R2D2 Publish time 28-11-2021 11:48 PM

74,472 calon mohon masuk MRSM. Kekosongan Tingkatan 1(satu) - 7,783 tempat, Tingkatan 4(empat) - 2,426 tempat

74,472 calon mohon masuk MRSM boleh semak kelayakan duduki ujian khas
    Oleh MOHD RAFIE AZIMI
    28 November 2021, 4:40 pm

PADANG TERAP: Seramai 74,472 calon yang memohon memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2022 boleh menyemak kelayakan untuk menduduki ujian khas sebelum dipilih memasuki sekolah berasrama tersebut bermula 29 November 2021

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi ujian khas tersebut melibatkan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan Satu dan Empat tahun 2022.

Menurutnya, ujian khas itu akan bermula pada 3 Disember ini bagi calon yang berada di negeri Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu, manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Katanya, Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan 1 dan 17,350 permohonan ke tingkatan 4 bagi tahun 2022.

“Mereka ini akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat sehingga 30 Januari 2022.

“Semakan tarikh, masa dan tempat ujian ini boleh disemak secara dalam talian bermula 29 November 2021 pada pukul 10 pagi melalui Portal Rasmi Mara,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Buku dan Topi Keledar Sumbangan Yayasan Perintis Malaysia di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, pemohon akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mailyang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Menurut Mahdzir, calon yang terlibatmenduduki ujian khas tersebut di 61 buah pusat ujian terpilih yang melibatkan 53 buah MRSM di seluruh negara.

Tambahnya, ujian khas itu juga diadakan di lapan buah Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.

Jelasnya, calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.

“Saya mohon semua calon bersedia dan membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan dan mendoakan ujian ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sebarang maklumat serta informasi terkini, sila layari portal rasmi Mara di pautan www.mara.gov.my atau mengikuti laman media sosial rasmi Mara melalui Facebook, Instagram dan Twitter. -UTUSAN ONLINE

sharlenetexas Publish time 28-11-2021 11:52 PM

Zmn iols dulu tak tahu berapa ramai yg mohon. Lepas pmr esoknya gi ujian kelayakan.

RED 666 Publish time 29-11-2021 12:08 AM

byk nak masuk mrsm jadi rasanya x perlu risau pun pasal kekurangan pelajar aliran sains kat negara kita ni

ina_na Publish time 29-11-2021 12:31 AM

Nsb baik msk sini mlm ni .jd esok boleh la check..harap2 jgn sama hari exam kat sekolah.. payah gak nanti..

juruterra Publish time 29-11-2021 08:11 AM

iols pun apply utk anak walaupun x berharap sbb bkn B40. anyway mrsm now not as good as it used to be, so tak dapat pun In Sha Allah ok. Cuba nasib je

Dwdrum Publish time 29-11-2021 08:13 AM

Edited by Dwdrum at 28-11-2021 04:19 PM

Mmy nephew dapat permata school register awal 12 if not mistaken

haruslah Publish time 29-11-2021 08:18 AM

Knp la exam buat waktu cuti sekolah.
Kalau parents jenis masa ni nak balik kampung....nak cuti2... Yg sabah sarawak

juruterra Publish time 10-3-2022 10:07 AM

anak2 uols dpt ke tak? anak iols x dpt, katanya thin ni 89% kuota B40, 10% kuota M40...1% je uols kuota T20....walaupun iols T20 tp T20 Kolumpo hidup takla mewah & tak mampu iols nk ngantor anak ke sekolah swasta

dua_chzy Publish time 10-3-2022 10:16 AM

Korang try apply masuk Permata Pintar. Budak2 Muslim boleh apply seawal umur 8 tahun. Non Muslim pulak 9 tahun. Rasanya ujian kelayakan buka sampai bulan Mei.

iman_kasih Publish time 10-3-2022 11:49 AM

juruterra replied at 10-3-2022 10:07 AM
anak2 uols dpt ke tak? anak iols x dpt, katanya thin ni 89% kuota B40, 10% kuota M40...1% je uols ku ...

