Vellfire Publish time 27-11-2021 03:17 PM

WHO isytihar B.1.1.529 sebagai VOC, dinamakan semula Omicron

https://i2.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2021/11/6556363F-C95C-4195-9782-BE5FDDAD672A.jpeg?w=1200&ssl=1

GENEVA ~~Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan strain baharu COVID-19, B.1.1.529 sebagai varian membimbangkan (VOC) dan dinamakan semula sebagai Omicron.
Klasifikasi itu meletakkan Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan, baru-baru ini, dalam kategori varian COVID-19 paling membimbangkan bersama-sama Delta, Alpha, Beta dan Gamma.
Perkembangan itu menyaksikan pelbagai negara di seluruh dunia segera menyekat penerbangan bagi mengekang penularan Omicron, semalam.
Malah, kebimbangan tercetus akibat varian berkenaan turut menyebabkan pasaran saham dan harga minyak menjunam, sekali gus berpotensi memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi global.
“Bukti menunjukkan perubahan memudaratkan dalam epidemiologi COVID-19, dan WHO menetapkan B.1.1.529 sebagai VOC yang dinamakan Omicron,” menurut agensi kesihatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam satu kenyataan.
WHO memaklumkan, pihaknya dijangka mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan kajian terhadap Omicron.
Ia bagi melihat sama ada berlaku sebarang perubahan dari segi kebolehjangkitan, keterukan atau implikasi terhadap vaksin COVID-19, ujian saringan dan rawatan.
Perubahan klasifikasi itu menyusul selepas mesyuarat tergempar diadakan secara maya oleh Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Evolusi Virus SARS-CoV-2.
Varian itu kali pertama dilaporkan kepada WHO dari Afrika Selatan, Rabu lalu.
Jangkitan pertama varian Omicron yang disahkan adalah daripada satu spesimen dikumpulkan pada 9 November lalu.
Dalam tempoh beberapa minggu lalu, jangkitan di Afrika Selatan meningkat secara mendadak, bertepatan dengan pengesanan itu.
“Varian itu mempunyai sejumlah besar mutasi, di mana sesetengahnya adalah membimbangkan.
“Bukti awal mencadangkan peningkatan risiko jangkitan semula dengan varian itu berbanding VOC lain,” kata WHO.
Menurut WHO lagi, bilangan jangkitan Omicron didapati meningkat di hampir kesemua wilayah di Afrika Selatan.
Selain Afrika Selatan, setakat ini, Omicron juga dilaporkan dikesan di Israel membabitkan seorang individu yang tiba dari Malawi; Botswana; Belgium dan Hong Kong.

sabahmedia.com/2021/11/27

Vellfire Publish time 27-11-2021 03:43 PM

Moderna sedia hasilkan vaksin lawan varian Omicron
https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/09/vaccine-5895477_640.jpg

NEW YORK: Syarikat farmasi Amerika Syarikat Moderna sedia menghasilkan vaksin booster Covid-19 untuk melawan varian baharu B.1.1.529 atau Omicron.
Varian Omicorn yang mula dikesan di Botswana masuk dalam daftar WHO sebagai Variant of Concern (VOC).
Moderna menilai Omicorn menggusarkan.
Vaksin booster dihasilkan mampu mengatasi ancaman mutasi Covid-19.
Sementara, syarikat vaksin lain BioNTech turut mengumpul lebih banyak data melihat keberkesanan vaksin varian baharu ini.
BioNTech bekerjasama dengan Pfizer mengembangkan vaksin yang dapat memerangi pelbagai jenis varian.

sarawakvoice.com/2021/11/27

Vellfire Publish time 27-11-2021 03:44 PM

Varian baharu Omicron: Beberapa negara mula tutup pintuBOTSWANA: Beberapa negara menutup pintu menerima kemasukan warga negara Afrika Selatan.
Ketika ini Botswana tersebar varian baharu Covid-19 B.1.1.529 dinamakan WHO sebagai Omicron, pertama kali ditemukan di Botswana.
Omicron termasuk dalam kategori Variant of Concern (VOC).
Britain menjadi negara pertama mengumumkan larangan tersebut pada Khamis dengan menghentikan sementara perjalanan dari Afrika Selatan dan beberapa negara jirannya bermula Jumaat.
Israel turut mengumumkan negaranya melarang urusan masuk dan keluar melibatkan Afrika Selatan.

sarawakvoice.com/2021/11/27


Pages: [1]
View full version: WHO isytihar B.1.1.529 sebagai VOC, dinamakan semula Omicron


ADVERTISEMENT