kerisnaga Publish time 27-11-2021 01:33 PM

Jalan berlubang 5,000 penduduk terputus hubungan

Edited by kerisnaga at 27-11-2021 01:34 PM

Jalan berlubang 5,000 penduduk terputus hubungan

Rosli Ilham - November 27, 2021 @ 1:26pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kawahbesar_1637990751.jpg
Nordin Saman menunjukkan Jalan Tepus-Pasir Raja yang mendap sehingga membentuk lubang besar menyebabkan 5,000 penduduk terputus hubungan. - Foto NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: Seramai 5,000 penduduk di Hulu Dungun terputus hubungan selepas jalan utama di Kilometer 10, Jalan Tepus-Pasir Raja mendap sehingga membentuk lubang besar.


Berikutan itu, jalan terbabit ditutup kepada semua kenderaan sekali gus memutuskan hubungan penduduk untuk ke Kuala Jengai, Rantau Panjang, Syukur dan Pasir Raja.


Penduduk, Nordin Saman, berkata mendapan serius itu berlaku sejak dua minggu lalu.


"Sejak banjir besar pada 2014, jalan di situ sering mengalami mendapan dan setiap kali mendap, pihak berkuasa hanya menampal dengan kali terakhir tampalan dibuat pada 30 Ogos lalu.


"Tapi kali ini mendapan lebih serius dengan membentuk tiga lubang seperti kawah besar," katanya ketika ditemui.


Menurutnya, di seberang jalan terbabit mempunyai lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengai, SK Jongok Batu, SK Syukur, SK Pasir Raja dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai.


"Penutupan jalan menyulitkan guru untuk berulang alik dan sejak itu ramai pelajar yang tinggal di Kampung Minda dan Talong tidak ke sekolah.


"Kalau nak ke sekolah guru dan pelajar terpaksa menggunakan jalan Bukit Besi-Besul Lama dan ke kampung Rantau Panjang dengan jarak sejauh 30 kilometer membabitkan masa sekitar 40 minit," katanya.


Seorang lagi penduduk, Wan Zawawi Wan Ahmad, 38, berkata mendapan itu berlaku disebabkan pembetung aliran air di bawah jalan pecah.


Katanya, isu pembetung itu perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelak mendapan serius.


"Apabila terputus hubungan, ia menyulitkan pihak berkuasa memberi bantuan sekiranya berlaku kecemasan.


"Semua kampung di Hulu Dungun dilanda banjir setiap tahun, sekali gus menyulitkan pihak berkuasa memindah dan menghantar bekalan kepada mangsa," katanya.




sumber




Pages: [1]
View full version: Jalan berlubang 5,000 penduduk terputus hubungan


ADVERTISEMENT