JunkMail Publish time 29-11-2021 01:51 PM

Hanya sebab segelintir ibu bapa tak reti jaga anak sampai mati terjatuh bangunan tinggi, orang yg bijak pandai ni pun terpalit sama kena pasang grill.. tahiiii lahh

KIM.K Publish time 29-11-2021 01:55 PM

Edited by KIM.K at 29-11-2021 01:57 PM

Nak wajibkan grill pada rumah flat, maka wajibkan pada pemaju terus untuk pasang. Pembeli boleh saman pemaju bila berlaku sesuatu tak diingini sbb tak pasang grill ikut spec gomen

Buat masa ni tanggungjawab pasang grill adalah atas tuan rumah yang berhak buat sebarang pengubahsuaian pada struktur, bukan atas tenant. Tenant nak buat pun boleh tp kena bayar gantirugi kat tuan rumah

Pasang ke tak pasang grill, kalau berlaku insiden pecah masuk or kebakaran, tenant tak boleh minta tuan rumah pampasan. Itupun kena mention dalam agreement
Sebabtu dua2 pihak kena amik insurans

Firenzza Publish time 29-11-2021 01:55 PM

naina replied at 29-11-2021 09:47 AM
Pemaju sepatutnya boleh fikir bahanya tingkap2 dan sliding2 ni untuk rumah tinggi. Kalau nak pasang...

Pemaju terikat dgn syarat2 pbt, rumah mesti ada pencahayaan & peredaran udara supaya owner hidup sihat walafiat

Decaffeinated Publish time 29-11-2021 01:55 PM

cmf_premierleag replied at 29-11-2021 01:39 PM
pedulik apa akak ada jeriji ke tak
akak bukan hada anak kecik pun
kalo yg terjun ke bawah pun anak o ...

Setuju.
Pandai beranak pandai2 lah nak keep them safe. Sikit2 nak undang2 sudahnya semua orang susah.


KIM.K Publish time 29-11-2021 02:01 PM

ifanonline replied at 29-11-2021 10:58 AM
kawasa kejiranan amat penting utk kedamaian hidup...kena cari kawasan yg bersesuaian dgn status kita ...

Komen ko mostly social ideal cliche
Kalau camoak training kat hutan tak mampu bersosial

kemaruk Publish time 29-11-2021 02:04 PM

Decaffeinated replied at 29-11-2021 01:46 PM
pendekatan ala melayu

ada sorang dua bodoh, satu negara kena kurung dalam sangkar besi. Ko ingat to ...

dekat negara india takde kes camni ke

keane.somewhere Publish time 29-11-2021 02:41 PM

~boolean replied at 29-11-2021 10:40 AM
aku baca perenggan pertama "Kerajaan diminta..." pehtu stop.

apa kehal pasang jeriji pun nak suruh...

Lebih baik Kerajaan sediakan kondom dan perkhidnmatan mandul

cmf_premierleag Publish time 29-11-2021 03:03 PM

Decaffeinated replied at 29-11-2021 01:55 PM
Setuju.
Pandai beranak pandai2 lah nak keep them safe. Sikit2 nak undang2 sudahnya semua orang sus ...

khueen
sama la mcm kalo kat pool
kita tgh syok2 nak berenang utk kesihatan mcm mjlh mangga punya tagline tu, masa tu la depa ni harapkan swimmer lain tgk kan anak depa kt pool
eh kalo anak korang mati lemas pun aku x rugi apa2 la ;P;P

domestobot Publish time 29-11-2021 03:31 PM

baru berapa je kes terus nak harapkan kerajaan wajibkan. nanti kena wajib betul2 pandai lak cari jalan camne tak nak pasang jeriji. tengok jelah peraturan guna child seat untuk kereta, kan dah diwajibkan pakai. tapi sekarang belambak mak bapak masih pangku anak dalam kereta.

R2D2 Publish time 29-11-2021 04:07 PM

tgk setengah parents
anak kecil dibiarkan berdiri depan steering sambil si ayah bawa kereta

mizruncing Publish time 29-11-2021 04:18 PM

ptt dah wajib pon umah ada grill bagai ni

AbukRokok Publish time 29-11-2021 06:59 PM

ala tak cantik la rmah nti dah mcm penjara

edayildiz Publish time 29-11-2021 07:12 PM

kalau takde grill xseriau ke berdiri dr tmpt tinggi..
i yg dewasa ni pun xsuka berdiri lama2 kt balkoni..mmg xsuka dk balkoni sbb gayat

R2D2 Publish time 30-11-2021 04:30 PM

Cadangan bina penghadang tinggi di kediaman strata perlu perhatian
Diterbitkan:Nov 30, 2021 4:16 PM

Dikemaskini: 4:16 PM

Cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata membina penghadang yang lebih tinggi bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan perlu diberi perhatian, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

"Perlu teliti perkara ini, mungkin ia akan melibatkan kos tambahan namun demi keselamatan jangka panjang kanak-kanak, ia sesuatu perkara yang perlu dibincangkan," katanya mengulas cadangan itu susulan insiden kanak-kanak terjatuh dari bangunan tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) di Putrajaya hari ini.

Pada 16 Nov, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, dan keesokannya (17 Nov), seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memastikan pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata supaya mengutamakan keselamatan penghuni, terutama menambah baik aspek pembinaan penghadang yang lebih tinggi.

Sementara itu, Ismail berkata MoU itu antara lain bertujuan menjalin hubungan strategik melalui kajian penyelidikan, pembangunan dan inovasi khususnya dalam hal berkaitan pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan penggunaan sistem pengurusan sisa pepejal pembinaan bagi projek di bawah PJH.

Katanya PJH terlibat dengan 128 projek pembangunan di Putrajaya dengan anggaran penjanaan sisa pepejal pembinaan sebanyak 84,284 tan antaranya batu, kayu, papan lapis dan bekas simen yang boleh dikitar semula bagi penggunaan di sektor pembinaan.

- Bernama

umbut Publish time 30-11-2021 04:38 PM

Beli rumah baru even landed memang xda grill. Pembeli kena pasang. Nanti developer pasang kata x cantiklah bagai. Nak patern lainlah. Dok umah tinggi kena pasanglah. Kalau dok sewa..tokey umah kena pasang..serammm dok tinggi2 x pasang

ultra78 Publish time 30-11-2021 06:44 PM

Kalau balconi mcm ni aku pun seram..:lol:


https://img.iproperty.com.my/my-iproperty/premium/1620x730-fit,format=webp/w-xk7332585fdc-999a-4ae1-aaf1-e803ac669d2c_1080x607.jpeg

star_karat Publish time 30-11-2021 08:48 PM

Kenapa jeriji besi jadi perangkap klu ada api?Nak terjun?
Negara kat bawah tu elok jer semua flat ada grill tingkap. Bomba tak kecoh pun cakap tak boleh masuk.
Pages: 1 [2]
View full version: Cadangan wajibkan jeriji di tingkap pangsapuri, kondominium. Pro & Kon dari pakar dan bomba


ADVERTISEMENT