mojarean_X Publish time 27-11-2021 09:32 PM

Siap sedia senario terburuk hadapi varian baru Omicron, kerajaan digesa

PETALING JAYA: Seorang penyelidik berkata, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam berdepan varian baharu Omicron menggunakan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tidak popular sehingga mempunyai lebih banyak maklumat berhubung strain baharu itu.

Dr Lam Sai Kit, perunding penyelidikan di Universiti Malaya dan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh menyesuaikan respons mereka apabila mempunyai lebih banyak maklumat dalam beberapa minggu akan datang.

“Pada masa sama, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi senario terburuk,” katanya, dengan langkah seperti larangan perjalanan, meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya untuk pelancong asing dari negara terjejas.
https://i.ibb.co/w6YFYgK/download-jpeg-3.jpg

“Untuk melaksanakan semula sebarang bentuk larangan perjalanan bukan langkah popular dan sudah tentu akan merosakkan lagi ekonomi dunia. Tetapi, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya memperlahankan varian itu daripada menular ke luar Afrika Selatan?


“Kita perlu bertindak proaktif dalam melindungi sempadan kita dan satu-satunya cara ialah melaksanakan sekatan perjalanan, tidak kira betapa tidak popularnya langkah ini.”

Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan varian Omicron sebagai varian membimbangkan – kategori paling mengancam untuk varian Covid-19. Ia dikesan sebahagian besarnya di Afrika Selatan, tetapi turut ditemui di Hong Kong, Belgium dan Israel.

Lam berkata, “kita tidak tahu sejauh mana keterukan Omicron” dan sama ada ujian PCR serta Antigen Rapid Test (ARTs) masih berguna untuk mengesannya, atau jika vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap Omicron.

Tetapi, langkah semasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, mengelakkan ruang sesak dan meningkatkan pengudaraan di ruang dalaman masih berguna.

“Vaksin dan dos penggalak masih sangat disyorkan.”

bungarose Publish time 28-11-2021 09:50 AM

Cepat ler kerajaan bertindak sebelum terlambat

namr Publish time 28-11-2021 10:08 AM

Kat hong kong pun dah ada kes..sekejap je la merebak kat tmpt lain tu:mad:

edayildiz Publish time 28-11-2021 10:15 AM

penat lah ngn kobid ni..kekadang penat nk kena pakai mask ni..muka cantik2 kena sorok:shutup:
pastu duit byk hbs kt sanitizer ngn mask..dettol tu dh la mahei..kalau yg 50ml kt watson dh rm6..pastu sminggu jer..xsuka jenama lain..
mask kalau beli yg mur mur msti kualiti hauk xblh bernafas..yg selesa dipakai mahal pulak..

_blackbird Publish time 28-11-2021 10:25 AM

edayildiz replied at 28-11-2021 10:15 AM
penat lah ngn kobid ni..kekadang penat nk kena pakai mask ni..muka cantik2 kena sorok
pastu...

pastu make up habis melekat kat mask. hahaha. iols tak boleh pakai dettol, last year guna skejap sanitizer dettol habis tangan iols kena rashes. doktor pon terperanjat

edayildiz Publish time 28-11-2021 10:52 AM

_blackbird replied at 28-11-2021 10:25 AM
pastu make up habis melekat kat mask. hahaha. iols tak boleh pakai dettol, last year guna skejap s ...

kann..habis melekat bedak ngn lip ice kt mask ;P
i ada tabiat telek muka sambil buat kerja..sbnrnya bkn telek muka sgt..lebih kpd baiki mask kt muka tkt senget..so letak cermin sblh pc;P
abistu uols pakai sanitizer cap apa? i beli aiken lasy week sbb rm4 sbb i suka yg kecik sng letak dlm beg..xbest aiken..melekit

stania83 Publish time 28-11-2021 10:58 AM

bijak pandai Malaysia kena pikir formula macam mana nak hidup tanpa pergerakan dalam dan keluar negara.

_blackbird Publish time 28-11-2021 10:58 AM

edayildiz replied at 28-11-2021 10:52 AM
kann..habis melekat bedak ngn lip ice kt mask
i ada tabiat telek muka sambil buat kerja..sbnrny ...

iols guna sanitizer jenama watson tak pon guardian je. so far tu ok takda lagi tangan allergy. iols pon ada cermin kat office tapi tak la letak sebelah pc. gantung kat sebelah pintu hihihi

ezacbee Publish time 28-11-2021 11:09 AM

Muka pun dah gatal2 pakai mask lama sangat. :lol:

ketipongtipah Publish time 28-11-2021 12:20 PM

Europe dah buek pcr test negatip n kuarantin 10 hari utk travelers ..

Skuau Publish time 28-11-2021 12:22 PM

Malesia hanya akan bertindak(dlm kebanykkan isu/perkara)apabila...'SUDAH TERHANTUK'.:curse:

makadek Publish time 28-11-2021 12:25 PM

Takmo pakai mask boleh tak
Tk suka lemas

ketipongtipah Publish time 28-11-2021 12:32 PM

makadek replied at 28-11-2021 12:25 PM
Takmo pakai mask boleh tak
Tk suka lemas

Kono pakai esp indoors mak.
Airbourne virus ni.. espesiali yg tempat ramai n sempit ventalation hauk aircond dah x servis lama dah

adm7 Publish time 28-11-2021 12:53 PM

Tunggu kes dah mencanak nanti baru kerajaan gelabah. Skrg masih lg normal. kes harian masih dlm lingkungan 5000-6000. Bawak bertenang:C






:I



akusukaq Publish time 28-11-2021 01:01 PM

stania83 replied at 28-11-2021 10:58 AM
bijak pandai Malaysia kena pikir formula macam mana nak hidup tanpa pergerakan dalam dan keluar nega ...

Apa kata bila keluar ke tempat yang sesak diwajibkan guna ppe. Mungkin cara ini je boleh kawal jangkitan.aku pun dah mula guna ppe naik ets. lantakle kome nakgelak janji otak aku lapang hati senang.

kemaruk Publish time 28-11-2021 01:13 PM

vaksin yang ada sekarang ni boleh lawan varian baru ni tak

ke kena cucuk 5 kali lagi baru boleh lawan omicron ni?

capiloton Publish time 28-11-2021 02:35 PM

dah vaksin pun takut lagi, bodoh :lol:

ninja boy Publish time 28-11-2021 09:42 PM

Bila covid nak stop sudah hampir 2 tahun pakai mask serupa ninja,sib baik semua mask free company bagi

dani-rox Publish time 28-11-2021 09:59 PM

https://64.media.tumblr.com/80f2c7f986011425a97f6e34f3a0c4cc/d155676674a10da9-af/s640x960/25cbd0c23fc1b68fa3162c63a3c90f565f359225.jpg

Nham22 Publish time 28-11-2021 10:22 PM

Giler weii bts tu buat konsert lg 4 hari fullhouse.. Ramai giler manusia berkumpul... Giler betul
Pages: [1] 2
View full version: Siap sedia senario terburuk hadapi varian baru Omicron, kerajaan digesa


ADVERTISEMENT