Vellfire Publish time 27-11-2021 03:13 PM

Covid-19 27/11/2021

Edited by Vellfire at 27-11-2021 04:28 PM

https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/259479609_314301713846215_3517445664202385374_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=_WI7igXqFUkAX_wf_sr&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=fe3ad7281ccb04cd2a7b9bdcefb5f0cc&oe=61A67C50

Sabah rekod 438 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah hari ini terus merekodkan trend penurunan kes COVID-19 iaitu hanya mencatatkan 438 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah baharu itu menunjukkan pengurangan 48 kes berbanding hari sebelumnya.
"Kota Kinabalu mencatatkan 81 kes baharu, 19 kes lebih rendah daripada semalam tetapi kekal daerah yang paling tinggi jumlah kes harian.
"Daerah-daerah lain dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’, yakni Tuaran, Kota Belud dan Ranau, semuanya mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun peningkatan kes adalah dalam jumlah yang kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedudukan jumlah kes baharu di daerah-dearah lain adalah bercampur-campur.
Katanya, terdapat penurunan kes baharu di Penampang, Papar, Keningau, Kota Marudu dan Tenom tetapi daerah Kinabatangan, Kuala Penyu serta Lahad Datu mencatat pertambahan kecil.
"Daerah Semporna, Telupid, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.
"Seramai 429 orang daripada 438 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5. Dua orang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya.

utusanborneo.com.my/2021/11/27

Pages: [1]
View full version: Covid-19 27/11/2021


ADVERTISEMENT