Raline Publish time 26-11-2021 10:20 PM

Rawatan kanser guna herba, tumbuhan

Rawatan kanser guna herba, tumbuhan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zonkanserr1_1636516392.jpg
Antara kaedah rawatan kanser adalah menerusi kemoterapi. - Foto hiasan

KANSER adalah pembunuh dua paling bahaya di antara semua jenis penyakit dan memerlukan rawatan sesuai untuk penyembuhan.

Antara rawatan lazim menjalani kemoterapi. Kebanyakan ejen kemoterapi boleh membinasakan tumor dan merencat pertumbuhan kanser, serta mungkin merosakkan sel-sel biasa dan tisu.

Menurut Pengurus Kanan Jaminan Kualiti, Sa'adiah Mohd Yusoff, ubat-ubatan antikanser baru daripada produk semula jadi, iaitu berasaskan herba dijangkakan memainkan peranan penting dalam pembangunan strategi lebih berkesan dan selamat untuk mengekang perkembangan kanser tanpa menyebabkan bahaya kepada sel-sel dan tisu sihat.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zonkanserr6_1636516410.jpg
Sa’adiah Mohd Yusof.

Produk semula jadi, rawatan kanser

Lebih 50 peratus ubat-ubatan sedia ada dalam penggunaan klinikal adalah produk semula jadi, dan banyak daripadanya boleh mengawal sel-sel kanser.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 80 peratus penduduk negara sedang membangun bergantung kepada ubat-ubatan tradisional untuk keperluan asas kesihatan.

Suatu tinjauan menunjukkan lebih 60 peratus pesakit kanser menggunakan vitamin atau herba sebagai terapi atau rawatan.

Penggunaan berterusan perubatan herba oleh majoriti penduduk di negara sedang membangun ialah kerana kos tinggi ubat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan Barat.

Ubat-ubatan herba lebih diterima pakai di negara itu dari sudut pandangan budaya dan spiritual.

Ejen antitumor daripada pokok

Syarikat farmaseutikal sentiasa mencari ejen antikanser dan pesakit yang menghidap kanser sebagai penawar.

Tekanan awam berterusan untuk membenarkan penggunaan laetril (ekstrak daripada biji aprikot) sebagai rawatan, walaupun dokumentasi tetap yang ia tidak berkesan dalam mengawal kanser, menunjukkan desakan pencarian penyembuhan.

Pencarian bagi ejen antikanser yang benar-benar berkesan belum tercapai lagi. Dalam beberapa dekad lalu, sejumlah alkaloid pokok yang terdapat secara semula jadi, didapati boleh menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.

Bunga periwinkle (catharanthus roseus, Apocynaceae)

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zonkanserr2_1636516395.jpg
Bunga periwinkle digunakan di Eropah sejak ratusan tahun sebagai rawatan tradisi penyakit diabetes.

Bunga ini digunakan di Eropah, sejak ratusan tahun sebagai rawatan tradisi untuk diabetes dan kencing manis.

Pokok ini diuji bagi rawatan leukemia pada 1957, didapati berkesan dalam menyembuhkan beberapa bentuk penyakit ini (terutama membabitkan kanak-kanak).

Bahan kimia aktif, dikenali sebagai vinblastin dan vincristin dipasarkan selepas 1957, di bawah beberapa jenama niaga.

May apple (podophyllum peltatum, Berberidaceae)

Spesies pokok jenis herba berbunga pada awal musim bunga tumbuh di hutan di Kanada dan timur Amerika Syarikat.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zonkanserr3_1636516401.jpg
May Apple digunakan Orang Asli Indian untuk rawatan tumor. - Foto hiasan

Sebatian aktif podophyllin, alpha and beta peltatin, terdapat banyak dalam rizomnya.

Ekstrak akarnya digunakan oleh orang asli Indian bagi ketumbuhan tumor.

Sekarang, alkaloid mayapple digunakan sebagai bahan asas VM-26, suatu ubat bagi merawat leukemia limfositik.

VM-26 ternyata berkesan sama seperti vincristin, dalam merawat leukemia kanak-kanak, walaupun lebih baru.

Misai kucing (orthosiphon stamineus, benth)

Misai kucing adalah pokok ubat terdapat di Asia Tenggara dan beberapa kawasan tropika Australia.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zonkanserr5_1636516405.jpg
Daun misai kucing untuk rawatan penyakit buah pinggang, gout, reumatisma.

Ia mula menarik perhatian pengkaji seawal permulaan abad ke-20, apabila pokok ini diperkenalkan ke Eropah dan menjadi teh herba popular yang dikenali sebagai 'Java Tea'.

