R2D2 Publish time 29-11-2021 12:42 AM

Tanda-tanda dah kena varian Omicron - keletihan yang teruk

Keletihan teruk antara gejala varian Omicron
Agensi

Afrika Selatan: Doktor yang memberi amaran mengenai varian baharu Covid-19, iaitu Omicron memaklumkan simptom dihadapi pesakit adalah luar biasa, tetapi sederhana.

Dr Angelique Coetzee berkata, dia mula-mula dimaklumkan mengenai kemungkinan ada varian baharu apabila pesakit yang dirawat di sebuah klinik swasta di Pretoria, mempunyai gejala Covid-19 yang tidak masuk akal.

Mirror.co melaporkan, mereka termasuk golongan muda dari pelbagai latar belakang yang mengalami keletihan teruk, dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun mempunyai kadar nadi yang tinggi.

Tiada seorang pun daripada mereka kehilangan deria rasa atau bau, yang kedua-duanya banyak dikaitkan dengan gejala Covid-19 'tradisional'.

"Simptom mereka amat berbeza dan sangat ringan daripada yang pernah saya rawat sebelum ini, kata Dr Coetzee, pegawai perubatan mempunyai pengalaman selama 33 tahun yang juga Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan.

Pada 18 November, apabila empat sekeluarga yang disahkan positif Covid-19 mengalami keletihan teruk, dia memaklumkan Jawatankuasa Penasihat Vaksin negara itu.

Katanya, secara keseluruhannya, kira-kira 24 pesakit yang disahkan positif Covid-19 dengan simptom Ommicron- yang kini sedang menular menyebabkan banyak negara melakukan sekatan perjalanan.

Kebanyakan mereka lelaki sihat, tiba-tiba 'merasa sangat letih' dan kira-kira separuh daripada mereka tidak mengambil vaksin.

Saintis Afrika Selatan berkata, Omicron menjadi punca peningkatan mendadak kes di wilayah Gauteng di negara itu.

Di United Kingdom (UK), kerajaan meletakkan beberapa negara Afrika selatan dalam senarai perjalanan merah - walaupun sejumlah kecil kes sudah dilaporkan di seluruh Eropah.

Terdapat dua kes yang disahkan varian Omicron di UK.

Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 3:48pm

gekkou Publish time 29-11-2021 12:49 AM

Edited by gekkou at 29-11-2021 12:50 AM

side effect so called 'varian covid-19 traditional'
adalah cepat mengah dan penat
selepas sembuh
datang pula varian lebih ganas

gejala Covid-19 yang tidak masuk akal.
sepertinya lepas ini swab test tu jadi wajib plak
seperti nk wajibkan booster dose juga

Suchi Publish time 29-11-2021 06:38 AM

Covid tradisional pun ada keletihan gak, tapi deria bau n rasa hilang la.
Keletihan covid ni sampai nak makan pun jadi
tak larat nak bangun bukak mata.
Dari pagi tidur sampai malam pun tidur, tu pun ada org kata jgn layan sangat keletihan tu kena bangun jln sikit2.
Masalahnya mmg tak boleh bukannya sengaja kelihatan seperti orang malas tu.

Normabaru Publish time 29-11-2021 06:59 AM

ni br masuk tahun ke 2…dah mcm2 varian.. lps omicron ni PI plak…hujung sekali omega..


moga Allah lindung kita semua dr mala petaka ,bahaya dan wabak penyakit.aminnn

mojarean_X Publish time 29-11-2021 07:00 AM

Penatnya....

ultra78 Publish time 29-11-2021 07:07 AM

Kalau jenis dahagakan perhatian dalam forum tu varian apa pulak? :lol:

Simunggu Publish time 29-11-2021 08:11 AM

covid baru ni dia suruh rehat di rumah 14 hari

ninja9 Publish time 29-11-2021 08:12 AM

knp setiap kali aku terbaca nama baru variant ni aku teringat avengers... barangkali laku jugak kalau new superhero tu adalah virus... :lol:

gbam Publish time 29-11-2021 08:47 AM

The New COVID Variant Scam was Simulated in Israel Weeks before it was “Discovered”
All Variants are Scams as SARS-CoV-2 is a Scam

There is no such thing as an alpha, or beta, or gamma delta variant. This is a means by which what is desperately sought is a degree to which individuals can be coerced into accepting something that they would not otherwise accept.

There has not been in any of the published studies in what has been reportedly the delta variant, there has not been a population “are not” calculated, which is the actual replication rate.

What has been estimated, are computer simulations.

https://healthimpactnews.com/2021/the-new-covid-variant-scam-was-simulated-in-israel-weeks-before-it-was-discovered/

ninja9 Publish time 29-11-2021 08:55 AM

gbam replied at 29-11-2021 08:47 AM
The New COVID Variant Scam was Simulated in Israel Weeks before it was “Discovered”
All Variants a ...

gila... :lol:.. nantilah nak baca

BicaraHatiku Publish time 29-11-2021 08:58 AM

Macam ada orang "dok leas" satu persatu variant inehhh.. :shakehead3:

R2D2 Publish time 29-11-2021 09:22 AM

byk la senarai panjang huruf-huruf Greek nak dinamakan varian
ni baru Omicron
lepas ni...?

MelahJanda Publish time 29-11-2021 09:33 AM

BicaraHatiku replied at 29-11-2021 08:58 AM
Macam ada orang "dok leas" satu persatu variant inehhh..

dok leas tu apa

prettyuglybabe Publish time 29-11-2021 11:08 AM

macam perang dunia dah..
cumanya guna biology weapon..
lepas satu, satu virus dorang create..

lasagna Publish time 29-11-2021 12:26 PM

covid ni dah mcm cancer laa pulak citenya, lepas satu satu..
jenuh laa nak pkp apa semua.

Artemesiaa Publish time 29-11-2021 12:31 PM

R2D2 replied at 29-11-2021 09:22 AM
byk la senarai panjang huruf-huruf Greek nak dinamakan varian
ni baru Omicron
lepas ni...?

Varian Pi akhir sekali Omega

BicaraHatiku Publish time 21-12-2023 08:07 AM

MelahJanda replied at 29-11-2021 09:33 AM
dok leas tu apa

Release…
Pages: [1]
View full version: Tanda-tanda dah kena varian Omicron - keletihan yang teruk


ADVERTISEMENT