R2D2 Publish time 28-11-2021 03:12 PM

Varian Omicron sudah dikesan di UK, Jerman, Itali

Varian Omicron kini dikesan di UK, Jerman, Itali
| | 28 November 2021


ANKARA - United Kingdom (UK) pada Sabtu mengumumkan dua kes varian Omicron dikesan di negara ini, lapor Agensi Anadolu.

"Kami telah dimaklumkan oleh @UKHSA (Agensi Keselamatan Kesihatan UK) mengenai dua kes varian Omicron. Kedua-dua kes itu dikaitkan dan terdapat kaitan dengan perjalanan ke negara di selatan Afrika," kata setiausaha negara untuk kesihatan dan penjagaan sosial, Sajid Javid, di Twitter.

Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri.

"Kami juga menambah Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola ke dalam senarai merah perjalanan, berkuat kuasa jam 4 pagi Ahad dan mereka yang pulang dari negara-negara terlibat dalam tempoh 10 hari lalu perlu menjalani kuarantin dan melakukan ujian PCR.

"Jika anda layak untuk suntikan penggalak, sekarang adalah masa untuk mendapatkannya," katanya.

Minggu ini, saintis Afrika Selatan mengumumkan telah menemukan varian Omicron yang mempunyai beberapa mutasi yang mungkin membawa risiko jangkitan semula. Varian yang sama turut dikesan di Botswana serta Hong Kong.

Pada Jumaat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan ia sebagai varian yang membimbangkan dinamakan Omicron.

Beberapa negara di seluruh dunia telah menyekat penerbangan dari beberapa negara di selatan Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho dan Eswatini.

Selain itu, kes jangkitan melibatkan varian Omicron turut dilaporkan dikesan di Jerman (dua kes) dan Itali (satu kes) pada Sabtu. - Bernama

adm7 Publish time 28-11-2021 03:16 PM

Malaysia belum ada lg. Tunggu masuk dulu baru tutup sempadan negara. Sementara belum masuk ni la nak pulun ajak pelancong luar ramai2 masuk negara:loveliness::loveliness:

chazey Publish time 28-11-2021 03:23 PM

adm7 replied at 28-11-2021 03:16 PM
Malaysia belum ada lg. Tunggu masuk dulu baru tutup sempadan negara. Sementara belum masuk ni la nak ...

Sabah mula terima pelancong luar negara mulai 1 Disember. Yah, jom tepuk tangan dan ucap selamat datang kepada varian2 bersepah di luar negara sana.

Pehtu bila rakyat kau mati, kritikal, sana sini kes tinggi, baru sebok nak lockdown. Pft.

mbhcsf Publish time 28-11-2021 03:24 PM

oh no...dah ade tularan di western eu dah. HK ade 6 cases.

I hope Msian MOH ni alert lah ni.

nolya Publish time 28-11-2021 04:55 PM

adm7 replied at 28-11-2021 03:16 PM
Malaysia belum ada lg. Tunggu masuk dulu baru tutup sempadan negara. Sementara belum masuk ni la nak ...

Boleh je M'sia buat peraturan supaya rakyat drp negara Afrika trs, dihalang masuk M'sia. Tapi bagaimanapula orang2 yg nak gi umrah jika berbaur dgn puak2 drp Afrika tu. Juga nanti ketika musim haji, kerana rakyat Afrika ramai juge yg tunaikan haji.

ketipongtipah Publish time 28-11-2021 05:00 PM

nolya replied at 28-11-2021 04:55 PM
Boleh je M'sia buat peraturan supaya rakyat drp negara Afrika trs, dihalang masuk M'sia. Tapi baga ...

Kena swab la kerap sikit dan kuarantin pakai gelang pink at least 10 hari.
Turki dan EU dah pun start.

nolya Publish time 28-11-2021 05:14 PM

ketipongtipah replied at 28-11-2021 05:00 PM
Kena swab la kerap sikit dan kuarantin pakai gelang pink at least 10 hari.
Turki dan EU dah pun st ...

Kalau pegi umrah sunat yg schedule 10 hari, memang tak danlah nak tunaikan umrahnya. Dari mula sampai, terus korantin 10 hari di hotel, hari kesepuluhnya pack-up beg untuk balek. Kalau I, memang nangislah.At least haji pun, akan teramat kecewalah biarpun sepuluh hari je.Sebabnya orang semua berduyun2 gi masjid, awak kena solat sendiri di bilik hotel. Rugi besar rasanya. Entah bilalah lagi dpt gi umrah tanpa segala kekangan.

