R2D2 Publish time 28-11-2021 10:45 PM

Di Austria, lagi puluhan ribu turun demo. Bantahan wajib vaksinasi. Cabul hak asasi menerusi paksaan

Puluhan ribu bantah inokulasi COVID-19 wajib di Austria
November 28, 2021 @ 9:59pm

VIENNA: Puluhan ribu rakyat Austria berhimpun pada hujung minggu bagi membantah keputusan mewajibkan pengambilan vaksin oleh kerajaan, menjadikannya negara Kesatuan Eropah (EU) pertama berbuat demikian.

Salah satu tunjuk perasaan terbesar diadakan di bandar selatan Graz, di mana polis semalam memaklumkan kira-kira 25,000 orang berkumpul dalam perhimpunan yang berlangsung secara aman itu.

Namun, polis berkata tiga lelaki berusia awal 20-an sedang disiasat kerana didakwa melakukan tabik hormat mirip Nazi selain puluhan yang lain melanggar peraturan berkaitan pencegahan virus COVID-19 terutama pemakaian pelitup muka.

Dalam temu bual dengan akhbar harian Itali, Corriere della Sera, Canselor Alexander Schallenberg, berkata kerajaan terpaksa mewajibkan inokulasi untuk meningkatkan kadar vaksinasi lengkap, yang kini masih berada di bawah 67 peratus, paling rendah di Eropah barat.

"Dengan kadar vaksinasi semasa, kami tidak mampu keluar daripada kebimbangan gelombang baru dan kemungkinan penutupan semula.

"Setiap penutupan membabitkan campur tangan berat terhadap hak asasi, berbanding vaksinasi wajib yang mana kesannya lebih kecil," katanya.

Berdepan bilangan kes yang semakin meningkat, kerajaan memperkenalkan sekatan sebahagian pada Isnin lalu, biarpun sekolah masih dibuka.

Semalam, demonstrasi lain turut diadakan di bandar Sankt Poelten dan Klagenfurt, masing-masing menarik kira-kira 3,500 dan 5,000 peserta.

Sebanyak 11 tangkapan dibuat di Sankt Poelten, kebanyakannya kerana tingkah laku agresif, sementara seorang pegawai polis turut cedera.

Demonstrasi dianjurkan oleh Parti Kebebasan (FPOe) berhaluan kanan, diketuai Herbert Kickl, yang lantang menentang langkah anti-virus manakala protes di Klagenfurt pula diketuai ketua FPOe tempatan.

Sementara itu, kementerian kewangan hari ini memaklumkan rampasan dadah antiparasit ivermectin oleh pegawai kastam.

Kementerian itu berkata, antara September dan pertengahan November, sejumlah 15,844 pil berkenaan dirampas.

Ivermectin adalah salah satu ubat dikongsi di media sosial kononnya sebagai rawatan untuk COVID-19, biarpun terbukti tidak berkesan dalam pelbagai kajian dan ujian, disamping berbahaya jika diberikan secara salah. - AFP

Kurex Publish time 28-11-2021 10:47 PM

Nanti naik kes akibat demo la ni ni tak supo mulo
Pages: [1]
View full version: Di Austria, lagi puluhan ribu turun demo. Bantahan wajib vaksinasi. Cabul hak asasi menerusi paksaan


ADVERTISEMENT