kerisnaga Publish time 28-11-2021 03:17 PM

Tiga jam pindah 'Awang Roma'

Edited by kerisnaga at 28-11-2021 03:18 PM

Tiga jam pindah 'Awang Roma'

Mohd Rafi Mamat
am@metro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/denakgjha1_1638083265.jpg
OPERASI memindahkan gajah jantan (kanan) dibantu gajah denak Cheri. FOTO Mohd Rafi Mamat

Rompin: Tempoh tiga jam diambil untuk memindahkan seekor gajah jantan yang tersesat di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri, di sini, untuk dipindahkan ke Taman Negara Terengganu, hari ini.


Operasi pemindahan itu bermula pada 9 pagi oleh 24 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang.


Mereka turut dibantu anggota UTG Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan dua gajah denak iaitu Kasturi serta Cheri.


Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi memindahkan gajah berusia antara 15 hingga 20 tahun itu dengan berat 1.5 tan berjalan dengan lancar.


Menurutnya, gajah yang mempunyai sepasang gading itu dipercayai keluar dari kawasan habitat untuk mencari makan dan terpisah dengan kumpulannya.


Katanya, haiwan terbabit dipercayai sebelum ini menghuni Hutan Simpan Lesong, di sini, dan keluar masuk ke Hutan Simpan Menchali sebelum tersesat ke kawasan perumahan nelayan itu.


"Operasi itu berjalan lancar tanpa banyak masalah terutama apabila kedudukan gajah liar berada dalam hutan kecil dan hampir dengan jalan utama dalam kawasan perumahan terbabit.


"Gajah denak iaitu Kasturi dan Cheri hanya perlu menarik gajah liar berkenaan kira-kira 100 meter untuk naik ke atas lori," katanya.


Turut sama memantau operasi memindahkan gajah jantan berkenaan ialah Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin.


Che Ku Mohd Zamzuri berkata, pihaknya akan memindahkan gajah terbabit ke hutan Taman Negara Terengganu.


Menurutnya, pihaknya memandang serius kehadiran gajah di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk setempat.


"Dalam tempoh 11 bulan tahun ini, kita sudah menangkap dan memindahkan kira-kira 72 gajah di Semenanjung termasuk 14 ekor di Pahang," katanya.


Sementara itu, Ketua Kampung Perumahan Nelayan Sungai Puteri Rosly Abd Mutalib, 44 berkata penduduk bersyukur dengan kejayaan PKGK Kuala Gandah menangkap gajah yang muncul di penempatan mereka.


"Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada PKGK Kuala Gandah dan Perhilitan yang bersusah payah menangkap dan memindahkan gajah jantan berkenaan. Penduduk kampung memberi nama 'Awang Roma' kepada gajah itu," katanya.
Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 3:07pm
sumber



Pages: [1]
View full version: Tiga jam pindah 'Awang Roma'


ADVERTISEMENT