FOTHER-MUCKER Publish time 28-11-2021 12:03 AM

Geng Aruz buat hal, undang geram netizen

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/aruz-e1638002059181.jpegTangkap layar sekumpulan pemandu Aruz memandu perlahan di lorong kanan hingga mengundang marah pengguna lain.


Geng Aruz buat hal, undang geram netizen


[*]Oleh KOSMO!
[*]27 November 2021, 4:34 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram


PETALING JAYA- Secara kebiasaannya lorong kanan digunakan bagi kenderaan yang mahu memecut manakala lorong kiri pula dikhususkan bagi pemandu yang memandu secara santai di mana-mana lebuh raya di negara ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan situasi dialami seorang pengguna apabila dia terpaksa memandu perlahan di lorong kanan berikutan tindakan sekumpulan pemandu yang berkonvoi hingga menyusahkan orang lain.
Menerusi perkongsian video daripada pemilik Twitter dikenali sebagai @Nidaasifa, dia berasa kecewa dengan sikap pemandu yang menyertai konvoi dan memandu secara perlahan di lorong kanan lebuh raya.
Dalam video berdurasi 16 saat dikongsikan wanita itu, kelihatan deretan kereta Perodua Aruz dipandu secara perlahan di lorong kanan hingga menyebabkan pengguna lain terpaksa memecut di lorong kiri untuk memintas konvoi tersebut.
“Siapa dekat sini bapa adik beradik dia ada dalam persatuan kereta Aruz, tolong pesan kalau nak konvoi dekat lebuh raya jangan duduk lorong kanan ramai-ramai dan memandu perlahan, buat jalan sesak pagi-pagi,” ciapnya.
Wanita itu turut meminta konvoi tersebut untuk tidak menjadikan lebuh raya itu seperti milik mereka kerana boleh menyebabkan jalan sesak terutamanya ketika waktu pagi.Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan wanita itu dengan menyifatkan situasi tersebut boleh mengundang marah orang ramai.
“Minat yang mendatangkan amaran dan menyusahkan orang,” sindir @NayeOra.“Geng-geng konvoi yang tidak tahu adab ini semakin bertambah,” kata @bmpower81.“Memang biadap la geng konvoi ini, selamba sahaja bolot jalan,” jelas @Haffismustafa.“Memang bebal orang yang berkonvoi tetapi dia tiada ‘common sense’,” ujar @edrashyours. -K! ONLINE




FOTHER-MUCKER Publish time 28-11-2021 12:05 AM

QsABa9E5WhM

pyropura Publish time 28-11-2021 01:59 AM

Pakai minibus bajet SUV yg.paling low tech pon nak belagak :lol:

FOTHER-MUCKER Publish time 28-11-2021 02:35 AM

pyropura replied at 27-11-2021 09:59 AM
Pakai minibus bajet SUV yg.paling low tech pon nak belagak

Itu biasalah apabila ummat negara ketiga baru merasa kemewahan dalam hidup mereka:lol:

Babai Publish time 28-11-2021 02:58 AM

FOTHER-MUCKER replied at 28-11-2021 12:05 AM


Tu ler jadinya bila geng miskin papa kedana dah mula berlonggok satu kumpulan. Baru pakai kereta orang miskin dah nak berlagak macam jalan raya tu bapa dia orang punya

Babai Publish time 28-11-2021 02:59 AM

pyropura replied at 28-11-2021 01:59 AM
Pakai minibus bajet SUV yg.paling low tech pon nak belagak

Orang miskin papa kerana bila dok ramai-ramai memang macam tu. Tak fikirkan hak pengguna jalan raya yang lain.

MissVixen Publish time 28-11-2021 03:03 AM

Takde sape pun kenderaan lain berani nak tegur dan hon panjang ke? Bodoh punya mangkuk ayun...konvoi2 menyusahkan orang. Mati ke kalau drive tu jauh2 tanpa ikut barisan macam boria ni?

Babai Publish time 28-11-2021 03:13 AM

MissVixen replied at 28-11-2021 03:03 AM
Takde sape pun kenderaan lain berani nak tegur dan hon panjang ke? Bodoh punya mangkuk ayun...konvoi ...

