kerisnaga Publish time 28-11-2021 04:45 PM

'Mahalnya sayur kailan ikan masin'

'Mahalnya sayur kailan ikan masin'
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/28/1326079.jpg
Kailan ikan masin yang dibeli dengan harga RM18. (Kanan: Resit pembelian menunjukan harga kailan ikan masin RM18.)


GEORGETOWN - Tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas, di sini pada Ahad.


Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal.


Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut.


Resit berkenaan turut memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.


Bagaimanapun, nama restoran tidak didedahkan individu berkenaan.


Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial pada Ahad yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.


Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.


Jurucakapnya berkata, KPDNHEP memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tindakan lanjut dapat dilakukan.


"Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis itu," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/174956/BERITA/Semasa/Mahalnya-sayur-kailan-ikan-masin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

safi_roses Publish time 28-11-2021 08:19 PM

Semua dah mahal skrg ni. Baik masak sendiri kt rumah.
Pages: [1]
View full version: 'Mahalnya sayur kailan ikan masin'