

nirman Publish time 9-12-2021 12:42 PM

I thinkthe best queens in Malaysia are the selangor johor and perak. classy/cantik/tak ada controversy/intelligent/ tak ada #dengkike? etc they should teach the others macam mana nak carry themselves. Perlis pun not bad tapi tak cantik in my eyes. but behaviour tu bagus

Meiizu Publish time 9-12-2021 03:11 PM

bape puluh ribu lee baju ni

afie_m Publish time 9-12-2021 11:53 PM

Elegant sangat

gigi Publish time 8-2-2022 02:59 PM

nampak dah tua kat raut wajah nya.............tua itu pasti

she Publish time 9-2-2022 12:46 AM

Wajah sesuai lah dengan usia
Idok ler dia gigih cucuk nak bagi nampak muda

Pakaian pun cantik
Jauh beza dengan fesyen dengkike yang taksub dengan rekaan sesorang perasan ahli syurga itewww

Sheols dan Tengku Zara bakal queen pilihan
#dengkike?

annehuda Publish time 9-2-2022 08:43 AM

nirman replied at 9-12-2021 12:42 PM
I thinkthe best queens in Malaysia are the selangor johor and perak. classy/cantik/tak ada controv ...

tapi permaisuri perak tu kalau bukan acara formal pada mata meols biasa-biasa jah, macam marhaen pun ye. tak nampak regal pun tapi iyelah baginda pun dulu memang asalnya macam kita-kita jugak, pernah bekerja makan gaji.ni contohlah

https://assets.nst.com.my/images/articles/SULTANuu_NAZRIN_SHAH_1565424702.jpg

ni pulak permaisuri selangor

https://i1.wp.com/1.bp.blogspot.com/-ewLSWE7kOcs/Wkjdg9PUzpI/AAAAAAAAfzE/oW5t9hGS_ngLyBkIAxcQNURinZqfHqbCgCLcBGAs/s1600/ultan%2BSharafuddin%2BIdris%2BShah%2BAlhaj%2B01.jpg?ssl=1

but then again mungkin sebab konsep keluarga diraja perak ni humble jadi takdelah kasi perhatian sangat pada penampilan ni.sultan perak tu kalau kasi ucapan selalu bahasakan diri dia saya je

nirman Publish time 9-2-2022 09:32 AM

annehuda replied at 9-2-2022 08:43 AM
tapi permaisuri perak tu kalau bukan acara formal pada mata meols biasa-biasa jah, macam marhaen p ...

You have a point Anne, but in my eyes labaju yang Sultanah Perak/Selangor pakai tu is classy, timeles and suits the place.i think macam kate middelton bila pergi grocery shopping ke, or dapat vax dia pakai jeans
By the way in the pic tang u share Zara looks aged kan. i have not seen her recent pics i jarang baca google pasal sultan/sultanah usually i baca pasal scandals sahaja

i may be bias tapi i rimas la tengok selendang @azmee06 it looks weird in my eyes

epal_putih Publish time 9-2-2022 10:36 AM

cantik dan anggun
i pon suka yg perak.. ada class

mendeluk Publish time 9-2-2022 11:19 AM

nirman replied at 9-2-2022 09:32 AM
You have a point Anne, but in my eyes labaju yang Sultanah Perak/Selangor pakai tu is classy, ti ...

Selendang itu bukan saja2 pakai kot. Nak hide the b***bs maybe.

nisako Publish time 9-2-2022 11:39 AM

cantik nampak klasik gitu

nirman Publish time 9-2-2022 01:24 PM

mendeluk replied at 9-2-2022 11:19 AM
Selendang itu bukan saja2 pakai kot. Nak hide the b***bs maybe.

got many ways to hide boobs la. in my eyes it looks ugly,is this the only design pondan kesayangan @azmee06 can do? pakai selendang chiffon? looks so ugly

Burong_Hantuk Publish time 19-4-2022 08:23 AM

she lebih nampak   classy drpada si bff risalmon:lol:

marea Publish time 21-4-2022 02:59 PM

Perak and Selangor. Yes yes yes. Commoner yang ada class.
Pages: [1] 2
View full version: Permaisuri Selangor Tampak Anggun Pakai Kebaya Klasik


ADVERTISEMENT