Vellfire Publish time 27-11-2021 03:28 PM

Tiga lelaki dicekup terlibat sabung ayam

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211127/whatsappimage2021-11-27at101823.jpeg

Tiga lelaki telah ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan sabung ayam di Julau.

JULAU: Tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 59 hingga 75 tahun telah berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan aktiviti sabung ayam.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Andam Sulin berkata, kejayaan tersebut adalah hasil serbuan oleh pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau, pada jam 3.30 petang Jumaat.
"Kejayaan tersebut adalah hasil serbuan di sebuah kawasan kebun Nanga Sempang Ulu Entabai Julau, dekat sini.
"Hasil serbuan tersebut turut berjaya merampas dua ekor ayam sabung hidup, dua ekor ayam sabung mati, satu unit alat penimbang, satu keping papan tertulis jadual pertaruhan dan dua bilah taji.
"Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiyaan Binatang 1963," kata Andam dalam kenyataan hari ini.
Tambah Andam, beberapa orang lelaki yang juga dipercayai kaki sabung sempat melarikan diri ketika serbuan tersebut dilakukan.
"Polis ingin mengingatkan agar orang ramai tidak menjalankan kegiatan judi sabung ayam dan sentiasa mematuhi arahan penguatkuasa kerana aktiviti seperti ini boleh menyebabkan orang ramai berkumpul dan secara tidak langsung boleh menyebabkan penyebaran wabak COVID-19," ujarnya.
Tegasnya, polis khususnya IPD Julau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti sabung ayam dan tindakan tegas akan terus diambil.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Vellfire Publish time 27-11-2021 03:32 PM

dah boring sangat agaknya main sabung ayam
cer main pubg ke mobile legends ke :lol:

musangbodoh Publish time 27-11-2021 04:46 PM

di sini sabung burung murai lg syok...
Pages: [1]
View full version: Tiga lelaki dicekup terlibat sabung ayam


ADVERTISEMENT