mattzzx Publish time 27-11-2021 12:50 PM

Volkswagen Golf R-Line Mk8 2022

Edited by mattzzx at 27-11-2021 01:48 PM

https://paultan.org/image/2021/11/2022-Volkswagen-Golf-1.4-TSI-R-Line-Mk8-Malaysia-5-BM-630x420.jpg

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertontonkan Volkswagen Golf Mk8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, tetapi pendaftaran minat untuk model ini sudah dibuka. Dikhabarkan Golf generasi kelapan ini bakal dilancarkan pada suku pertama 2022 dan ia merupakan unit pemasangan tempatan (CKD).

Golf Mk8 2022 ini ditawarkan dengan dua varian iaitu Golf GT dan Golf R-Line, dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang dan ini merupakan pertama kali Golf dipasang di sini, sebelum ini ia dikeluarkan dari kilang Volkswagen di China dan Jerman, terutamanya versi GTI.

Untuk harganya, VPCM masih enggan mendedahkan, kena tunggu pelancarannya kelak. Namun kalau ikum Golf Mk7.5 CBU yang dilancarkan pada tahun 2019, model 1.4 TSI R-Line berharga RM166,990 dan versi GTI pula RM239,990.

https://paultan.org/image/2021/11/2022-Volkswagen-Golf-1.4-TSI-R-Line-Mk8-Malaysia-6-BM-630x420.jpg

Begitu juga dengan spesifikasi penuhnya, masih tidak didedahkan walau pun VPCM telah mempertontonkannya kepada pihak media semalam. Untuk versi R-Line seperti dalam foto yang dipaparkan ini, ia akan mengambil alih kedudukan Passat Elegnace sebagai model yang paling berpatutan dalam barisan model Volkswagen di Malaysia.

Perkhabaran yang terbesar ialah kita tidak akan menerima versi 1.5 eTSI mild hybrid untuk Golf Mk8, yang diberikan enjin Active Cylinder Management (ACT) dengan kuasa 150 PS/250 Nm dengan transmisi DSG tujuh-kelajuan, bersama gandingan starter generator 48-voltan dan bateri lithium-ion 48-voltan.

Untuk pasaran Malaysia, kita akan menerima unit yang sama seperti apa yang pasaran Australia terima, iaitu enjin 1.4 liter TSI seperti Golf Mk7.5, tetapi kali ini ia digandingkan dengan kotak gear automatik torque converter lapan-kelajuan, berbanding dwi-klac DSG. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 PS dan tork 250 Nm pada 1,500 hingga 3,500 rpm, output maksimum yang sama dengan 1.5 eTSI.

https://paultan.org/image/2021/11/2022-Volkswagen-Golf-1.4-TSI-R-Line-Mk8-Malaysia-34-BM-630x420.jpg

Volkswagen Australia berkata kombinasi TSI-8AT dipilih disebabkan piawaian emisi di negara berkenaan – tetapi bukan kerana ia paling ketat, tetapi sebaliknya. Eropah mempunyai piawaian emisi yang lebih ketat, dan sebab itulah, benua asal Golf adalah penyebab utama mengapa kombinasi penjana kuasa ini diberi unit baharu dan lebih bersih.

Jadi, jika unit 1.4L ini menepati standard emisi semasa Australia, sudah pasti ia lebih terbaik untuk pasaran Malaysia. Untuk 8AT yang menggantikan DSG pula, 1.4L TSI menjadi antara produk VW Group yang menerima kotak gear ini. Dan dilihat kombinasi antara penjana kuasa dan kotak gear ini adalah pilihan yang lebih berketepatan.

Untuk kelengkapannya, R-Line diberikan pakej penggayaan yang lebih sporty (lencananya kini tertera ‘R’ tanpa ‘Line’), aloi ‘Valencia’ 17-inci dan IQ.light (lampu utama LED dengan pakej pencahayaan) pada luaran. Ia nampak macam GTI tetapi tanpa ciri signatur hothatch tersebut (gril honeycomb, jaluran merah), roda yang lebih besar/unik.

https://paultan.org/image/2021/11/2022-Volkswagen-Golf-1.4-TSI-R-Line-Mk8-Malaysia-2-BM-630x354.jpg

Di dalamnya, Mk8 diberikan kabin minimalis baharu, termasuk tempat duduk fabrik manual (dengan kombinasi suede baharu dan logo R), kluster instrumen digital penuh dan sistem infotainmen skrin sesentuh janaan-MIB3 terkini dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Semuanya kelihatan model dan digital – tetapi ciri dengan tombol yang diberikan hanya untuk cermin sisi; manakala kawalan pencahayaan dan kluster antara corong pendingin hawa tengah adalah dengan butang sesentuh sensitif dan butang pada stereng juga kapasitif.

Bagi keselamatan, R-Line menerima enam-beg udara, ABS dan ESP. Walau bagaimana pun ia tidak diberikan teknologi bantuan pemandu seperti brek kecemasan sendiri (AEB). VPCM berkata pihaknya sedang berusaha untuk memberikan ciri ADAS untuk modelnya, tetapi tidak buat Golf. Satu lagi ciri yang kelihatan ialah cagak Isofix yang diletakkan pada tempat duduk penumpang hadapan, bukan setakat pada tempat duduk penumpang belakang.

VPCM berkata Golf Mk8 pemasangan tempatan CKD akan dilancarkan dalam masa terdekat, tetapi mungkin pada suku pertama tahun hadapan. Harganya belum diumumkan, tetapi Golf R-Line ditetapkan sebagai model paling berpatutan di bawah payung VW di Malaysia, mengetepikan Passat Elegance yang berharga RM182k. Kalau Golf R-Line Mk7.5 CBU yang dilancarkan pada tahun 2019 berharga RM166,990, rasanya berapa pula harga unit CKD ini?
Pages: [1]
View full version: Volkswagen Golf R-Line Mk8 2022


ADVERTISEMENT