Vellfire Publish time 28-11-2021 04:15 PM

Pemandu 4WD maut nahas tiga kenderaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211128/whatsappimage2021-11-28at34922pm.jpeg

Keadaan kemalangan yang mengakibatkan seorang pemandu maut di tempat kejadian.

MIRI: Seorang lelaki maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu setelah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya terbabit kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan di Jalan Sepupok Niah, dekat sini pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Johnny Mapang, 51, dari Rumah Sikun, Sungai Saeh Putih Niah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan terbabit kira-kira jam 10 pagi.
"Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya tiga kilometer dari balai sejurus terima panggilan.
"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan terbabit melibatkan tiga kenderaan.
"Pasukan bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit pada salah satu kenderaan dengan menggunakan alatan penyelamatan dan berjaya mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Law berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata seorang mangsa lelaki di kenderaan kedua yang mengalami kecederaan pula dikeluarkan oleh orang awam.
"Manakala kenderaan ketiga yang dinaiki tiga orang mangsa pula berada dalam keadaan selamat," ujarnya.

utusanborneo.com.my/2021/11/28
Pages: [1]
View full version: Pemandu 4WD maut nahas tiga kenderaan


ADVERTISEMENT