YgBenar Publish time 2-12-2021 12:19 AM

Sebiji Macam Dalam Filem 'Annabelle', Ustaz Terpaksa Bakar Teddy Bear Punca Remaja Dirasuk

Edited by YgBenar at 2-12-2021 12:27 AM

Kejadian mistik bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam dunia ini

Perkara ini boleh berlaku daripada pelbagai aspek. Termasuklah daripada penyimpanan patung sebagai perhiasan di dalam rumah kerana ia boleh menjadi punca 'gangguan'.

Tular baru-baru ini satu perkongsian di Facebook mengenai patung beruang yang didakwa mempunyai jin telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi posting tersebut, seorang perawat islam yang juga ustaz berkongsi pengalaman semasa dia merawat salah seorang pesakitnya yang dikatakan telah menerima gangguan dari sebuah patung beruang.

Malah, dia juga mendakwa patung berkenaan telah menyebabkan seorang gadis telah mengalami kerasukan.
"Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu, jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia"

"Dengan lantang saya berkata, berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!"

"Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah pesakit sedar dalam keadaan yang lemah. Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya," tulisnya.

Dia juga sempat memberikan nasihat agar tidak menyimpan patung sebagai perhiasan di dalam rumah serta berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan iktibar buat semua orang.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberika reaksi mereka masing-masing selepas memnca perkongsian itu.


Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 512 likes, 128 comments dan 202 sahres di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
https://www.facebook.com/100000160198500/posts/5096288230386466/

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/954983/adaa.jpg

supernaturalee Publish time 2-12-2021 04:09 PM

Ted tersenyum sinis

9fbo_pQvU7M

nazurah Publish time 12-12-2021 08:21 AM

ni mcm kes staff i.... bf dia poskan teddy bear besar serupa inilah, malam2 tido kat hostel dia peluk bear tu kendian dia rasa ada benda bergerak kat atas katil.

i suruh buang bear tu tapi dia takmo... tapi lama2 dia sendiri seram bila roomate dia takde, makin rancak pulak gangguan. akhirnya dia buang.

karinatoni Publish time 14-12-2021 02:24 PM

naq_j Publish time 23-12-2021 11:30 AM

Masa aku budak asrama dulu, ada seorang kakak ni suka simpan patung teddybear banyak2 atas bed dia.
Satu malam ni ada seorang kakak senior lain nampak mata patung teddybear besar gedabak dia mata melilau.
Tapi tiada gangguan mistik berlaku jadi semua org pun diam2 ja la.

swimswim Publish time 2-1-2022 10:52 AM

Dulu ex aku nk bagi teddy besar ni. Aku tak minat sebenarnya tp buat2 excited. Nasib break up dulu before dapat. Kalau x, mampuis nk simpan mana menatang besar gaban camni

_nursha_ Publish time 3-1-2022 12:54 PM

kakak aku pernah citer yg lebih kurang mcm ni...anak sedara aku yg dh tua bangka letak teddy bear yg besa mcm ni kat surau sekolah agama...nk dijadikan cerita, budak2 perempuan asrama sekolah tu main dgn bear tu, pastu kene histeria...ada dllm 8 org mcm tu yg histeria...mujur ustaz sekolah tu boleh berubat pastu terus bakar...

Lavender85 Publish time 3-1-2022 02:16 PM

swimswim replied at 2-1-2022 10:52 AM
Dulu ex aku nk bagi teddy besar ni. Aku tak minat sebenarnya tp buat2 excited. Nasib break up dulu b ...

hahaha kelakar la:laugh3:

heythere123 Publish time 17-1-2022 05:54 PM

dekat youtube ramai gak share pasal patung Furby yang kadang2 jadi menyeramkan. Nak kata technical glitch boleh jadi tapi kadang2 benda tu buat benda yg pelik2 yg takde dalam sistem

Paiya Publish time 8-2-2022 09:11 AM

sorang makcikkawan aku
kutip anak patung di tengah jalan
kawan aku ni hijab terbuka
dia kata benda tu tak baik dan puaka
tapi tak berani nak buang benda tu,
dia suruh aku buang..
aku bungkus anak patung itu dengan bakul plastik
dan buang ke tong sampah yang jauh dari lokasi kawan aku tinggal
malamnya aku ternanti-nanti apa yang akan jadi pada aku
tapi puji Tuhan tak ada apa-apa yang berlaku
aku hanya mimpi aku pelihara baby kecil
tapi tak ada part-part seram..

korang,
sapa-sapa nak buang benda puaka
tapi tak berani nak buang
bagi ja pada aku ya
sebab aku suka mistik..:lol:



Pages: [1]
View full version: Sebiji Macam Dalam Filem 'Annabelle', Ustaz Terpaksa Bakar Teddy Bear Punca Remaja Dirasuk


ADVERTISEMENT