R2D2 Publish time 28-11-2021 03:21 PM

Lepas ikan siakap, sotong. Kali ni menu Kailan ikan masin RM18. UPDATE #45 Peniaga diberi notis

Edited by R2D2 at 29-11-2021 09:30 AM

Kailan ikan masin RM18 pula tular

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/kalian-ikan-masin.jpeg
RESIT bayaran makanan sayur kailan ikan masin berharga RM18 yang tular di dalam media sosial hari ini dipercayai dimuat naik pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang

    Oleh KHUZAIRI ISMAIL
    28 November 2021, 2:49 pm

GEORGETOWN: Selepas harga sotong RM100 yang dijual di restoran nasi kandar di sini, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Perkara itu tular di dalam media sosial Facebook hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/tular-ikan-masin.jpeg


“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini.

Bagaimanapun nama restoran tidak didedahkan menerusi catatan pada laman Facebook itu.

Berdasarkan bil yang turut dimuat naik, pelanggan berkenaan turut membeli lauk ikan jenahak berharga RM90; sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan jumlah bil keseluruhan RM122. – UTUSAN ONLINE

makadek Publish time 28-11-2021 03:22 PM

Apa dh jadi

chazey Publish time 28-11-2021 03:26 PM

Edited by chazey at 28-11-2021 03:27 PM

Baik makan kailan ikan masin di restoren Cina jika beginilah kuantiti dan kualiti kailan ikan masin RM 18 kau. Dah la sayur tu sampai kekuningan ko masak. Ada bawang besar pulak tu. Something yang restoren Cina takkan buat.

mejaputih Publish time 28-11-2021 03:33 PM

aik mcm menjadi2 pulak..ke sengaja supaya org viral jd org kenal kedai ko?

R2D2 Publish time 28-11-2021 03:33 PM

Resepi Kailan Ikan Masin

https://resepichenom.com/media/dbc5a97d2a44b0848a94f164c890a6c161a80fe8.jpeg

    Masa Penyediaan: 10 minit, Masa Memasak:5 minit, Jumlah Hidangan:3 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Entri kali ini Che Nom nak kongsikan resepi Kailan Ikan Masin. Dulu kami sekeluarga selalu makan sayur kat sebuah restoran di Kg Baru, KL tapi malang sekali restoran tu dah ditutup perniagaannya. Apa yang special tentang Kailan Goreng Ikan Masin di situ ialah kerangupan sayur kailan nya.

Bila mencuba masak berkali-kali, Che Nom dapati untuk mendapatkan rasa kerangupan dan kesegaran yang hampir sama sayur harus direndam di dalam air atau kalau boleh air sejuk sehingga daun menjadi segar dan rangup kemudian barulah digoreng. Cara masak juga tidaklah susah, bahan pun ringkas sahaja. Ikan masin pula boleh digunakan isi ikan tenggiri atau kurau masin. Jom cuba :)

Bahan-Bahan:

    1 ikat sayur kailan
    3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
    4 biji cili padi, ketuk
    1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
    1 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar minyak
    garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:

    Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
    Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
    Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
    Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
    Angkat dan hidang.

glump Publish time 28-11-2021 03:41 PM

Mesti ayat justify .kailan n ikan masin tenggiri Naik harga.tenggiri jeruk dlm botol 200gm dh $25.

lasagnaklcc Publish time 28-11-2021 03:47 PM

Bagus diorang ni. Byk sayur dalam makanan. Ikan pon amik yg mahal.

naina Publish time 28-11-2021 03:50 PM

Sayur mahal. Kailan tu bukan kena ada biji benih terus tumbuh. Dia naik lepas kobis habis musim. Ambik masa nak tunggu:lol:

chazey Publish time 28-11-2021 03:50 PM

R2D2 replied at 28-11-2021 03:33 PM
Resepi Kailan Ikan Masin




Yes, ini resepi legit. Takda bawang besar ya tuan2 puan2.

makadek Publish time 28-11-2021 03:55 PM

glump replied at 28-11-2021 03:41 PM
Mesti ayat justify .kailan n ikan masin tenggiri Naik harga.tenggiri jeruk dlm botol 200gm dh $25.

