Vellfire Publish time 28-11-2021 12:32 AM

Kereta bertembung, mangsa patah kaki

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-27-at-11.37.11-2-696x928.jpeg

KAPIT: Seorang mangsa patah kaki dalam kemalangan membabitkan duah buah kereta di Taman Ixora, Jalan Selirik di sini malam semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kemalangan dilaporkan kira-kira jam 11.18 malam membabitkan sebuah kereta Proton Exora dan Proton Saga.
Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian.
“Terdapat seorang mangsa penumpang di dalam kereta Proton Saga mengalami kecederaan iaitu patah pada kaki sebelah kanan dan memerlukan bantuan untuk di bawa keluar dari kenderaan tersebut.
“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan seterusnya memberi rawatan awal sebelum di hantar ke Hospital Kapit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, dua lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan tidak mengalami kecederaan yang serius.
Tambahnya, setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.41 malam.
https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-27-at-11.38.20.jpeg


sarawakvoice.com/2021/11/27
Pages: [1]
View full version: Kereta bertembung, mangsa patah kaki


ADVERTISEMENT