Raline Publish time 27-11-2021 10:27 PM

Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/bapak-bonceng-1536x1087.jpg
Lelaki itu dilihat memegang cermin ketika membonceng motosikal. – TikTok

Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki berpangkat ‘pak cik’ memegang cermin ketika membonceng sebuah motosikal menjadi tular kerana disifatkan netizen sebagai lucu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam pengguna jalan raya lain itu dimuat naik di TikTok pada akaun bernama @fiskal_99.

‘’Saya tidak kuat,’’ tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu memegang cermin besar sehingga menutupi penunggang di hadapannya jika dilihat dari belakang.

Bukan itu sahaja, kedudukan cermin yang menghadap dirinya membuatkan keadaan lelaki tersebut kelihatan lucu kerana refleksi dirinya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.

Orang ramai bahkan ada yang berasa risau kerana dia dilihat seolah-olah menunggang motosikal dalam keadaan terbalik.

Netizen yang menonton video itu mula membanjiri ruangan komen.

“Definisi cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain,” kata seorang netizen.

“Lihat macam ini pun kelakar, kenapa tak dipusing sahaja cerminnya,’’ ujar yang lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/27/aksi-pak-cik-bonceng-motosikal-bawa-cermin-undang-tawa/

ezacbee Publish time 28-11-2021 11:44 AM

Berdekah ke tu? :sweat3:

Artemesiaa Publish time 28-11-2021 12:12 PM

Biasa je apa yang lawaknya

NekNgah Publish time 29-11-2021 12:54 PM

Merbahaya, terhentak sedikit kaca boleh pecah.

Cyempaka Publish time 29-11-2021 10:25 PM

Edited by Cyempaka at 29-11-2021 10:26 PM

Rakyat tiktok mmg bodo2 alang sikit. Macam tu pun lawak..
Makcik pakcik guna escalator turun untuk naik pun, derang bleh gelak guling2 smp sakit perut

Carcosa Publish time 30-11-2021 04:24 AM

Apa ntah yg kelakar nya :o
Bodoh adalah. Bahaya adalah. Kena batu melenting, pecah berderai situ, rabak tangan kaki semua
Time tu netizen berdekah jgk ke :I

Kuehraya Publish time 2-12-2021 08:54 AM

Kut ye pun balut la dulu cermin tu dgn sokkabar
Pages: [1]
View full version: Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa


ADVERTISEMENT