kerisnaga Publish time 27-11-2021 09:15 PM

19 maut, 32 cedera kemalangan bas di Mexico

Edited by kerisnaga at 27-11-2021 09:16 PM

19 maut, 32 cedera kemalangan bas di Mexico

November 27, 2021 @ 8:52pm

https://assets.bharian.com.my/images/articles/epaselect_MEXICO_ACCIDENT_1638017554.jpg
Kakitangan penyelamat dan pihak berkuasa berusaha membantu mangsa kemalangan ngeri di di Joquicingo, wilayah Manilalco di Mexico, mengorbankan 19 nyawa dan mencederakan 32 yang lain. - Foto EPA


MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 19 individu dalam perjalanan ke acara keagamaan di Mexico maut manakala 32 yang lain cedera dalam nahas bas semalam, menurut pihak berkuasa.


Menurut seorang pegawai kanan di wilayah tengah Mexico, Ricardo de la Cruz Musalem, semua mangsa yang berasal dari wilayah barat Michoacan itu sedang menuju ke sebuah kuil Katolik.


"Sejumlah 19 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi ini manakala tidak kurang 32 yang lain cedera dan dibawa ke hospital berhampiran," katanya kepada stesen televisyen Milenio.


Imej disiarkan media tempatan menunjukkan bahagian hadapan bas terbabit hampir musnah selepas melanggar sebuah rumah di Joquicingo, wilayah Manilalco di Mexico.


Kemalangan jalan raya sehingga membawa maut bukan perkara luar biasa di Mexico.


Pada September lalu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 32 lain cedera dalam rempuhan membabitkan sebuah bas dan trak di negeri utara Sonora.


Pada April lalu pula, pelanggaran antara dua bas yang membawa pekerja di sebuah lombong di lokasi lain di Sonora mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang maut. - AFP




credit




Pages: [1]
View full version: 19 maut, 32 cedera kemalangan bas di Mexico


ADVERTISEMENT