kemaruk Publish time 28-11-2021 05:14 PM

macam nama pokemon kata bini bangkem

abangbikerz Publish time 28-11-2021 05:20 PM

travel restriction hanya akan melambatkan sahaja penularan varian omicron ni. akan sampai gak ke msia nanti klu dh xterkawal disana. so sila prepare utk batalkan segala majlis sosial tahun depan, raya pakai google meet dan work from home:lol: all thanx to antivax

edayildiz Publish time 28-11-2021 06:31 PM

ankara tu bkn ke turki..
malaysia xsampai lg kan..patut ttp cpt2 apa yg blh ditutup sblm sampai omicron

bakingsoda Publish time 28-11-2021 06:59 PM

kj mana kj? nak harapkan mael amik tindakan confirm la lembab terhegeh2 nak lockdown, kkm la yg kena tekan

kemaruk Publish time 28-11-2021 07:03 PM

timing yang tepat untuk keluarkan varian baru

macam iphone setahun sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci amboi amboi enaknya mmmphhh dapnyeee ah ah ah

hungryhenry Publish time 28-11-2021 07:09 PM

RIP travel?!baru berangan nak ke yurop sbb tiket murahhh

AbukRokok Publish time 28-11-2021 07:54 PM

korang dah lama rancang
saya je yg lalai :D

delia3003 Publish time 28-11-2021 08:05 PM

edayildiz replied at 28-11-2021 06:31 PM
ankara tu bkn ke turki..
malaysia xsampai lg kan..patut ttp cpt2 apa yg blh ditutup sblm sampai omic ...

Tutup pun separuh masak mcm sebelum ni, lepas masuk jugak. Rakyat Malaysia tetap boleh balik Malaysia. Stand by je ler

R2D2 Publish time 28-11-2021 11:54 PM

Australia kesan kes jangkitan Covid-19 pertama melibatkan varian Omicron
    Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
    28 November 2021, 6:00 pm

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan di Australia mengesan kes jangkitan pertama melibatkan varian baharu, Omicron yang disifatkan lebih bahaya berbanding Delta.

Kes jangkitan itu dikesan selepas melakukan ujian Covid-19 terhadap dua penumpang yang tiba di negara ini dari Afrika Selatan.

Kedua-dua penumpang tersebut tiba di Australia menggunakan pesawat Qatar Airways melalui Doha.

Kedua-duanya disahkan positif Covid-19, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan terus melakukan ujian lanjut mengenal pasti jenis varian jangkitan.

“Kedua-dua penumpang itu tidak mempunyai gejala dan kini menjalani kuarantin di pusat kesihatan khas, selain mereka sudah lengkap vaksinasi.

“Seramai 12 lagi penumpang dari Afrika Selatan yang menaiki penerbangan sama menunjukkan ujian negatif, namun masih perlu menjalani kuarantin,” menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan New South Wales. – AFP

R2D2 Publish time 29-11-2021 12:38 AM

Varian Omicron: Turki bawa keluar 41 rakyat dari Afrika Selatan
BERNAMA

Johannesburg: Turki pada Sabtu membawa keluar rakyatnya dari Afrika Selatan menerusi penerbangan Turkish Airlines, berikutan penularan varian baharu Covid-19, Omicron.

Seramai 41 penumpang dibawa keluar dari dua bandar terbesar di Afrika Selatan iaitu Cape Town dan Johannesburg, diterbangkan ke Istanbul, kata seorang pegawai syarikat penerbangan kepada Agensi Anadolu.

Mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari tanpa mengira status vaksinasi.

Kedutaan Turki di Pretoria menerusi Twitter memaklumkan penerbangan Turkish Airlines itu adalah penerbangan terakhir dari Afrika Selatan ke Turki sehingga diberitahu kelak.

Turki pada Jumaat mengumumkan mengenakan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe mulai 27 November susulan varian Omicron.

Disiarkan pada: November 28, 2021 @ 1:22pm

ina_na Publish time 29-11-2021 12:56 AM

Anak2 ade seminggu lg nk kn p sekolah ni..ade exam nanti...adoii mcm mn ni .nk cuti kan atau x ni..

Radzor Publish time 29-11-2021 02:44 AM

Pabenda byk sgt benang omicron ni.. kombine je la.

Btw , apa kata doktor afrika-

A South African doctor said Sunday that symptoms of the Omicron variant apppear to be mild and can be treated at home.

Dr. Angelique Coetzee, a private practitioner and chair of the South African Medical Association, was one of the first to notice the new variant. She treated patients at her clinic who had symptoms different from the Delta variant, she said. Omicron ws announced by the South African National Institute of Communicable Diseases on Nov. 25, based on samples taken earlier in the month.

Takde apa perlu gelabah pon.

“Symptoms at that stage was very much related to normal viral infection. And because we haven’t seen COVID-19 for the past eight to 10 weeks, we decided to test,” she told Reuters.

More patients came in with similar symptoms, which made Coetzee suspect there was “something else going on. We have seen a lot of Delta patients during the third wave. And this doesn’t fit in the clinical picture,” she said. “Most of them are seeing very, very mild symptoms, and none of them, so far, have admitted patients to surgeries. We have been able to treat these patients conservatively at home,” she said.

https://deadline.com/2021/11/omicron-variant-not-deadly-south-african-medical-chair-claims-1234881101/amp/?fr=operanews



Nham22 Publish time 29-11-2021 06:57 AM

Mane senarai mutation virus baru tu... Lupe dah..lame sgt bergumbira
Pages: [1] 2 3
View full version: Varian Omicron sudah dikesan di UK, Jerman, Itali


ADVERTISEMENT