kerisnaga Publish time 28-11-2021 07:30 PM

Kerjasama KPLB, KKKM rapatkan jurang capaian jalur lebar di luar bandar

Edited by kerisnaga at 28-11-2021 07:31 PM

Kerjasama KPLB, KKKM rapatkan jurang capaian jalur lebar di luar bandar

Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/okouuyy_1638093769.jpg
Mahdzir Khalid ketika berucap pada Program Sumbangan Buku dan Topi Keledar kepada murid B40 sekolah 2021 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR


Alor Setar: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) bagi membolehkan masyarakat luar bandar terutama pedalaman menikmati capaian jalur lebar lebih baik.


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama itu untuk memastikan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah KKKM dapat dijayakan.


"KPLB boleh menyediakan lokasi di mana kita boleh berkolaborasi dengan KKKM untuk membina menara telekomunikasi. Contohnya di daerah Padang Terap. Kita juga ada pusat internet desa yang kini dipanggil Pusat Digital Keluarga Malaysia untuk menampung keperluan masyarakat di luar bandar.


"Dalam masa yang sama kita hendak lihat bagaimana kita boleh bantu KKKM untuk laksanakan pelan Jendela bertujuan merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Buku Bacaan dan Topi Keledar Kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah dibawah Parlimen Padang Terap, di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kuala Nerang di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Mahdzir berkata mengenai perancangan pelaksanaan rangkaian 5G, beliau yakin ia akan dilaksanakan secara meluas apabila tiba masanya nanti terutama membabitkan kawasan luar bandar.


Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata Sarawak adalah negeri yang diberi tumpuan utama dalam Pelan Jendela dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), termasuk bakal menjadi antara negeri terawal diberi keutamaan dalam perancangan pelaksanaan rangkaian 5G mulai tahun hadapan.
Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 6:03pm

sumber


Pages: [1]
View full version: Kerjasama KPLB, KKKM rapatkan jurang capaian jalur lebar di luar bandar


ADVERTISEMENT