natrahn Publish time 3-12-2021 10:14 AM

Pencuri 'Rembat' Milo, Rupa-Rupanya Dapat Pasir Je

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/02/150736phzy7cgckyo2yjz2.png



Mungkin menggelikan hati tapi dalam masa yang sama agak menakutkan juga. Ia menunjukkan betapa terdesaknya orang ramai masa kini.


Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu kejadian di mana empat daripada 6 paket Milo yang diletakkan di hadapan gerai telah dicuri.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/02/145302jq2j2m61zsc8xmj7.pngKredit Foto - Facebook TPG Silver State via The Vocket




Rupa-rupanya paket Milo tersebut bukan Milo sebenar. Menurut pemilik gerai tersebut, paket Miloitu hanya mengandungi pasir.

“Tadi saya pergi beli ais sekejap, tinggal gerai lebih kurang 7 minit. Bila balik semula ke gerai,tengok paket Milo untuk display sudah hilang 4. Aduh pencuri, dalam itu bukan ada Milo oi! Cuma ada pasir sahaja untuk bagi berat,” itulah kapsyen yang dikongsikan pada hantaran asal.


Hantaran ini mendapat perhatian wargamaya. Rata-rata mereka berasa geli hati dan terhibur kerana pencuri tersebut terpedaya apabila bukan dapat bawa pulangMilo berpaket-paket, sebaliknya hanyalah pasir sahaja.


Dan ada juga menyifatkan, pencuri masih ada sifat empati kerana meninggalkan 2 paket Milo kepada peniaga untuk meneruskan perniagaan pada hari tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/02/145817uztzdmq3p5tedpp0.png

Malah ada yang berpendapat ini sekadar taktik pemilik gerai untuk supaya gerainya menjadi viral.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/02/145916l6i58cpy3diay88m.pngKredit Foto - Facebook TPG Silver State






Apapun, sekiranya ini sekadar kaedah untuk sengaja menjadi viral, nampaknya ia sudah berjaya.


Walaubagaimanapun, sekiranya ia memang kejadian kecurian, semoga pencuri Milo tersebut mengambil iktibar agar tidak lagi membuat perkara yang sama pada masa hadapan. -CARI

chinta89 Publish time 5-12-2021 11:10 AM

ahahahahahaa terhibur kejap

Artemesiaa Publish time 6-12-2021 06:31 PM

Pencuri tetipu peniaga bijak
Pages: [1]
View full version: Pencuri 'Rembat' Milo, Rupa-Rupanya Dapat Pasir Je


ADVERTISEMENT