CARI-MRO Publish time 1-12-2021 03:40 PM

Dah Dua Tahun Berpisah- Sharifah Shawati Bercerai Selepas 28 Tahun Kahwin

Bekas personaliti TV3 dan juga usahawan iaitu Sharifah Shawati mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.


Pemilik nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd, 51, ini berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dilkhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/01/154018uj1cw1kjwb272s8z.pngFoto: IG






"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman.


"Kami memilih untuk tidak mewar-warkannya bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.


"Saya rasa perlu membuat penjelasan ini sekarang memandangkan dia sudah berkahwin dan saya mahu mengelak daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak," katanya secara eksklusif kepada mStar.




https://www.instagram.com/p/CWzNRGkPva1/


Tambah Shawati, perpisahan tersebut berlaku secara aman dan tiada sebarang konflik terjadi antara dia dengan bekas suaminya itu.


Dia sebaliknya lebih mementingkan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka selain perkembangan kerjayanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/01/153016yt7b4kxtbhkee0rz.pngAnak-anak dan bekas suami




"Bagi saya kesejahteraan anak-anak dan keluarga saya sangat penting dan saya perlu menjaga nama baik keluarga dan memelihara reputasi peribadi saya.


"Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan sibuk dengan kerjaya dan tugas. Saya juga gembira dia sudah mulakan hidup baru, dan saya mendoakan agar dia bahagia dan berjaya.


"Walaupun terdapat beberapa cabaran pada mulanya, anak-anak saya amat matang menyesuaikan diri dan menerimanya dengan baik.




https://www.instagram.com/p/CWQY7TYP9YL/


"Anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan kami dan saya pasti bapa mereka akan terus menjalankan tanggungjawabnya terhadap mereka tanpa campur tangan mana- mana pihak luar," ujarnya.


Shawati memberitahu kehidupannya kini lebih bahagia dan dia sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah profesional doktor falasafah (PhD).


"Saya kini sedang meneruskan ijazah professional PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan.


"Saya juga fokus kepada pengendalian syarikat milik saya Adamaya Consultancy And Services yang memberi perkhidmatan konsultansi dan penjenamaan imej, pengendalian bengkel dan majlis serta pengeluaran produk Adamaya




https://www.instagram.com/p/CWLJBjevJ6E/


"Selain itu saya juga terbabit dalam kempen membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap Wanita dalam rumahtagga bersama Kelab Ikon Malaysia," ujarnya.


Sharifah Shawati berkahwin dengan Wan Zullkefle Wan Ibrahim pada tahun 1993 dan bercerai pada tahun 2019.


https://www.instagram.com/p/CV9SI54P8on/


https://www.instagram.com/p/CV6qfnaPPGx/


https://www.instagram.com/p/CVc3bW2Ptiu/


https://www.instagram.com/p/CVZXWVsP7wL/


https://www.instagram.com/p/COztG-1A175/


Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Adam Shafique, 23, dan Wan Maya Letisha,20. -CARI


Sumber: mStar Online

weezerfan Publish time 1-12-2021 03:42 PM

Lawa anak perempuan dia

PinkyPie Publish time 1-12-2021 03:53 PM

Datuk tu kawen dgn sapa

awanysss Publish time 1-12-2021 04:07 PM

helok2 muka semua..
dia pun cantik igtkan 30s rupanya dah 50s..

Thunderclouds Publish time 1-12-2021 04:45 PM

Wat face lift ketteww..anywho last tgk muka dia baca berita time kes sek tahfiz kna bakaq ngn budak2 jahat tu. Ramai mninggal sbb pintu saja kna rantai. Byk kali dia stop sbb xtahan nanges. Takziah atas perceraian. Pandai simpan & x jaja rata.

Cece1234 Publish time 1-12-2021 04:59 PM

Dah mcm tin E rupa dia..tp versi xsiap sgt..

bondeh Publish time 1-12-2021 05:12 PM

Thunderclouds: Wat face lift ketteww..anywho...


Yang baca berita menangis tuh, Permaisuri Norashikin berita RTM. Rasanya Sharifah Shawati nih lamaaaaaaaa gila tinggalkan dunia penyiaran. Muka theyolls nak iras2 & gaya pun nak sama slim2 tinggi.

bondeh Publish time 1-12-2021 05:14 PM

Cece1234 replied at 1-12-2021 04:59 PM
Dah mcm tin E rupa dia..tp versi xsiap sgt..

Kannnn. I follow ig sheolls nih, cam nampak nak tiru Tin E. Tin E tehtap booms :lol:

bondeh Publish time 1-12-2021 05:15 PM

Meolls follow ig anak pempuan dia. Cantik genit comel tapi gaya cam little bitch. Ahaks

Aikiko Publish time 1-12-2021 05:34 PM

Makin hot yer sheols ni sama ngan her daughter

raihaneem Publish time 1-12-2021 05:35 PM

Suka tgk dia..dr awai kawin..suka sgt..dia lawa..suami hensem..
Takpala..cerai cara baik...semoga gembira

buntalz Publish time 1-12-2021 05:56 PM

I pernah jupe dia personally with husband masa tu I olls study lagi. Dia datang ikut anak Ghaffar Baba masa tu. Husband dia hensem n smart looking man. Dia pon cantik make up nipis. Sejenis mmg ada acara agenda malam couple nya, sebab masa tu statement anak Ghaffar Baba ok can we have meet n greet student ni habis cepat sikit since kita semua nak shopping pulak at 1030pm during autumn nak masuk winter... kedai dah tutup... now tgk muka mmg bikin gila tkujat I.. cam TIn E

miracle_forever Publish time 1-12-2021 06:12 PM

kenapa muka dia dlm 2nd photo tu sangat pelik. repair byk sgt ke? dah lawa dah.. bila try upgrade sana sini terus nmpk mcm lana nodin

311gurl Publish time 1-12-2021 06:48 PM

anak dia ni ada something dgn royalty ke? sbb football match pun dia ade show area vvip.. yg i tahu princess negeri penyu tu mmg bff dia kan.

matchstick Publish time 1-12-2021 06:54 PM

Mmg nmpk mcm tin e wannabe je

3480 Publish time 1-12-2021 09:14 PM

Dh semua kata tin E tu sama la tu

Nham22 Publish time 1-12-2021 10:34 PM

Adehh..abes di alternye muka... Hidong pon nampam fake abes... Muka lagila dh mcm terung... Apoo lah... Helok2x muka dulu g ubah2x.. Pastu x menjadik sgt....nampak gaya kene banyak kali alter baru dpr yg betul2x mcm retis Hollywood n korea..

akies Publish time 1-12-2021 11:22 PM

Suka dia masa dia baca berita dulu2.
Dia mmg cantik

kikiharris Publish time 2-12-2021 12:16 AM

Yg suka ubah2 muka ni, tang hidung mesti failed

musangbodoh Publish time 2-12-2021 12:25 AM

wow tgk gaya lavish nye...

btw tin e tu ayaq coke ke:o
Pages: [1] 2 3
View full version: Dah Dua Tahun Berpisah- Sharifah Shawati Bercerai Selepas 28 Tahun Kahwin


ADVERTISEMENT