Iols pun dengar macam ni jugak. Jenuh nak pujuk anak yg mengharap sangat. Tengah makan pun kesat air mata. Aduhai...

juruterra Publish time 10-3-2022 11:55 AM

iman_kasih replied at 10-3-2022 11:49 AM
Iols pun dengar macam ni jugak. Jenuh nak pujuk anak yg mengharap sangat. Tengah makan pun kesat a ...

uols ada butang rayuan x?

iman_kasih Publish time 10-3-2022 11:56 AM

juruterra replied at 10-3-2022 11:55 AM
uols ada butang rayuan x?

Ada. Yg takde tu lagi kesian.

anna-zara Publish time 10-3-2022 02:50 PM

iman_kasih replied at 10-3-2022 11:49 AM
Iols pun dengar macam ni jugak. Jenuh nak pujuk anak yg mengharap sangat. Tengah makan pun kesat a ...

sekarang memang focus B40. anak2 Ansara yang excellent memang most tak lepas

kakikuDibibirmu Publish time 10-3-2022 02:53 PM

Mesti Ragging Sampai Mampos tersenyum sinis;P

Cekgushilla Publish time 10-3-2022 02:59 PM

juruterra replied at 29-11-2021 08:11 AM
iols pun apply utk anak walaupun x berharap sbb bkn B40. anyway mrsm now not as good as it used to b ...

Anak pndai boleh je masuk
Anak sedara meols dapat masuk mrsm tepeng form 4
Mak ayah gaji besar
Budaknya mmg pndai dr kecik stress aku nengok dia belajar

white_musk Publish time 10-3-2022 03:04 PM

Yang tak masuk marsm tu semua budak bodoh ke macam mana?

iman_kasih Publish time 10-3-2022 04:53 PM

anna-zara replied at 10-3-2022 02:50 PM
sekarang memang focus B40. anak2 Ansara yang excellent memang most tak lepas

Kuota B40 memang lebih banyak dan kita faham la kenapa..

Utk kes iols ni..2 orang anak mintak (f1 & f4) dan sorang je yg dapat. Yg x dapat tu la yg nangis di bucu meja:lol: terkejut la kot sebab dia dah all out masa jawab hari tu..katanya la.

Semalam dah bawak dia pi pantai..ambik angin jap..bagi kata2 semangat, hari ni nampak macam ok.

iman_kasih Publish time 10-3-2022 05:07 PM

juruterra replied at 10-3-2022 11:55 AM
uols ada butang rayuan x?

Kakak juruterra anak form berapa?Uols ada butang rayuan x?

Kitty_catz Publish time 10-3-2022 07:30 PM

white_musk replied at 10-3-2022 03:04 PM
Yang tak masuk marsm tu semua budak bodoh ke macam mana?

ntah nye.. ;P
mrsm pun bersepah2

ipor meols pulak tak pandang mrsm ni, nak target KTJ ke STF untok anak dia yg tak berapa pandai tu,,, aku hmmm iyekan ajeeee , budak tu melukih aje pandai, itu pun komik, maths manjang C, D , mrsm pun whoryuskan sajork.. ;P

biasa le species sembang tak nak kalah , dats y tanam anggur sekian lama jadi houseshubben ;P

juruterra Publish time 11-3-2022 09:30 AM

iman_kasih replied at 10-3-2022 05:07 PM
Kakak juruterra anak form berapa?Uols ada butang rayuan x?

baru nk masuk F1, ada butang rayuan. SBP keluar nx week kan 15 Mac, kita tunggu yg tu lak...anak2 iols yg lain dh lepas, ni yg no terakhir
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: 74,472 calon mohon masuk MRSM. Kekosongan Tingkatan 1(satu) - 7,783 tempat, Tingkatan 4(empat) - 2,426 tempat


ADVERTISEMENT