sharlenetexas Publish time 30-11-2021 02:31 AM

Kenanga & Keluarganya



sharlenetexas Publish time 30-11-2021 02:40 AM

Kredit: https://www.forestry.gov.my/my/slideshow/97-herba/641-kenanga

Nama saintifik : Cananga odorata (Lam.) Hook. F. & Thoms
Nama biasa : Ylang ylang, perfume tree, cananga, cadmia
Nama tempatan : Kenanga
Famili : Annonaceae

Pendahuluan:
Pokok Kenanga berasal dari Indo-Malaysia dan diperkenalkan secara meluas oleh orang-orang dari Polynesia, Micronesia dan orang-orang Eropah yang sejak awal datang ke Kepulauan Pasifik. Di sesetengah tempat ia telah tumbuh secara semulajadi contohnya di Samoa.

Ciri - Ciri Tumbuhan
Kenanga adalah sejenis pokok malar hijau yang cepat membesar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-5 m setahun ketika pokok berusia muda. Purata ketinggian pokok kenanga adalah lebihkurang 12 m dan boleh mencapai ketinggian maksimum sehingga 25-30 m. Dalam pendekatan senitaman, ia boleh dipangkas pada ketinggian 2-3 m. Pokok kenanga mempunyai batang yang sedikit melengkung. Kulinya licin dan dan berwarna kelabu keputihan. Daunnya berwarna hijau gelap, dengan 20 cm panjang, susunan daun berselang , ringkas, berbentuk bujur dan sedikit berbulu serta mempunyai tulang daun yang jelas manakala hujung daun menjulur ke bawah. Bunga tergantung dari dahan yang memanjang dan mempunyai enam kelopak bunga berwarna kuning kehijauan. Bunganya boleh dijadikan minyak pati yang sangat harum. Musim berbunga berlaku sepanjang tahun tetapi berbunga dengan lebat pada musim panas dan lembab.

sharlenetexas Publish time 30-11-2021 02:46 AM

Tabiat Tumbuhan
Pokok kenanga boleh tumbuh dalam pelbagai jenis tanah iaitu dari tanah berpasir dan tanah liat. Ia hidup subur di kawasan tanah gunung berapi atau tanah berpasir yang subur dan boleh hidup dalam kawasan air yang bertakung untuk tempoh yang singkat. Pokok kenanga hidup subur di kawasan tanah pamah lembap tropika, walaupun ia boleh ditanam di kawasan tanah tinggi berhampiran garisan khatulistiwa.

Bahagian Yang Digunakan
Kulit dan daun

Amalan Tradisi Perawatan
Kulit kayu digunakan oleh masyarakat Tonga dan Samoa untuk merawat penyakit perut dan kadang-kadang dijadikan sebagai ubat julap. Manakala di Jawa, bunga yang kering digunakan untuk menahan penyakit malaria dan bunga yang segar, ditumbuk dan digunakan secara menampal bagi merawat asma. Saringan bunganya dikatakan mempunyai nilai perubatan oleh pakar herba dan aromaterapis. Aromaterapis mendakwa bahawa minyaknya berguna untuk merawat kemurungan, masalah pernafasan, tekanan darah tinggi, kebimbangan dan juga digunakan sebagai aprodisiak, dll.

sharlenetexas Publish time 30-11-2021 02:55 AM

Edited by sharlenetexas at 30-11-2021 03:25 AM

Sebelum ni iols tak pernah tanam kenanga. Mula beli anak pokok kenanga masa PKP tahun lepas. Ambil masa lebih kurang lima bulan untuk berbunga. Bila dah berbunga, kenanga akan sentiasa berbunga. Kenanga ada banyak jenis. Iols rasa kenanga yang iols tanam ni jenis kenanga kampung.

Familinya Annonaceae. Bila cari #annonaceae kat IG keluar gambar bunga kenanga, kenanga hutan, mempisang, buah nona dan durian belanda. Jika perhati betul2, bunga2 dari keluarga Annonaceae tumbuh tergantung di dahan pokok dan boleh nampak kelopak bunga berbentuk tiga segi. Bila dicantum macam bentuk kotak origami.

Iols baru kenal bunga kenerak, sejenis kenanga hutan. Tak sabar tengok bila nak berbunga. Lepas ni nak beli anak pokok mempisang, sejenis kenanga hutan juga.

sharlenetexas Publish time 30-11-2021 02:59 AM



https://www.instagram.com/p/BxSGnzLAuvu/?utm_medium=copy_link

sharlenetexas Publish time 30-11-2021 03:02 AM



https://www.instagram.com/p/CLHG-YwMUJI/?utm_medium=copy_link


sharlenetexas Publish time 30-11-2021 04:17 AM



keane.somewhere Publish time 30-11-2021 07:01 PM

sharlenetexas replied at 30-11-2021 02:59 AM


Meols ada sepokok pokok ni...tapi kena rajin sembur racun serangga...meols biasa buat racun serangga sendiri, sabun cecair cuci pinggan + minyak masak terpakai + air rebusan cili + bawang putih

Ada sepokok Cempaka kuning...meols rasa Cempaka senang hidup.

Btw kat nursery mana boleh dapat anak pokok melur sebab meols nak try buat bunga tali

ghalibboy Publish time 5-1-2022 03:58 PM

Ada sebatang pokok bunga kenanga...tanam dalam pasu sahaja. Selalu berbunga

Viera4u Publish time 3-4-2022 09:59 PM

Harum semerbak bunga nya..dulu betul2 depan tangga umah

ghalibboy Publish time 5-4-2022 06:35 PM

my kenanga

shop_girl Publish time 4-9-2022 10:56 PM

Kenanga ni among my favourite flowers..suka betul tgk bentuk ala2 star kelopak tu.

Semutbesi Publish time 11-2-2024 05:52 PM

Letak dalambunga rampai, campur melur dgn minyak wangi... wangi satu rumah!
Pages: [1]
View full version: Kenanga & Keluarganya


ADVERTISEMENT