Raline Publish time 28-11-2021 11:21 PM

Datin Alyah, Datuk Ramli MS pokok bergoyang ke?

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-28-at-1.30.29-PM.jpeg
Penyanyi Alyah mendedahkan kurang waktu bersama suami (Ramli MS) setiap kali Gegar Vaganza mula bersiaran.

Saya tak kisah tiada masa dengannya – Alyah

PETALING JAYA – Penyanyi Datin Alyah mengakui ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS atau Tok Ram menjadi terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV).

Alyah bagaimanapun memberitahu, dia langsung tidak terasa hati kerana sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti popular tersebut sudah pun berjalan hampir sedekad.

“Jujurnya tiap kali tiba GV, memang rutin seharian kami jadi janggal dan jauh berbeza. Nak makan bersama di luar pun jarang sekali dan boleh dikira dengan jari.

“Tok Ram agak padat jadualnya sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya. Tidak mengapalah, saya sedia maklum dan faham dengan situasi begitu,” katanya.

Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dengan syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan wanita, Kamya Glow baru-baru ini.

Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Alyah bersama Kamya Glow dalam segmen kecantikan dan kesihatan.

Dalam pada itu, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia hingga kini.

“Rasa bersyukur sangatlah. Mana tidaknya pada usia sudah 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu.

“Ada yang kongsi dalam media sosial dan sebagainya. Terkejut dan tak sangka juga saya penerimaan lagu tersebut sampai begitu sekali,” katanya yang bakal melancarkan single terbaharu awal tahun hadapan.

Terdahulu, Alyah dan Tok Ram bernikah pada 18 Mac 2013 di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun setengah sebelum diketahui media.

Hasil perkahwinan selama lapan tahun, mereka masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/28/saya-tak-kisah-tiada-masa-dengannya-alya/

dudaberhias Publish time 28-11-2021 11:23 PM

Reserve komen, sementara nak tunggu aliff azi perform ;P

sukacactus Publish time 28-11-2021 11:25 PM

dudaberhias replied at 28-11-2021 11:23 PM
Reserve komen, sementara nak tunggu aliff azi perform

Mana nak komen GV ni
Thread dah closed

irvene Publish time 28-11-2021 11:26 PM

knp dia kawen dkt indon? biasa org kawen dkt siam. siyes xtahu kisah kawen diaorg ni.

kaseh80 Publish time 28-11-2021 11:29 PM

Same old same old story

kitmal Publish time 28-11-2021 11:34 PM

tunggu dan lihat.........................banyak kemungkinan

Mizlyn Publish time 28-11-2021 11:38 PM

Asal GV je..naik juga nama tinyah..
I rasa she mmg dh faham kot toklaki he tu mmg akan busy time gv.. Yg wartawan sibuk dok tanya kenapa..nak goyangkan lagi lakibini tu ke?

NurAlia14 Publish time 28-11-2021 11:39 PM

kitmal replied at 28-11-2021 11:34 PM
tunggu dan lihat.........................banyak kemungkinan

Antara kemungkinannye ape kaka spill the tea

anony-mous Publish time 29-11-2021 12:28 AM

Xheran kalau betul. Tp jodoh diaorang mcm kuat. Dlu tin yah bukan pernah langgar kereta tok ram ke sbb marahkan heols?

pauliza Publish time 29-11-2021 12:34 AM

Tin Yah ada event apa entah semlm,wartawan tanya ,dia jawap lah kot .Elok je diaorg sambut birthday tok ram 2 minggu lepas .Dah dekat 10 tahun pun diaorg kawen ,awal2 dulu kot lah fasa Tin Yah masih darah muda ,silap sikit langgar je terus keta Tok ram .huhu skrg dah 40 ,nampak makin matang la sikit .

gekkou Publish time 29-11-2021 12:45 AM

pauliza replied at 29-11-2021 12:34 AM
Tin Yah ada event apa entah semlm,wartawan tanya ,dia jawap lah kot .Elok je diaorg sambut birthday...

wah lama dah ye
masih terngiang2 kisah alyah langgar kete laki
lepas tu luahan perasaan di sosial media

TeropongThaico Publish time 29-11-2021 12:50 AM

Masalahnya kenapa tiap kali gv ada je cerita ttg hubungan deols.
Muak la...
Tok laki gi kerja je pun. Balik rumah kepit le ketat2

Suchi Publish time 29-11-2021 06:56 AM

TeropongThaico replied at 29-11-2021 12:50 AM
Masalahnya kenapa tiap kali gv ada je cerita ttg hubungan deols.
Muak la...
Tok laki gi kerja je pu ...

Betul tu koman2 dia tau tok laki dia tu kat mana, dah dekat 10 tahun kot GV mesti dia dahmemahami takkanasik nak merajuk cam bebudak plak.
Bayangkan kul 11 laki masih ada depan tv tgh bagi komen, dia kat umah duk mesej setiap 5 minit tanya bila nak balik? U tak sayang I ke blablablaa
Haa mau tak bengkek je laki kalau dia berperangai buang tebiat gitu huhu
Ini pun sumber rezeki depa gak syukurlaa masih ada job kan dikala ramai org tgh bergelut nak teruskan kehidupan ni.

Nham22 Publish time 29-11-2021 07:02 AM

Asal wartawan x interview lakinye hettykos endang...

tikusmontok Publish time 29-11-2021 07:55 AM

Kat mana yg citer rumahtangga goyang? Vaveenya reputz pondan yg dok menanya benda sama sampai ajm

azimodin Publish time 29-11-2021 08:04 AM

Tiap2 kali gv keluar berita ala2 kurang kasih sayang. Kalau nak attention memanjang simpan je la tokram kat rumah. Elok la tokram tu kerja. Orang yg pencen & duduk rumah cepat sakit tau.

annehuda Publish time 29-11-2021 09:17 AM

aku tertanya jugak apa yang tokram nampak kt tinyah ni sebab sheols sgt clingy. mcm kebudak-budakan pun ye

bottombikini Publish time 29-11-2021 09:24 AM

tinyah ni hidung dia comel
tu je part yg bole puji pun ;P

Prickford Publish time 29-11-2021 09:28 AM

Mano tak bergoyang. Laki pon sibuk laga2 pipi dengan Ibu Hetikus Mondok {:1_563:}




chinta89 Publish time 29-11-2021 09:28 AM

entahlah rasa mcm tin yah cuba bahagiakan hati sdiri. suami dia mcm x pedulik dia..
Pages: [1] 2 3
View full version: Datin Alyah, Datuk Ramli MS pokok bergoyang ke?


ADVERTISEMENT