Raline Publish time 26-11-2021 10:48 PM

Jenazah Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung?

Jenazah Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat Bola Sepak

https://www.thevocket.com/app/uploads/2021/11/79C70F4C-AAED-45D8-BDE8-294044E29F70.jpeg

Diego Maradona, seorang pemain bola sepak yang terkenal dengan aksi lincah di tengah padang difahamkan telah dikebumikan tanpa salah satu organ, iaitu jantung. Laporan ini diungkapkan melalui sebuah buku baharu yang ditulis oleh seorang doktor dan juga wartawan Argentina, Nelson Castro.

Memetik laporan The Times, Nelson yang muncul di acara televisyen Argentina untuk mempromosikan bukunya iaitu La salud de Diego: la verdadera historia (Kesihatan Diego: Kisah Benar) mendakwa, jantung pemain dan lagenda bola sepak Argentina itu dikeluarkan sebelum upacara pengebumian. Ia bertujuan untuk menghalang peminat bola sepak daripada menyerbu kuburnya dan mencuri organ dalaman Maradona.

“Ada sekumpulan yang merancang untuk menceroboh masuk dan mengeluarkan jantungnya,” kata Castro. “ ini dikesan akan berlaku jadi jantungnya dikeluarkan.” Tambah beliau lagi, selain daripada mengelak jantung Maradona dicuri, ia juga bertujuan untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital bagi mengetahui punca kematiannya.

Maradona mempunyai masa-masa yang menakjubkan sebagai pemain bola sepak. Dia telah mencipta sejarah untuk negara dan kelab yang diwakilinya. Selepas bersara, Maradona bertukar menjadi jurulatih untuk pasukan kebangsaan Argentina dan kelab lain di dalam dan luar negara. Pasukan terakhir yang dibimbing Maradona ialah Gimnasia y Esgrima La Plata, yang peminatnya dilaporkan merancang untuk mencuri jantungnya.

Walaupun kisah lagenda Maradona sering diingati masyarakat umum, namun beliau juga tidak lari daripada pelbagai skandal dan juga penyalahgunaan dadah. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, satu video tular di mana beliau sempat menghisap dadah sebelum mengurus pasukannya, Gimnasia yang sedang bertanding di dalam Primera División.

“Malangnya, dia mempunyai ketagihan kepada semua yang merosakkannya. Maradona ketagih dengan segala-galanya.” Kata Nelson sebelum menyambung, “Walaupun dia mempunyai jantung seorang ahli sukan, iaitu jantung yang besar, ia besar kerana sesuatu yang lain. Bukan sahaja kerana dia seorang atlet tetapi kerana kegagalan jantung yang dialaminya.”

Selain itu, Maradona juga pernah dituduh mendera dan menculik seorang wanita bernama Mavys Alvarez. Maradona didakwa bertemu dengan Alvarez sewaktu wanita itu berusia 16 tahun pada tahun 2000 dan melakukan aktiviti seksual dengannya tanpa pengetahuan penjaga Alvarez. Dia juga telah mengurung Alvarez di bilik hotel dan wanita itu tidak dibenarkan keluar.

Maradona meninggal dunia pada 20 November tahun lalu di umur 60 tahun semasa menjalani pembedahan otak. Sebelum meninggal, Maradona dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires.

Sumber:https://www.thevocket.com/jenazah-maradona-dikebumikan-tanpa-jantung-mahu-elak-dicuri-oleh-peminat-bola-sepak/

Artemesiaa Publish time 27-11-2021 11:53 AM

Tak mustahil dah peminat terlalu memuja dia

chinta89 Publish time 28-11-2021 01:26 PM

part dadah susah btl nk elak.. kenapa ek..
Pages: [1]
View full version: Jenazah Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung?


ADVERTISEMENT