mattzzx Publish time 6-12-2021 12:35 PM

Pertama di Malaysia, sindiket judi 'live sendiri' tumpas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/judis_1638707744.jpg
Mohd Roze (tengah) melihat barang rampasan selepas menumpaskan sindiket judi dadu 'live' dalam serbuan di sebuah rumah teres setingkat, di Sungai Petani. FOTO Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Satu sindiket yang dikesan menawarkan pertaruhan judi dadu secara 'live' melalui WeChat berjaya ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat, di sini, 25 November lalu.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 6.30 petang itu, 13 individu termasuk tiga remaja bawah umur dan seorang warga emas ditahan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan mendapati sindiket judi berkenaan baru dua bulan beroperasi dengan berjaya mengaut pertaruhan yang dianggarkan mencecah RM10,000 hingga RM15, 000 sehari.

Menurutnya, sindiket ini dikesan menggunakan taktik terbaru dan ini kali pertama polis menemui kegiatan seumpama itu di negeri ini yang menggunakan modus operandi menjalankan aktiviti judi dadu secara langsung.

"Kita dapati sindiket menggunakan pekerja sendiri dan mereka akan berpindah sekiranya mengetahui kegiatan dilakukan dikesan polis.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui cara sindiket ini beroperasi," katanya pada sidang media, hari ini.

Mohd Roze berkata, semua individu yang ditahan berusia 16 hingga 68 tahun itu terdiri daripada 10 lelaki dan tiga perempuan.

Katanya, mereka direman selama empat hari manakala remaja bawah umur pula direman selama sehari.

"Kita juga sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang dipercayai penganjur aktiviti pertaruhan judi terbabit.

"Siasatan awal kita mendapati sindiket akan meneruskan aktiviti secara langsung sekiranya ada pertaruhan yang dibuat pelanggan dan ini agak berbeza jika dibandingkan dengan judi atas talian yang kita lihat sebelum ini," katanya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan pertaruhan judi dadu terbabit termasuk papan, modem, router dan peralatan telekomunikasi lain yang digunakan sindiket.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/judiska_1638707746.jpg
Mohd Roze menunjukkan barang rampasan selepas menumpaskan sindiket judi dadu 'live' dalam serbuan di sebuah rumah teres setingkat, di Sungai Petani. FOTO Izad Thaqif Hassan



Pages: [1]
View full version: Pertama di Malaysia, sindiket judi 'live sendiri' tumpas


ADVERTISEMENT