Vellfire Publish time 28-11-2021 07:53 PM

Pemandu lori perlu ada pengetahuan dalam bidang elektrik

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/11/eletrik-768x576.jpg

MIRI: Pengetahuan dan pendidikan mengenai keselamatan kesedaran elektrik adalah amat penting bagi pemandu lori.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata, ia penting terutamanya kepada pemandu lori yang memandu kenderaan jarak jauh, penggerak utama, pemuat rendah dengan kontena bersaiz besar, lori dengan kren dan ‘backhoe’.
“Memang benar di Malaysia, kita tidak menerbitkan rekod statistik kecederaan dan kematian akibat renjatan elektrik akibat terkena permukaan elektrik atau talian kuasa atas.
“Tetapi, saya percaya dari sudut pengangkutan, penggunaan peralatan dan kenderaan seperti kren yang berdekatan dengan talian atas boleh menjadi punca kebimbangan dan boleh menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada pemandu dan kenderaan,” katanya dalam program mengenai “Kesedaran Keselamatan Elektrik Untuk Pemandu Lori” secara hibrid di Miri pada Jumaat.
Dalam pada itu, Lee menzahirkan rasa terima kasih kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) atas inisiatif mengadakan program kesedaran ini untuk membantu pemandu lori memahami bahaya talian elektrik atas, kabel elektrik atau komponen utiliti yang dijajarkan di bawah tanah.
“Kita semua di sini boleh memanfaatkan sesi mengenai Kesedaran Keselamatan Elektrik ini dan memberi perhatian yang teliti kepada apa yang boleh menyebabkan kecederaan disebabkan elektrik ini,” jelasnya.

sarawakvoice.com/2021/11/2
Pages: [1]
View full version: Pemandu lori perlu ada pengetahuan dalam bidang elektrik


ADVERTISEMENT