Raline Publish time 2-12-2021 09:15 PM

Selamba Basuh Tangan Kotor Dalam MRT

Selamba Basuh Tangan Kotor Dalam MRT, Ramai Dakwa Selalu Nampak ‘Auntie’ Ini

https://media.ohbulan.com/2021/12/Wanita_buat_hal-scaled.jpg
Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang bertindak membasuh tangan ketika menaiki sebuah tren Mass Rapid Transit (MRT). Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang mengecam tindakan dilakukan oleh wanita berkenaan.

Basuh tangan dalam MRT

https://twitter.com/AskRapidKL/status/1466033754317541384?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1466033754317541384%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2Fvideo-selamba-basuh-tangan-kotor-dalam-mrt-ramai-dakwa-selalu-nampak-auntie-ini

Video berdurasi kurang 15 saat itu, jelas menujukkan wanita berkenaan yang membuka botol plastik dan mencurah air ke atas lantai tren MRT bagi tujuan membasuh tangan. Bagaimanapun, wanita tersebut dipercayai sama sekali tidak mengelapnya semula.

Susulan daripada itu, pihak Rapid KL menjelaskan tren yang disediakan bagi kegunaan orang awam sama sekali tidak menawarkan perkhidmatan untuk membasuh tangan. Pada masa yang sama, pihak Rapid KL juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai supaya menjadi penumpang yang bertanggungjawab dan tidak meniru aksi berkenaan.

Respon netizen

https://media.ohbulan.com/2021/12/Screenshot-2021-12-02-at-4.11.39-PM.png

Menerusi ruangan balas, seorang netizen mendakwa pernah terlihat wanita ini di stesen Pasar Seni serta Bukit Bintang dan diaakan turun di stesen Sri Raya.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga dipercayai enggan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

Sumber: ASK Rapid KL


musangbodoh Publish time 2-12-2021 10:54 PM

kiasu nie....

ally9970 Publish time 3-12-2021 02:04 PM

Aku ingat kan kat China....rupanya cina kat Msia

Meiizu Publish time 3-12-2021 10:02 PM

Cina hemmmm
Pages: [1]
View full version: Selamba Basuh Tangan Kotor Dalam MRT


ADVERTISEMENT