AceHand Publish time 23-8-2010 01:11 AM

JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan Minggu 09...

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

http://3.bp.blogspot.com/_OrnJ8RB4Hb0/TFYNuFuEEPI/AAAAAAAAA1A/UjI8PGYvHOQ/s1600/1malaysia.png

A] Tema sajak pada Minggu 09 adalah K.E.M.E.R.D.E.K.A.A.N...

B] Setiap baris sajak mestilah bermula dengan huruf yang telah ditetapkang seperti berikot...

K
E
M
E
R
D
E
K
A
A
N


C] Tiada had untok panjang setiap baris...

D] Tempoh pertandingan adalah bermula daripada 23 Ogo 10 hingga 27 Ogo 10...

E] Sebarang pertanyaang lanjut boleh diajukang di taliang tol bebas...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=491953&extra=page%3D1


Jizzz... Klong! Klong!

ctaz Publish time 24-8-2010 11:33 AM

Post Last Edit by ctaz at 24-8-2010 11:34

nak coba nasib.....:$

Kemerdekaan
Erti sebuah kebebasan
Mengasuh kita mencintai keamanan
Enggan kita lepaskan,
Rasa bangga berbunga di dada
Di daerah merdeka yang permai ini
Engkau dan aku menikamatinya
Kekal dibawah rahmat Illahi,
Aku dan engkau anak merdeka
Anak bangsa yang untung menikmati
Nikmat kemerdekaan ini

CTAZ

a1a Publish time 24-8-2010 09:25 PM

Kalau
Engkau
Merdeka,
Engkau
Rasa
Diri
Engkau
Kerjakan tak
Aspirasi dan
Amanat
Negara?



Ni namanya sajak sepatah dua.{:3_97:}

plasterhati Publish time 25-8-2010 01:54 AM

Post Last Edit by plasterhati at 25-8-2010 01:58

nk try test ayt cket..

Kalaulah anak bangsa hari ini mengerti..
Entah mengapa nilai jati diri anak bangsa hari ini semakin pudar
Meratapkah aku dengan kepincangan sosial ini
Enakkah anak muda hari ini dibuai kelalaian nan sementara ini
Ramaikah yang masih berpaksikan adat, adab dan susila tinggalan nenek moyang dahulu kala
Dalam mencari kegemilangan bangsa yang hilang dimamah penjajah aku bertemu erti kekuatan
Erti perjuangan dan erti kesetiaan
Kuharapkan merdeka ini penuh makna buat generasiku kerna ia bukan mainan semata
Apa yang kita nikmati hari ini adalah perjalanan tamadun beribu tahun sejarahnya
Anak-anakku,pengalaman dijajah beratus tahun telah melunturkan kegemilangan bangsa
Namun akhirnya kita merdeka tanpa berhunus senjata dan sayangilah merdeka ini..

silverstar333 Publish time 25-8-2010 01:40 PM

Wah...semua best2....{:1_152:}
Ni yg rasa nk mereka jugak ni....:sweat3:

Siot_Jer Publish time 26-8-2010 10:37 AM

Post Last Edit by Siot_Jer at 26-8-2010 10:38

KITA TELAH LAMA BEBAS
ENGKAU DAN AKU GENERASI MERDEKA
MELIHAT DARI PERBEZAAN PEMIKIRAN
ERTI SEBUAH KEMAJUAN
RASA MUAK DENGAN HAMBA-HAMBA POLITIK
DI DALAM DIRI MEREKA LAH YG BENAR
ERTI KEMERDEKAAN SEMAKIN KABUR
KERANA POLITIK YANG SEMAKIN DI AGUNGKAN
ANAKBANGSA PULA SEMAKIN HANYUT
ADA YG MELARAT DAN MEREMPAT
NIKMATKAH KEMERDEKAAN INI?


