Vellfire Publish time 28-11-2021 07:55 PM

30,280 sudah meninggal dek Covid-19 di Malaysia

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2020/04/virus-4915859_1280-1024x717.png

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) melaporkan 40 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,280.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, lapan angka korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu (masing-masing lima); Johor, Pahang dan Pulau Pinang (masing-masing tiga kes).
Manakala Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Perlis (masing-masing satu)Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 67,252 kes aktif dilaporkan, termasuk 510 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 258 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,619,577 setakat ini.

sarawakvoice.com/2021/11/28
Pages: [1]
View full version: 30,280 sudah meninggal dek Covid-19 di Malaysia


ADVERTISEMENT