Vellfire Publish time 27-11-2021 03:21 PM

Rumah di Kampung Jawi-Jawi terbakar

Edited by Vellfire at 27-11-2021 07:22 AM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211127/7ae5621f-ea87-4017-a7fc-85ddd9e801a6.jpeg

PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

KOTA BELUD: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Jawi-Jawi di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Syazwan Latun berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima jam 10.54 malam.
Katanya seramai sembilan pegawai serta anggta dari BBP Kota Belud digerakkan ke lokasi sejauh 12 kilometer dari jarak balai bagi melakukan operasi pemadaman.
“Kebakaran membabitkan rumah separuh kekal seluas 20X18 kaki persegi dan pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera serta sumber air terbuka iaitu di longkang berhampiran.
“Kebakaran berjaya dikawal jam 11.41 malam dan mujurlah tiada penghuni yang mengalami kecederaan dalam kejadian ini,” katanya.
Menurutnya punca kejadian serta jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 12.17 pagi.

utusanborneo.com.my/2021/11/27






Pages: [1]
View full version: Rumah di Kampung Jawi-Jawi terbakar


ADVERTISEMENT