Akstrak pokok ini diguna secara meluas dalam perubatan tradisional untuk rawatan pelbagai penyakit terutama yang berkait dengan ginjal atau buah pinggang.

Daun misai kucing digunakan sebagai penawar bagi batu karang ginjal, diabetes, gout, penyakit saluran dan peredaran darah dan reumatisma.

Pokok didapati mempunyai kesan anti-alergi atau alah, antihipertensif ataudarah tinggi, antiinflamatori atau bengkak dan antikanser.

Satu kajian klinikal pelbagai pusat, dijalankan untuk menilai pengurangan kelesuan kanser ke atas pesakit yang ada tumor pepejal tahap satu hingga empat.

Seramai 54 pesakit yang menerima plasebo dan 56 menerima satu produk mengandungi ekstrak terpiawai misai kucing sebuah jenama.

Keseluruhannya memberi keputusan yang signifikan dalam pengurangan tahap kelesuan, berbanding plasebo.

Penggunaan jenama itu mempunyai profil keselamatan yang boleh diterima dalam pesakit.

Semua kesan sampingan adalah ringan dan tiada kematian dilaporkan. Terkini, jenama itu sedang menjalani kajian klinikal fasa dua dan tiga untuk kanser payudara dan usus, manakala fasa kedua bagi retinopati diabetik serta fasa tiga bagi COVID-19 teruk.

Jenama itu sudah menjalani kajian klinikal awal untuk COVID-19 pada tahun 2020.

Ekstrak misai kucing berperanan merawat penyakit kanser dan COVID-19.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan komposisi bahan aktif disebabkan baka pokok, cara penanaman dan cara pembuatan ekstrak.

Justeru, ujian klinikal diperlukan untuk membuktikan sesuatu produk misai kucing itu benar-benar berkesan.

Mengulas lanjut, beliau berkata angiogenesis memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tumor, tanpanya tisu kanser tidak akan berupaya berkembang.

"Sel-sel kanser dalam tumor boleh menggunakan saluran darah yang baru terbentuk sebagai pelabuhan untuk merebak ke lokasi lain.

"Oleh kerana saling bergantungan dan suatu hubungan rapat antara angiogenesis, pertumbuhan kanser dan metastasis dipastikan dengan baik.

"Banyak usaha dilaburkan ke dalam pembangunan atau penemuan sebatian anti-angiogenik, untuk merawat kanser dan pelbagai penyakit berkaitan dengan angiogenesis," katanya.

Kelebihan rawatan angiogenesis

Perbezaan utama antara kemoterapi sitotoksik dan terapi antiangiogenik ialah sasarannya; ejen kemoterapi menyasarkan sel-sel tumor sendiri, tetapi sebatian antiangiogenik menyasarkan sel-sel endotelia.

Oleh itu, sebatian anti-angiogenik mendapat banyak kelebihan ke atas ejen sitotoksik konvensional; sel-sel endotelia sangat stabil secara genetik dengan kadar mutasi rendah, jadi kebarangkalian untuk membangunkan rintangan terhadap ejen antiangiogenesis sangat rendah berbanding ejen sitotoksik.

Sedikit atau tiada kesan toksik dikaitkan dengan terapi anti-angiogenik. Kelebihan ini dijangkakan kerana sebatian antiangiogenik menyasarkan ciri-ciri pramatang spesifik tertentu penyaluran tumor.

Satu lagi kelebihan, sel-sel endotelia sangat mudah diakses oleh ejen terapeutik sebab sel-sel endotelia terdedah secara langsung kepada bahan bawaan darah.

Apa itu angiogenesis?

Angiogenesis adalah proses pertumbuhan saluran darah baru daripada saluran darah sedia ada. Ia adalah proses semula jadi perlu dalam tubuh untuk penyembuhan dan reproduksi.

Tubuh manusia menghasilkan faktor pertumbuhan dan perencat yang seimbang dalam tisu sihat untuk mengawal angiogenesis.

Apabila keseimbangan ini terganggu, kesannya ialah sama ada terlebih atau terkurang angiogenesis.

Angiogenesis yang tidak normal adalah petanda sama dalam banyak keadaan termasuk kanser, penyakit Alzheimer, rabun diabetik, obesiti atau kegemukan dan rheumatoid arthritis.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/11/885748/rawatan-kanser-guna-herba-tumbuhan

ipes2 Publish time 30-11-2021 06:32 AM

walaupun sy sgt ragu2 dgn methodology sesetengah pehak, namun sy berfikiran terbuka

nz.jr Publish time 7-12-2021 03:50 PM

barang baik ni...siapa yg ada kanser boleh cuba...tak cuba tak tau...kena berfikiran terbuka..
Pages: [1]
View full version: Rawatan kanser guna herba, tumbuhan


ADVERTISEMENT