kerisnaga Publish time 27-11-2021 11:26 AM

Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang

Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang
| | 27 November 2021

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/11/27/1324783.JPG
Keadaan sekitar di Kampung Alor Semelor, Tajar, Alor Setar dilimpahi air berikutan hujan lebat pada 2 November lalu - Foto fail Bernama

ALOR SETAR - Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya dengan semua mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang Jumaat.


Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Gunung, di sini yang merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi,telah ditutup pada jam 4 petang.


"PPS itu yang menempatkan seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga telah ditutup jam 4 petang tadi dan semua mangsa telah dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di kediaman mereka pulih," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.


Pada Khamis, dua PPS iaitu Dewan Kampung Lahar dan Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Daerah Kubang Pasu turut ditutup selepas keadaan banjir di daerah tersebut pulih.


Banjir di kedua-dua daerah itu berlaku sejak Sabtu dan Selasa lalu ekoran hujan lebat yang menjejaskan beberapa kawasan kampung dan menenggelamkan beberapa batang jalan. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/174725/BERITA/Semasa/Banjir-di-Kedah-pulih-semua-mangsa-dibenarkan-pulang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pages: [1]
View full version: Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang


ADVERTISEMENT