R2D2 Publish time 29-11-2021 12:35 AM

Bendung varian Omicron, Israel negara pertama ketatkan sempadan. Tidak benarkan warga asing masuk

Dunia berlumba kekang penularan COVID-19 Omicron
November 28, 2021 @ 7:14pm

SYDNEY: Beberapa negara mula bergegas membendung penularan varian baharu COVID-19, Omicron, dengan Israel sudah menutup sempadannya kepada warga asing sementara Australia melaporkan kes pertama varian itu hari ini.

Omicron mula menimbulkan keraguan terhadap usaha global memerangi wabak itu, ekoran kebimbangan ia lebih cepat menular dan mempunyai pelbagai mutasi, memaksa beberapa negara melaksanakan semula langkah sekatan.

Saintis pula terus berusaha menentukan ancaman yang timbul daripada strain yang sangat bermutasi, terutama kemampuannya untuk kebal terhadap vaksin sedia ada.

Beberapa negara sudah mengumumkan rancangan untuk menyekat perjalanan dari selatan Afrika, lokasi di mana varian itu muncul, termasuk hab perjalanan utama Qatar, Amerika Syarikat (AS), Britain, Arab Saudi, Kuwait dan Belanda.

Israel melaksana sekatan paling ketat berbanding negara lain, dengan menutup sempadannya kepada semua warga asing dalam usaha mengekang penyebaran varian itu, hanya empat minggu selepas sempadan dibuka semula kepada pelancong.

"Kami mengangkat bendera merah," kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, sambil menambah negara itu akan menempah 10 juta kit ujian PCR sebagai langkah membendung varian itu.

Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan rakyat negara itu dikehendaki mengemukakan ujian PCR negatif dan perlu menjalani kuarantin tiga hari jika mereka lengkap vaksin serta tujuh hari jika sebaliknya.

Namun, strain virus itu sudah menyelinap masuk dan kini ditemui dari Belanda ke Hong Kong dan Australia, di mana pihak berkuasa kesihatan Australia memaklumkan mengesan kes pertama membabitkan dua penumpang dari selatan Afrika yang diuji positif selepas terbang ke Sydney.

Ketibaan varian baharu itu hadir sebulan selepas Australia menarik balik larangan ke atas rakyatnya untuk melancong ke luar negara, dengan sempadan negara itu dibuka kepada pekerja mahir dan pelajar antarabangsa menjelang akhir tahun.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Australia, kedua-dua kes itu membabitkan individu lengkap divaksin, tiba pada hari sama ketika Canberra mengumumkan larangan menyeluruh terhadap penerbangan dari sembilan negara selatan Afrika, termasuk Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Penutupan segera sempadan negara mengejutkan ramai pihak, dengan pengembara mula memenuhi lapangan terbang antarabangsa Johannesburg, untuk segera menaiki penerbangan terakhir menuju ke negara yang sudah mengumumkan sekatan perjalanan.

Di Belanda, 61 penumpang diuji positif COVID-19 selepas tiba di negara itu menerusi dua penerbangan dari Afrika Selatan dan kini diuji bagi varian Omicron.

Wartawan kesihatan global New York Times, Stephanie Nolen, berkata penumpang termasuk bayi dan kanak-kanak, bersesak-sesak untuk menjalani ujian saringan, sementara kira-kira 30 peratus individu dikesan tidak memakai pelitup muka.

Kumpulan saintis di Afrika Selatan minggu lalu memaklumkan mereka mengesan varian baharu B.1.1.529 yang dinamakan Omicron oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan keupayaan 10 kali mutasi, berbanding tiga untuk Beta atau dua untuk Delta. - AFP

chinta89 Publish time 29-11-2021 09:32 AM

Miss Universe tgh berlangsung kat sana kan?

gbam Publish time 29-11-2021 10:07 AM

who press conference yg pertama pada 29 jan 2020 di united nation geneva

varian omicron first reported to who dari afrika selatan pada 24 nov 2021.

kiraan masa 1 tahun 9 bulan 27 hari, semua berjumlah 666 hari

ifanonline Publish time 29-11-2021 10:55 AM

israel akan menjadi safe haven kpd survival manusia pd satu hari nanti

prettyuglybabe Publish time 29-11-2021 11:05 AM

yahudi pun takut pada agenda sendiri?

KIM.K Publish time 29-11-2021 11:06 AM

gbam replied at 29-11-2021 10:07 AM
who press conference yg pertama pada 29 jan 2020 di united nation geneva

varian omicron first repo ...

Menarik. Luar biasa varian baru terus dapat nama

lipans Publish time 29-11-2021 12:01 PM

mereka dah lama rancang.

R2D2 Publish time 29-11-2021 12:32 PM

gbam replied at 29-11-2021 10:07 AM
who press conference yg pertama pada 29 jan 2020 di united nation geneva

varian omicron first repo ...

menarik info ko ni {:1_132:}

stingerbasics Publish time 29-11-2021 12:43 PM

prettyuglybabe replied at 29-11-2021 11:05 AM
yahudi pun takut pada agenda sendiri?

Silap mata yahudees....

Firenzza Publish time 29-11-2021 12:47 PM

Bukan ke apa yg isroel buat kj x dan2 terus follow nape kali ni x nak ikut? Yg terbaru sempadan spore akan dibuka seluas2nya esok.....sampai viral penyamun dah standby utk ambush diorg yg masuk msia sbb bawak singdoll banyak katanya;P

Decaffeinated Publish time 29-11-2021 02:24 PM

prettyuglybabe replied at 29-11-2021 11:05 AM
yahudi pun takut pada agenda sendiri?

kalau ko pergi Israel semua barang harga yahudi dan yang beli pun yahudi :lol:


Pages: [1]
View full version: Bendung varian Omicron, Israel negara pertama ketatkan sempadan. Tidak benarkan warga asing masuk


ADVERTISEMENT