Vellfire Publish time 28-11-2021 04:30 PM

Rumah: Bantuan untuk anak muda, pasangan baru kahwin di Sarawak

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-28-at-00.02.11-696x379.jpeg

KUCHING: Golongan muda dan pasangan baharu bernikah pasti akan lega dengan inisiatif baharu Kerajaan Sarawak dari segi pembelian rumah pertama.
Menurut Ketua Menteri, Datuk PatinggiTan Sri Abang Johari Tun Openg, golongan ini akan mendapat manfaat jika mereka hendak membeli rumah di bawah RM300,000.
“Kerajaan GPS telah menyediakan skim baharu untuk membantu belia yang baru berkahwin, membeli rumah, katanya.
“Saya bimbang dengan kos sara hidup yang tinggi, belia yang baru kahwin sukar membeli rumah terutamanya apabila hendak membuat pembayaran deposit,” katanya.
Di bawah skim itu, jelas Abang Johari, Kerajaan Negeri akan menyediakan wang pendahuluan RM10,000 bagi rumah berharga RM300,000,” jelasnya ketika melancarkan acara Jelajah Belia Sarawak – Satok di sini, semalam.
Ini merupakan satu daripada 110 inisiatif terbaharu beliau sejak menjadi Ketua Menteri pada Jan 2017.
Katanya lagi, bagi tahun 2022, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk membayar wang deposit bagi membantu orang muda memiliki rumah.

sarawakvoice.com/2021/11/28
Pages: [1]
View full version: Rumah: Bantuan untuk anak muda, pasangan baru kahwin di Sarawak


ADVERTISEMENT