TEnggiri 1botl rm13
Guna baru sebesar kuku ibu jari lelaki
Berbelas kali lg boleh masak
Kailan guna 3lai jer alah

evlinne Publish time 28-11-2021 04:00 PM

Dah redha diam jela
Pastu mencapub dlm fb

makadek Publish time 28-11-2021 04:01 PM

R2D2 replied at 28-11-2021 03:33 PM
Resepi Kailan Ikan Masin




Ni aku add on resepi ori kedai siam
Semua bahan ok
Kecuali kena tambah air limau dn sos ikan/ mountain seasoning.. Exactly kedai siam mari pnya rasa boleh buat 18x tnpa jemu

namemysoul Publish time 28-11-2021 04:01 PM

R2D2 replied at 28-11-2021 03:33 PM
Resepi Kailan Ikan Masin




Hmmm....bace pon rase sdp...hehehehe

Suchi Publish time 28-11-2021 04:04 PM

Dulu kalau makan nasi campur sekadar amik sayur2 je ngn tempe ke or telur takpun ikan keli kira nasi bajet laaa murah je biasanya kena caj.
Skrg perghhhh sayur dh jatuh kategori kayangan. Iols dhla makan sayur byk drpd nasi ermmm susah ler gini.
Tadi iols g makan kat Duboyo amik set yg free refill side dish hat ada sayur2 ngn kimchi tu apa lagi iols minta refill byk2 sayur tu.
Org hat tak makan sayur maybe tak heran sgt dgn kenaikan ni.

Suchi Publish time 28-11-2021 04:07 PM

chazey replied at 28-11-2021 03:50 PM
Yes, ini resepi legit. Takda bawang besar ya tuan2 puan2.

Iols pun taktau napa kedai makan tom yam suka buh bawang besar holland tu dlm semua masakan depa.
Sengaja nk nambahkan bagi byk bahan kot.
Kailan ikan masin mmg ketuk bawang putih jaa.

Timortimur Publish time 28-11-2021 04:08 PM

Apalah nak jadi
Jgn smpai satu hari nnti kena angkut duit dlm guni nak pergi beli brg2

Samerosie Publish time 28-11-2021 04:08 PM

Edited by Samerosie at 28-11-2021 05:02 PM

Apa nak terkejut selama ni pun kalau gi kedai tomyam bodoh2 tu pun dah 8-9 ringgit dia charge, rasa dua sudu je pun tak sampai kailannya.Itu untu sirang kalau untuk dua org, double dia charge.Kailan seikat maybe baru Rm5, boleh pakai untuk 3-4 customers sampai batang keras tu pun dia campak sekali ;P ikan masin pun ntah mana punya dia guna.

Ikan jenahak memang mahal, dalam cerita ni macam beli untuk makan ramai je tengok nasik putih sampai rm9.

elnor_81 Publish time 28-11-2021 06:35 PM

Dh lama dh cmni mahalnya sayur. Aku pernah mkn kt kedai seafood..amik sayur kailan ikan masin. Amik utk mkn 5 org. Rm36. Tp mse tu x terpk nk viral. Ni sayur mahal..lg ler.......

edayildiz Publish time 28-11-2021 06:38 PM

masak sendiri jer la kalau gitu;P

krustykrab Publish time 28-11-2021 06:43 PM

makadek replied at 28-11-2021 04:01 PM
Ni aku add on resepi ori kedai siam
Semua bahan ok
Kecuali kena tambah air limau dn sos ikan/ moun ...

Kailan ikan masin ni bukan masakan asal org cina ke?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Lepas ikan siakap, sotong. Kali ni menu Kailan ikan masin RM18. UPDATE #45 Peniaga diberi notis


ADVERTISEMENT