Vellfire Publish time 27-11-2021 03:19 PM

Lelaki parah, motosikal bertembung lori

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211127/2c5b2af5-48f3-4f36-ba48-ca281c67f1cc.jpeg

SELAMAT: Mangsa diberikan rawatan awal ileh pasukan EMRS dan pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke hospital.

RANAU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kundasang-Ranau di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 6.30 petang itu berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lori tiga tan dari arah bertentangan.
“Impak kejadian menyebabkan mangsa terperosok di bawah kenderaan sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pegawai perubatan.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata operasi ditamatkan jam 7.07 malam selepas pihak bomba melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain.
Katanya operasi dijayakan sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Ranau.

utusanborneo.com.my/2021/11/27

Pages: [1]
View full version: Lelaki parah, motosikal bertembung lori


ADVERTISEMENT