Vellfire Publish time 28-11-2021 08:03 PM

Kos tunai haji dijangka meningkat lebih 50 peratus

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211127/fw1207254kb0427112021sumbangankebakaran-scr.jpg

KOTA BHARU: Kos menunaikan haji dijangka meningkat lebih 50 peratus berikutan cukai nilai tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, naik kepada 15 peratus bermula Julai tahun lepas, berbanding lima peratus sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary (gambar) berkata kenaikan ini telah menyebabkan kos tersebut akan bertambah menjadi lebih RM30,000, berbanding sebelum ini RM23,000.
“Jumlah tepat mengenai perkara ini akan diputuskan dalam Kabinet dan diketahui awal tahun hadapan.
“Sebagaimana kami tegaskan di sini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata sebelum ini kos sebenar mengerjakan haji adalah RM23,000 namun hanya RM9,980 dikenakan kepada jemaah, dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.
“Sebaik sahaja kami mendapat jumlah sebenar kos yang dikenakan, kami akan maklumkan kepada bakal jemaah haji yang terpilih,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Marzuk berkata mengenai kuota jemaah haji, perkara itu akan diketahui awal tahun depan.
“Kami akur dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan,” katanya. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/11/27
Pages: [1]
View full version: Kos tunai haji dijangka meningkat lebih 50 peratus


ADVERTISEMENT