Raline Publish time 27-11-2021 10:23 PM

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-27-at-1.20.44-PM.jpeg
TANGKAP layar antara babak iklan (kiri) ubat kuat yang dipromosikan Tauke dan Shu.

Isu kahwin dua, satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

PETALING JAYA – Setelah segala kekecohan yang timbul apabila pelawak Tauke Jambu didakwa berkahwin sekali lagi, rupa-rupanya kontroversi tersebut hanyalah gimik untuk iklan promosi ubat kesihatan lelaki dan wanita.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 45, dalam sebuah video dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Video berdurasi dua minit 40 saat tersebut memaparkan adegan akad nikah yang berlangsung antara dirinya dengan seorang wanita bernama Shu seperti yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun jelas Tauke, acara pernikahan antara dirinya dengan Shu tidak wujud kerana itu semua hanyalah iklan untuk mempromosikan ubat kesihatan lelaki dan wanita yang diusahakan mereka.

“Astaghfirullahalazim. Macam mana, dah tengok? Sebenarnya acara itu atau pernikahan saya dengan Shu tak wujud. Itu hanyalah iklan yang kami berdua buat. Iaitu produk Shu dan saya, kami ‘kahwinkan’.

“Kami bekerjasama untuk jadikan bisnes ini, itu sahaja. Jadi dah terjawan segala teka-teki dan persoalan semua? Saya masih lagi ada seorang bini, belum dua lagi. Harimau kat rumah tu, matilah nak (seloroh),” ujarnya.

Biarpun meletuskan kontroversi dengan isu pernikahan kali kedua, namun pelawak sensasi itu menitipkan kepada orang ramai agar berhati-hati dalam menilai sesuatu berita.

“Pesanan daripada saya, supaya kita lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu atau berita,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Tauke sekali lagi menjadi bahan buah mulut orang ramai selepas sebuah video mendakwa dia bernikah dengan seorang wanita bernama Shu tular menerusi media sosial.

Dalam video tersebut, pelawak itu lengkap memakai persalinan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan wanita terbabit.

Dia bagaimanapun bertindak mengunci mulut dan tidak menjawab pertanyaan media untuk mengesahkan kesahihan berita ‘pernikahannya’ tempoh hari. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/27/isu-kahwin-dua-satu-malaysia-kena-game-dengan-tauke/

nubook Publish time 27-11-2021 10:30 PM

Duly noted. Next..

Fly_over Publish time 27-11-2021 10:33 PM

sorry iols tak termasuk. iols ada radar detector cheap marketing.. :lol:

slyfynx Publish time 27-11-2021 10:55 PM

Wahai Tauke, u may GFY. Marketing murahan

Raline Publish time 27-11-2021 11:08 PM

slyfynx replied at 27-11-2021 10:55 PM
Wahai Tauke, u may GFY. Marketing murahan

marketing mahalhan mcm mana? ada contoh x?:lol:

dudaberhias Publish time 27-11-2021 11:15 PM

Oh ye ke? Tapi kenapa akak tak rasa menyesal pun cerca heols? Sebab memang layak pun... Bye nak pergi start keta pergi MR DIY sekarang untuk beli kneepad. Sesambil tu kecam heols lagi sebab memang worth it sangat... Hilang stress gittew lepastu boleh kurus pakai kneepad merangkak turun naik rumah... yihhhh, gigih la cheap marketing bagai, dah la rhoper elok sikit je dari selipar jepun... Kalau keluar muka kat TV pun peponen dan bebottom gersang sanggup tukar ke animal planet.

lyshafull Publish time 27-11-2021 11:19 PM

Jadah marh netizen lakk tapi gemg2 korng yg upload buat spekulasi mende laaa slahkan netizen tapi hadp duit netz mende laaa

nakkomenjugak Publish time 27-11-2021 11:45 PM

Mehhh. Dont care
Iol nengok tauke memang nak cerca jahhhh

*Sambil sarung kneepad 20 lapis*

dani-rox Publish time 27-11-2021 11:50 PM

Edited by dani-rox at 27-11-2021 11:51 PM

akak sentap dgn tajuk 'satu Msia' tu hokeh... apahal kaitkan akak sekali kena game si cencurut nihh?? hebat sgt meh, baca gusip dia pun ai tak pernah :I

kiah_mai_pulak Publish time 27-11-2021 11:51 PM

tikus bendang je punnnnnnn

Carcosa Publish time 27-11-2021 11:55 PM

Yg kena game tu dia!
Yelah, kerana marketing Haram J mcm tu, kau dah kena sumpah, laknat, maki, keji, hina dgn ramai org. Best ke gitu? Kalau suka kena semua tu, hah oklah.
Now, siapa yg kena game sebenarnya skrg? :lol:

Vivagirl Publish time 28-11-2021 12:05 AM

Geli geli geli geli geli geli

cha-cha Publish time 28-11-2021 12:31 AM

Lantak lah, ku takkan tarik balik kejian ku kepada nya. Kossssserrr

mandear11 Publish time 28-11-2021 12:40 AM

KOPI PEJUANG AND KOPI RINDU tu...lol....no good at all..i tried it....

tobobon Publish time 28-11-2021 12:45 AM

Lol...iklan ubat kuat sekalipun ambillah yg semenggah sikit...yg ni tgk pelakon pun ..ada ker nak beli ;P

MarryPottet Publish time 28-11-2021 01:09 AM

Done kecam empunya badan kat thread sebelah
So, mananya gambar ubat kesihatan tu?
Nak sambung kecam & body shaming produk sampah tersebut pulak

prizadane Publish time 28-11-2021 01:11 AM

Iols tak bother pun tauke ni nak kawin baru ke, cerai ke, marketing ke apa. Iols cuma akan bother kalau tauke ni mengandung…

anony-mous Publish time 28-11-2021 03:38 AM

Ko x sedar ke ko pon dpt saham neraka sbb mendatangkan pitenah?? :lol::huffy

anony-mous Publish time 28-11-2021 03:39 AM

dudaberhias replied at 27-11-2021 11:15 PM
Oh ye ke? Tapi kenapa akak tak rasa menyesal pun cerca heols? Sebab memang layak pun... Bye nak perg ...

Beli lebih kneepad tu bukan utk iols tp utk cicaktokek ni. Dia pon sama jah mendatangkan pitenah. Silap2 dia kumpul point dosa plg byk ;P

Kurex Publish time 28-11-2021 07:22 AM

Tak memberi impak pun kalau betul. Aku bukan salah sorang yg ditipu. Bukti, aku tak komen pun dekat benang sebelah yg kononnya dia kawen lagi 1 sebab aku tau tu mesti marketing
Pages: [1] 2 3
View full version: Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


ADVERTISEMENT