yang memendam rasa
Siot_Jer 2010

hunt_fear Publish time 27-8-2010 02:34 PM

Tinta IX

Kehebatan sebuah kemerdekaan bukan terletak pada nombor-nombor tahunnya
Enak mengulit rasa, sehingga terlupa sebuah memoir duka
Merdeka tak pernah mudah, tapi sering dipandang tanpa jiwa oleh mereka
Entah mengapa mereka seolah terlupa erti sebuah kemerdekaan
Resah rasa hati memenuhi segenap rongga
Desir angin kuutus agar membawa pesanan ini
Ertikanlah kemerdekaan ini, ertikanlah ia
Kerana kamu perlu menyampaikan erti tersebut pada generasi seterusnya
Anggap sejarah silam sebagai satu pedoman
Agar dijadikan suluh hidup dalam mencapai kemajuan, kerana...
Negara yang lupa sejarah adalah negara yang menempah kegagalan untuk kesekian kalinya

attokz Publish time 27-8-2010 11:38 PM

Selamat berpartisipasi!

Membaca Kemerdekaan

Mari kita kembali menyelak naskhah-naskhah luka bangsa
entah pernah dibaca warga muda atau hanya dipandang sepi
malam langit kelam adalah igau ngeri para nenek moyang pejuang
bersama membina musim gundah mimpi indah
apakah yang tinggal saat angin perubahan datang bertandang
cuba menjarah kembali atas nama teknologi
atau menjalar berlenggang lenggok kerana kemajuan
Ke mana hala tuju jatidiri anak bangsa
entah masih utuh atau menanti saat relai berderai
mahukah kita menjadi saksi bisu
esak tangis derita anak cucu andai kecundang lagi ditanah sendiri?
ratib dan mentera difasih kembali dalam jiwa
datang bersama dengan sejuta wangian kesedaran kerana
esok adalah milik anak cucu yang menjadi pewaris
kita kembali menulis aksara-aksara sumpah
atas kalam semangat dipinjam dari pejuang lampau
akan sebuah kesaksian citra makrifat
negara ini adalah tanah berdaulat!


AttOkz Dikulgai
Akademia BdrTskSltn
27 Ogos 2010

jingga007 Publish time 27-8-2010 11:59 PM

Reply 3# a1a


    sajak yg ni mek biar pakcik ace tentukan :'(

AceHand Publish time 30-8-2010 01:23 AM

Hah! Hah! Hah!

Replya1a


    sajak yg ni mek biar pakcik Ace tentukan
jingga007 Post at 27/8/2010 23:59 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Boleh jer lar...


Jizzz... Klong! Klong!

AceHand Publish time 30-9-2010 10:44 PM

Jizzz... Klong! Klong!

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Maaf sebab lambat bagi kredit... Tapi itu bukang makna aku lupa... Heh! Heh! Heh! Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking... Tahniah kepada pemenang...

01 Membaca Kemerdekaan - attokz (10)
02 Tinta IX - hunt_fear (09)
03 try test ayt - plasterhati (08)
04 coba nasib - ctaz (07)
05 yang memendam rasa - Siot_Jer (06)
06 sajak sepatah dua - a1a (05)


Jizzz... Klong! Klong!

attokz Publish time 1-10-2010 11:08 AM

terima kasih pokcik.
Bila nak kuarkan keputusan keseluruhan?

plasterhati Publish time 1-10-2010 12:36 PM

time kasih habang ace

AceHand Publish time 1-10-2010 06:09 PM

Oh!

terima kasih pokcik.
Bila nak kuarkan keputusan keseluruhan?
attokz Post at 1/10/2010 11:08 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Pertandengang belom lagi tamat... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!

bintang Publish time 1-10-2010 06:58 PM

Pertandengang belom lagi tamat... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
AceHand Post at 1-10-2010 18:09 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Erk... bila tamat?

AceHand Publish time 1-10-2010 10:19 PM

Heh! Heh! Heh!

Erk... bila tamat?
bintang Post at 1/10/2010 18:58 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Tunggu...


Jizzz... Klong! Klong!

bintang Publish time 6-10-2010 02:22 PM

Tunggu...


