eddlisa_uyuk Publish time 1-12-2021 12:33 AM

AKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF, AMELIA HENDERSON]





Drama bersiri ‘Kisah Cinta Kita’ menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal bersiaran selama 28 episod bermula 26 November 2021 menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Kisah Cinta KitaEpisod: 28
Tarikh Tayangan: 26 November 2021
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Idea & Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Ikmal Amry sebagai Zuhairi
Daniella Sya sebagai Maria
Hazman Al-Idrus sebagai Putra
Maria Farida sebagai Hanisah
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
Khaty Azian sebagai Datin Laila
Arash Mohd sebagai Malik
Adriana Ghafar sebagai Asma
Izzendra sebagai Siti

Lagu Tema (OST)
Sejarah Cinta Ku - Ucop
Duri - Ahmad Syafiq
Panah - Nadeera
Cinta Khayalan - Wany Hasrita
Bukan Milik Ku - Muna Shahirah
Berakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip & Ernie Zakri
Mimpi - Haqiem Rusli
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Maafkan Lah - Syamel
Izinkan Aku - Tajul
Sorry-Sorry Sayangku - Nomad
Pelangi - Khareez Khasbullah
Ternyata Bukan Aku - Nidza Afham


Sinopsis Kisah Cinta KitaMengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

eddlisa_uyuk Publish time 1-12-2021 12:38 AM











tintin22 Publish time 1-12-2021 10:05 AM

mcm tiru My Girl sikit.....judge tgk dari iklan je hahaha.
belum layan.

ismaha Publish time 1-12-2021 11:11 AM

hahah..geli hati pulak tgk cita ni....jd hero dah budak ni...:lol::lol:

True-X Publish time 1-12-2021 12:21 PM

suka aku pelakon2 ni... amelia dan eady.. sebab bukan pelakon acah2 alim.. semoga diorg ni glamer popular sampai dapat anugerah

eddlisa_uyuk Publish time 1-12-2021 01:20 PM

teringat citer latin dulu2...la usurpadora
sbb nyamar2 macam tu

dealova04 Publish time 1-12-2021 02:24 PM

emilia dh ok... dh x pelat.
tp kalau dpt hero lain lg ok sbb aedy ni mata ku tgk still nmpk mcm budak2 kikiki

Kancilkering Publish time 1-12-2021 04:09 PM

ntah ntah yg accident tu ikmal mary…tasha tu still alive….

eddlisa_uyuk Publish time 2-12-2021 08:08 AM

si ikmal tu anak ayam mak tasha tu laaa pula :L

dewi_rina Publish time 2-12-2021 11:27 AM

Nasib baik tak aedy ashraf dengan fatin apipah
Boleh kenang balik zaman kanak-kanak deols

:$

AshkieLa Publish time 2-12-2021 01:48 PM

aritu outstation bukak la citer ni dlm hotel.
hero n heroin ok dah sbb dua2 jenis cakap laju bila bergaduh berdua... tak kayu la senang citer.
cuma meols terganggu bila camera closed-up ke aedy, ade panau2 kat tengkuk...
hope boleh jaga penampilan diri dgn lebih lagi.. lagi2 bila jadi main character.

mijot Publish time 2-12-2021 07:46 PM

dah matang lakonan si eady ni..
walaupun dok terbayang2 lakonan zaman dia kecik2
lakonan emilia pun nampak peningkatan...tak pelat...

neway, citer ni best untuk dilayan setakat ni..

Kancilkering Publish time 4-12-2021 11:36 AM

kalu amer nka bolot apa ada hal…dia yg manage semua business dato pe……..ada waris pun x leh harap

ismaha Publish time 7-12-2021 10:59 AM

AshkieLa replied at 2-12-2021 01:48 PM
aritu outstation bukak la citer ni dlm hotel.
hero n heroin ok dah sbb dua2 jenis cakap laju bila be ...

hahahah jemm jemmm...is tak perasan pulak...ko ckp gitue dan dan potong:lol::lol:

ismaha Publish time 7-12-2021 11:00 AM

dewi_rina replied at 2-12-2021 11:27 AM
Nasib baik tak aedy ashraf dengan fatin apipah
Boleh kenang balik zaman kanak-kanak deols

mungkin suatu hari nnt......:lol:sbb aedy dah start jd hero....

eddlisa_uyuk Publish time 8-12-2021 07:50 AM

geram lak watak siti.....kawan alisa tu

eddlisa_uyuk Publish time 8-12-2021 07:54 AM

amer suka sgt merajuk tetiba........

ismaha Publish time 8-12-2021 11:15 AM

eddlisa_uyuk replied at 8-12-2021 07:54 AM
amer suka sgt merajuk tetiba........

angin kus kus jeles dia mai dah aa tu......:lol:

blusher Publish time 9-12-2021 08:37 AM

Dah lama tak fall in love dengan drama melayu. Suka chemistry antara Aedy & Amelia. Iols ni minat dengan Amelia, tengok cerita ni sebab dia. Dulu ingatkan Amelia & Sean Lee yang okay. Tapi rupanya dengan Aedy lagiiiiiii terserlah keserasian.

eddlisa_uyuk Publish time 9-12-2021 10:24 AM

ismaha replied at 8-12-2021 11:15 AM
angin kus kus jeles dia mai dah aa tu......

smlm pun sama....ckp sikit...lagi merajuk ;P
Pages: [1] 2 3 4
View full version: AKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF, AMELIA HENDERSON]


ADVERTISEMENT