Itu geng orang miskin hina dina baru nak merasa pegang steering ler tu. Pasal tu yang berlagak semacam tu.

Weller Publish time 28-11-2021 08:51 AM

Tahun 2019 kot lalu kat hiway bersama konvoi kereta mayat. Dekat 10 van jugak. Masing2 bawak 110km/h, duduk lane kanan. Ada dengar announcement kat Traxx.fm.

tak sangka selisih. Huhuhuhu

Van yg ada keranda tak nampak tp yg belakang2 tu mcm kosong je......

pyropura Publish time 28-11-2021 09:00 AM

MissVixen replied at 28-11-2021 03:03 AM
Takde sape pun kenderaan lain berani nak tegur dan hon panjang ke? Bodoh punya mangkuk ayun...konvoi ...

Mungkin depa takut kena cekik, kan minibus 7 seater ni lobai2 banyak anak yg.pakai :lol:

adm7 Publish time 28-11-2021 09:29 AM

Patut haramkan je aktiviti konvoi ni. Tu tak cerita marshal bingai berlagak mcm polis tahan kereta orang konon tak nak bagai ahli konvoi tercicir. Ingat jalan bapak korang ke?bodoh:curse:

noor2 Publish time 28-11-2021 09:40 AM

Ko nk pandu laju mana kat highway...paling laju 110km/ j jer

miszclassique Publish time 28-11-2021 09:50 AM

pyropura replied at 28-11-2021 01:59 AM
Pakai minibus bajet SUV yg.paling low tech pon nak belagak

Belum tengok konvoi alza biru lagi ;P kekdahnya geng2 pakai perodua ni mmg suka konvoi

ninja boy Publish time 28-11-2021 10:25 AM

Tipikal melayu makan saing2, pi mall saing2, travel saing2, drive pun saing2.

Babai Publish time 28-11-2021 10:36 AM

adm7 replied at 28-11-2021 09:29 AM
Patut haramkan je aktiviti konvoi ni. Tu tak cerita marshal bingai berlagak mcm polis tahan kereta o ...

Geng buat konvoi ni memang mostly perangai macam celaka sekor2.

Babai Publish time 28-11-2021 10:37 AM

ninja boy replied at 28-11-2021 10:25 AM
Tipikal melayu makan saing2, pi mall saing2, travel saing2, drive pun saing2.

Yang suka berkonvoi pakai aruz tu biasanya jenis miskin tapi rajin buat anak.

Dwdrum Publish time 28-11-2021 10:39 AM

Edited by Dwdrum at 27-11-2021 06:40 PM

Banyak yang jenis convoys cuma yang laju or slow sperti turtle... Gang Bmw dan modified honda tapi high speed terutama di cross wind before tunnel di ipoh.... Jalan seperti snake gigih depa highbeam dari jauh selalu if ada chance i block depa.....Depa mampus who cares kasihan orang lain dan motocyclist...trailer pun banyak...

FOTHER-MUCKER Publish time 28-11-2021 10:40 AM

Pada mulanya saya ingat aruz tu nama club mereka, ruoanya produa aruz. lol.

Mesti dengan confidencenya berangan sambil memandu toyota rush ataupun Lexus:lol:

bakingsoda Publish time 28-11-2021 10:42 AM

noor2 replied at 28-11-2021 09:40 AM
Ko nk pandu laju mana kat highway...paling laju 110km/ j jer

terfikir benda sama gak, kot geng aruz tu mmg bawak ikut had laju je, yg bengang cakap orang slow ni jenis tekan 140 :lol: laju2 nak ke alam barzakh ke

FOTHER-MUCKER Publish time 28-11-2021 10:53 AM

bakingsoda replied at 27-11-2021 06:42 PM
terfikir benda sama gak, kot geng aruz tu mmg bawak ikut had laju je, yg bengang cakap orang slow...

Lorong paling kanan adalah lorong memotong kenderaan sahaja, tak kiralah pemandu tu memandu 200KPH di lorong paling kanan selepas memotong kenderaan di sebelah kiri dia mesti balik semula ke lorong sebelah kiri.

Takan masa ambil theory test tak di ajar semua tu?
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Geng Aruz buat hal, undang geram netizen


ADVERTISEMENT