Raline Publish time 3-12-2021 08:58 PM

Ibu jaga makan anak guna ‘Google form’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/google-form.png
Seorang gadis berkongsi cara ibunya memastikan anak-anaknya sudah makan dengan menggunakan ‘google form’. - TikTok

Ibu jaga makan anak guna ‘Google form’

JAKARTA – Kisah seorang ibu yang menggunakan borang dalam talian, ‘Google form’ bagi mendapatkan maklumat sama ada anaknya sudah makan atau belum menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kisah tersebut dikongsikan oleh si anak menerusi akaun TikTok miliknya iaitu @o..range.

Google form merupakan aplikasi milik enjin carian Google yang membolehkan pengguna membuat tinjauan dengan peserta tinjauan boleh memberikan jawapan secara langsung.

“Ketika ibu anda membuat google form hanya untuk bertanyakan sama ada anda sudah makan atau belum,” demikian kenyataan dimuat naik si anak bersama video tersebut.

Google form itu mengandungi soalan ‘sudah makan atau belum’ dengan pilihan jawapan ‘sudah’ dan ‘belum’.

Netizen yang menonton video unik itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Cara orang tua membuat anak mereka bahagia itu berbeza-beza ya,” komen seorang netizen.

“Seronok melihatnya, semoga si ibu terus sihat ya,” komen netizen lain. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12/03/ibu-jaga-makan-anak-guna-google-form/

Pages: [1]
View full version: Ibu jaga makan anak guna ‘Google form’


ADVERTISEMENT