Jizzz... Klong! Klong!
AceHand Post at 1-10-2010 22:19 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Sempat lagi ker bintang masuk?

bintang Publish time 6-10-2010 04:41 PM

Post Last Edit by bintang at 7-10-2010 18:12

Bintang nak join gak la....


Tajuk: Rekah Kemerdekaan.


Ketika bendera-bendera berkibar di udara, kemerdekaan telah pun kalian rebut dan telah kalian wariskan kepada negeri ini.

Engkau menjadikan kami generasi yang tidak kenal lagi rasa rendah hati seperti yang kalian rasakan di zaman penjajah.

Maka semua ini akan membuah kesedaran pada kami lalu burung-burung bernyanyi di dahan-dahannya dan kami berteriak “Merdeka!”

Entah bila kala sore ini datang, menghayati muzium yang lengang dan darimu berpesan;‘bertatihlah sendiri,'   nun dari kejauhan dan,

Redha di bawah patung kemerdekaan yang letih kerana berjuang di waktu kebebasan adalah impian keabadian.

Dan tersorok di bawah mimpi reformasi; kering seperti dulu ketika tubuhmu terkapar penuh luka dan negeri yang kacau mengubur riwayatmu dalam sejarah berdebu.

Elusan angin mengibarkan tirai serta pucuk-pucuk cemara ke musim perjuangan pada suatu sore yang sepi ketika rinai hujan menitis di jendela.

Kemerdekaan ialah ketika hati nurani bebas melangkah dengan gagah, bebas berkata tanpa terbata-bata.

Akan tetapi sungguh hatiku amat pilu ketika kudengar lagi tangis berjuta rakyat dibungkam mulutnya

Aku turut menangis berjuta mata yang terus melihat tapi dipaksa untuk tidak mengatakannnya

Negara ini turut menangis ketika berjuta telinga yang terus mendengar omongan kosong pemimpin Negara, namun sungguh aku tetap mencintaimu, Malaysia.

Goldkey Publish time 6-10-2010 08:08 PM

Post Last Edit by Goldkey at 7-10-2010 18:15

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRKedg8w4blKLjEx8avrKTwrE6ayhSXpn_dxZuKXrYQpKT78aY&t=1&usg=__7apLsHx518YaOb7ov6zPR2uzTXo=

Merdeka tapi banggakah kita?

Kebijaksaan Tunku dan konco-konco bermain kata memerdekakan Tanah Melayu yang telah Tuah tegarkan takan hilang di dunia.

Esak tangis perjuang bangsa di kuburkan dengan laungan keramat Merdeka! Merdeka!Merdeka!

Membebaskan bangsa dari pejajah laknat yang menjarah kahazah se-Melaya ratusan tahun.

Engkau, aku dan semua warga merasai nikmatnya sebuah kemerdekaan yang diwariskan pejuang bangsa.

Rahmat Allah kepada bangsa yang menaut silaturrahim dengan pendatang berbagai bangsa.

Damai sentosa tidak merempat seperti negara yang terus bersengkata.

Enggan mendadik dada hebatnya bangsaku bangsa Melayu.

Kemerdekaan dijulang tanpa tumpahnya darah mereka yang tidak berdosa.

Akan tetapi masih banggakah kita dengan kemerdekaan? Sedangkan....

Ancaman dadah, masalah sosial dan seumpamanya kiat tenat.

Nah!!!Kembalilah kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah jika kemerdekaan ingin terus diwarisi.

AceHand Publish time 10-10-2010 10:42 PM

Errr...

Sempat lagi ker bintang masuk?
bintang Post at 6/10/2010 14:22 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Aku rasa ko salah paham ni... Yang minggu ni punya dah lama tamat... Yang tak tamatnya cuma pertandengang juara antara juara saja...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=507380&page=1&extra=#pid40682184


Jizzz... Klong! Klong!
Pages: [1] 2
View full version: JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan Minggu 09...


ADVERTISEMENT