Vellfire Publish time 28-11-2021 04:28 PM

Lubang benam berlaku di Jalan Teluk Likas

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211128/kks-ub271121-ysh-lubang.jpg

BAHAYA: Lubang benam yang berlaku berukuran 10 kaki dalamnya.

KOTA KINABALU: Penduduk dan pengguna laluan di Jalan Teluk Likas kawasan terkejut apabila satu kejadian lubang benam berlaku pada jam 12.05 tengahari hari ini.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui yang mendapat aduan daripada penduduk berkenaan menjelaskan kejadian itu sangat membimbangkan. "Selepas menerima aduan, saya bergegas ke lokasi kejadian, ia terletak di sebelah Dewan Maksak Likas.
"Diameter lubang benam berkenaan berkeluasan kira-kira 20 kaki dengan kedalaman hampir 10 kaki. Bagamanapun, nasib belum ada kemalangan berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau juga menjelaskan perkara itu sudah disampaikan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan jabatan berkaitan akan segera bertindak untuk membaiki kerosakan itu.
"Semua pengguna laluan ini diharapkan berhati-hati ketika memandu," katanya.

utusanborneo.com.my/2021/11/28
Pages: [1]
View full version: Lubang benam berlaku di Jalan Teluk Likas


ADVERTISEMENT