Vellfire Publish time 28-11-2021 12:38 AM

Nikmati diskaun 50 peratus pelancongan melalui jomhomestay.my

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-27-at-14.57.34-1-1156x560.jpeg

KUCHING: Rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk pakej pelancongan inap desa di seluruh negara melalui platform jomhomestay.my

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia adalah usaha bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan domestik dan menggalakkan pendigitalan perniagaan dalam industri.
Menurutnya, tersebut dibangunkan oleh pihak Persatuan Kampungstay Dan Homestay Malaysia (MKHA) dengan kerjasama Tourism Malaysia yang menawarkan diskaun di bawah inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) 1.0.
“Sehingga kini, sebanyak 150 pakej telah dibangunkan melibatkan 60 kluster pengusaha inap desa dengan tawaran harga pakej serendah RM80 seorang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Platform Jomhomestay.My di Hotel Pullman Kuching, hari ini.

by suaraswk
November 27, 2021
Pages: [1]
View full version: Nikmati diskaun 50 peratus pelancongan melalui jomhomestay.my


ADVERTISEMENT