Vellfire Publish time 27-11-2021 03:15 PM

MOTAC Sabah perlu segera siasat aduan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211127/kks-ub290621-ysh-jafry2.jpg

KOTA KINABALU: Pasukan penguatkuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah perlu membuat siasatan berhubung aduan manipulasi harga pakej pelancongan oleh ejen yang tidak berdaftar di daerah Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (gambar) berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu pihak berwajib segera mengambil tindakan sebelum ia mendatangkan masalah besar kepada industri pelancongan di daerah itu.
"Ekoran laporan dibuat oleh Semporna Profesional Divers Association SPDA baru-baru ini yang melaporkan banyak ejen pelancongan tidak berdaftar telah menurunkan harga sehingga separuh daripada sepatutnya.
"Sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kerugian kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar kerana pelancong lebih memilih untuk menggunakan khidmat ejen tidak berdaftar disebabkan pakej lebih murah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan ia bukan semata-mata memberi kerugian kepada ejen lain tetapi juga melibatkan keselamatan pelancong itu sendiri.
Katanya, ejen tidak berdaftar ini tidak mempunyai kemahiran khususnya cara menyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada semua agen pelancongan berdaftar agar mengekalkan harga pakej percutian dan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga terutama di waktu pelancongan domestik sedang berkembang semula.

utusanborneo.com.my/2021/11/27
Pages: [1]
View full version: MOTAC Sabah perlu segera siasat aduan


ADVERTISEMENT