Raline Publish time 27-11-2021 10:26 PM

Lelaki jual perabot ibu demi beli hadiah kepada kekasih

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/jual-perabot.jpg
Lelaki ini menjual kesemua perabot yang ada di rumah ibunya dan menggunakan wang tersebut untuk membelikan hadiah kepada teman wanitanya. - Merdeka.com

Lelaki jual perabot ibu demi beli hadiah kepada kekasih

JAKARTA – Gara-gara ingin membeli hadiah kepada kekasih, seorang lelaki tergamak menjual perabot dan merobohkan bumbung rumah ibunya sehingga akhirnya dia diserahkan kepada polis oleh wanita berkenaan, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membelikan hadiah kepada kekasihnya.

Malah, ketika disoal siasat oleh pihak polis, dia tidak lupa untuk mengingatkan kekasihnya agar menjaga kesihatan dan pemakanan.

Menurut Ketua Polis Bantul, Asisten Komisioner Ihsan, lelaki itu mula menjual perabot ketika ibunya tiada di rumah memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di rumah itu.

“Sehingga kini, hasil jualan perabot itu sudah mencecah 30 juta rupiah (RM8,822).

“Perabot di dalam rumah itu telah habis dijual. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, ibu suspek kemudian melaporkannya kepada pihak polis,” kata Ihsan.

Hasil wang tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli hadiah seperti makanan, beg tangan dan baju untuk kekasihnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/27/lelaki-jual-perabot-ibu-demi-beli-hadiah-kepada-kekasih/

makadek Publish time 28-11-2021 09:30 AM

Hah tk lama ko dia jual

Artemesiaa Publish time 28-11-2021 12:14 PM

Tak ada buat cara tak ada tak perlu susahkan hidup orang lain

chinta89 Publish time 28-11-2021 01:16 PM

prmpuan tu bsedia ke nk jd isteri dia? blm kahwin dh mcmni perangai, dh kawin hbs gelang emas bini dijualnya plk

che-cikL Publish time 28-11-2021 07:42 PM

Tular ke? Dah kerja bank kat Indon ke TT?

Carcosa Publish time 30-11-2021 04:28 AM

Mesti mengaku kaya dgn gf dia :lol:
Kalau aku anak aku gini, bkn aku antar ke polis. Aku antar dia ke buaya terus :lol:
Pages: [1]
View full version: Lelaki jual perabot ibu demi beli hadiah kepada kekasih


ADVERTISEMENT